Syaaban in Memory, Ramadhan re-Activate

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Salawat dan salam buat role model kita sebagai umat Islam, Rasulallah SAW dan para sahabat, muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah.

Alhamdulillah, pertama-tama sekali marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kita kehadrat Allah SWT kerana masih diberikan nafas dalam menjalani ibadah puasa didalam Bulan Ramadhan ini. Bulan Ramadhan bukanlah hanya melatih kita menahan lapar dan dahaga tetapi bulan yang mengajar kita erti KETAQWAAN kita kepada Allah SWT seperti yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah AL-Baqarah ayat ke 183.

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa, sebagaimana yang diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu agar kamu menjadi orang yang bertaqwa"

Bulan Syaaban sudah pun berlalu, tidak tahu sebanyak manakah amalan mulia yang kita tinggalkan di Bulan Syaaban. Atau hanya dosa yang kita sering lakukan di Bulan Syaaban. Bulan Syaaban yang merupakan Bulan persiapan untuk kita sibuk memperbaiki diri ke arah menyahut seruan diBulan Ramadhan yang mulia ini.

Alhamdulillah Kembara diBulan Syaaban sudahpun tamat dan telah menjadi sebuah memori yang tidak dapat dilupakan. Program Kembara Syaaban ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Sebanyak 5 buah tempat kami kunjungi dan ziarah disamping memberi sedikit sumbangan. Semoga program2 seperti ini dapat diteruskan lagi oleh Ahli2 USKT Celcom. InsyaAllah. Disini ada sedikit gambar untuk menjadi santapan Cik Zamir kita^_^(hehe).


Bersiap sedia seawal 9 pagi. Segak2 semuanya!

Bersama-sama dengan Muallaf(Sabak Bernam)

Bersama Ustaz Zahidi Abdullah di Darul Ulum aka Darul Atiq(Batang Kali)

Darul Quran Sabak Bernam

Di rumah Anak yatim Baitul Ummah, Setapak, KL

Selanjutnya, boleh lihat di Laman USKT

Jadi, itulah penutup kepada Program diBulan Syaaban ini. InsyaAllah.

Dibulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita sama-sama meningkat dan medekatkan lagi diri kita kepada Allah SWT. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk mendekatkan diri kita kepada yang Maha Pencipta seperti Tadarus Al-Quran, dengar Tazkirah, tolong mak ayah, tidur pun boleh juga dijadikan sebagai satu ibadah. Tidak macam bulan sebelumnya, kerana Bulan Ramadhan roh2 Islam itu nampak kelihatan. Semoga ianya berterusan. Gunakan peluang ini. InsyaAllah..

"Ya Allah hati ini masih tidak merasai kegembiraan menerima kedatangan istimewa 'Ramadhan Al-Mubarak' ini. Ya Allah, jadikan Ramadhan yang terbaik bagiku, keluargaku, anak-anak didikku dan semua muslim dimana sahaja mereka menyambutnya.."(dipetik dati Tinta Tarbawi)

P/s: setiap kali jalan2 dekat rumah jiran, bau lauk punyalah kuat.. sebelum ni tak ade sekuat macam ni. jom2 bukak puase..

Category: ,
Reactions: 

0 tautan hati: