"Setiap Insan Pasti Merasainya"-Ustaz Asri

Dengan nama Allah yang Maha menghidupkan dan Maha mematikan. Salawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulallah SAW yang merupakan utusan terakhir dan sekaligus menjadi pemimpin terhebat didunia.

Alhamdulillah, selepas balik dari office lewat magrib tadi, sempat2 bersiap ke Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam. Akhirnya sempat juga ziarah pengebumian Allahyarham Ustaz Asri Rabbani yang telah selamat pulang kembali ke Rahmatullah pagi semalam. Ramai juga rakan-rakan seperjuangan beliau yang turut Hadir seperti Rabbani, Raihan, In-Team, Hijjaz, Muaz stand up, dan ramai lagi. Antara jemaah yang hadir pada masa itu digambarkan mencecah hampir 1000 orang.


Beliau yang berasal dari Kampung Jalan Kebun merupakan vokalis Kumpulan Nasyid Rabbani. Beliau dilahirkan pada Bulan Ogos dan diambil oleh Allah juga pada Bulan Ogos. Kesemua Nasyid-nasyid beliau berunsurkan dengan nasihat, pengajaran dan juga dakwah. Dakwah yang disampaikan melalui Nasyid telah tersebar luas serata dunia. Antara Nasyid beliau yang saya paling suka ialah Nawaitu, Maulana, Saksi(Terbaru) dan banyak lagi.

Melihat keadaan muka Ustaz Asri yang begitu tenang sangat menginsafkan diri kita sebagai orang Islam yang juga akan merasainya suatu masa nanti. Jadi apakah cukup amalan kita berbanding nikmat nyawa yang diberikan oleh Tuhan? Bila difikir2kan balik, begitu juga dengan kita, sempatkah kita bertemu dengan Bulan Ramadhan yang akan datang ini..

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada
lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa
jadi bekalan Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi




Anakandanya


Semoga kita yang masih hidup ini akan menyambung perjuangan beliau..

Al-Fatihah..
Category: ,
Reactions: 

3 tautan hati:

ari si para-para said...

upss abang din boleh ke kita ambil gambar jenazah, rasanya bila kita nak ambil gambar mesti orng marah

HafizuddinPirus said...

huhu boleh.. Supaya kita sebagai manusia ini akan sedar bahwa kita pun akan diambil oleh Alah suatu hari nanti..

ari lovely said...

yeke abang din, tapi bagi pendapat peribadi saya lah mcm x manis je