MERDEKA!


Tanggal 31 Ogos 1957

Laksana gong menyambut kemenangan

Para Pejuang tidak pernah kenal lelah berteriak

Dengan lantang dan Penuh kebanggaan

Kata Mer De Ka

Merdeka

Teringat titisan darah kepahlawanan

Basuhan Keringat Perjuangan

Dan langkah ringan menuju kemenangan

Merdeka

Merdeka

Merdeka

Masihkan kata penuh karakter ini berbekas di hati Pemuda

Masihkan kata yang diraih dengan penderitaan ini masih ada difikiran kita

Masihkan kata Mer De Ka ini masih menjadi kekuatan untuk setiap langkah dalam berjuang

Malaysia

Kini, di awal usia mu hingga kini

Diisi pancaran nyata dengan

Pembangunan dan Penderitaan

Demokrasi dan Korupsi

Kemajuan dan Bencana

Senyuman dan Tangisan

Wang dan Hutang

Malaysia

Aku di sini, pemuda masa depanmu

Pemuda yang akan menjadi masa depan kejayaanmu

Pemuda yang akan menjadi pemimpin kepada rakyatmu

Berani berkata dengan keras

Bahawa, Aku Cinta Malaysia

Berjuang dan Berkorban adalah tekadku

Dan aku ingin mengatakan kepadamu Malaysia

Bahawa aku lebih mencintai Malaysia dari diriku

saksikanlah langit-langit nusantara

Saksikanlah lautan-lautan dunia

Bahawa disini, dinegeri ini akan ada kumpulan pemuda yang akan siap mengubah Malaysia

Malaysia yang berkeadilan

Malaysia yang bermartabat

Hingga suatu saat nanti

Kita boleh berkata dengan penuh suka cita

Bahawa Malaysia

Memang sudah

MERDEKA

-RAY @ pemudekahfi 31 Ogos 2009-

Category:
Reactions: 

1 tautan hati:

syahbandar87 said...

salam kemerdekaan..dan selamat berpuasa
:)