Meeting.. Sya'ban..18 hari.. Ramadhan Al-Mubarak..dan Hari Pahlawan..

Dengan menyebut nama Allah,Tuhan yang maha agung dan maha kaya. Segala kekuasaanNya tidak dapat dinilai dan digambarkan oleh fikiran aqal manusia ciptaanNya. Tidak lupa salawat dan salam buat Muslimin Idol, Rasulallah SAW dan para sahabat2, ibubapa, guru2 dan rakan2 yang saya kasihi semuanya.


Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana masih memberikan kita nafas didalam bulan Syaaban ini. Bulan Syaaban yang telah terbukti dimana Allah akan mengangkat amalan hamba2nya dibulan ini. Tidak kiralah hambanya banyak melakukan dosa kepadaNya atau tidak kerana senjata Taubat yang dikurniakan menjadi penghapus segala dosa hamba2Nya. Begitu sayangnya Tuhan kepada kita. Adilkah kita kalau tidak mendengar suruhanNya? Sedar atau tidak, kita telah pun melepasi bulan Rejab yang begitu banyak hikmah yang terkandung didalamnya. Dan hanya lagi 18 hari, Bulan Ramadhan akan menziarahi kita...

Alhamdulillah selesai sudah meeting Unit Fiber Optic. Bermacam-macam isu hangat yang diperbincangkan. Macam biase Cik Faris botak as a Head membuka majlis dengan Ummul Quran(AL-Fatihah) dan bermula dengan agenda2 yang patut diperbincangkan. Meeting yang mengambil masa 3 jam itu memberikan diri ini suatu kefahaman dan pemikiran yang sama sekali berbeza. Kerana Fikiran orang Dewasa tidak sama dengan fikiran orang Muda(hehe). Itulah pentingnya Hikmah orang Tua yang perlu ada dalam semangat orang muda.





Berbicara tentang Cik Faris ni, semua orang di setiap Department kenal dia, walaupun dia tidak kenal orang tu. Teringat kata-kata cik Faris ketika breakfast sama tadi, " Kalau nak terkenal sonang je, buatlah kontrovesi"(hehe macam tu pulak yer) Walau ape pun, Beliau merupakan seorang yang Active bekerja dan selalu membuat kerja orang lain. Itulah semangat yang saya suka. InsyaAllah^_^

Alhamdulillah semalam telah berakhirnya Kursus Induksi TM di National Union Bank Employees(NUBE), Port Dickson. Terasa begitu cepat program itu berakhir. Semua aktiviti2nya sangat menarik terutamanya aktiviti naik bot dan pelampung panjang dilaut(hehe). Walaupun dalam keadaan Virus H1N1 yang sedang merebak disekitar Malaysia, Alhamdulillah dengan doa dan tawakkal, 'Tuhan tidak pernah lupakan kita'. Terima Kasih dan Tahniah kepada Telekom Malaysia kerana telah berkorban wang, tenaga, masa dan bersama-sama mendidik anak-anak bangsa dalam menjadi Seorang Insan yang cemerlang bukan hanya dari Aspek Fizikal dan Mental, tetapi turut cemerlang dari aspek Rohani.

Ice Breakings



Bersama Manager YTM




Ha ni budak2 nakal(petang2 lari kem, pastu pergi sewa naik bot.haha)




game kaki siapa paling dalam?

En Ihsan tak bagi mandi, Ai sey. dapat rase pun jadilah..

itu dia..

Sempena Hari Pahlawan ini, marilah sama2 kita membetulkan balik arah perjuangan kita kearah yang diredhai. Tidak ingatkah kita akan pengorbanan Haji Abdul Rahman Limbong yang merupakan seorang pejuang Tanah air yang sanggup mempertahankan Negara dari ancaman kuasa2 besar Eropah. Beliau merupakan seorang peguambela yang hebat dalam membela hak2 rakyat Malaysia. Beliau juga merupakan seorang ahli Sufi yang begitu sensitive hal2 mengenai solat. Dijarinya sentiasa bersih membilang-bilang buah2 tasbih.

Beliau yang berasal dari Terengganu, pernah dibuang Negera. Tidakkah kita sebagai rakyat Malaysia merasa pelik melihat rakyat Malaysia dibuang Malaysia oleh penjajah Luar Bak Israel yang menghalau rakyat Palestin dari menduduki tanah Palestin. Begitulah peristiwa yang dilakukan oleh British terhadap kita suatu masa dahulu.

Oleh itu, kita harus sedar dan berterima kasih kepada pahlawan2 dan juga Ulama2 yang telah berusaha membuka mata putera-putera bangsa kita dalam mengenali ajaran Islam yang sebenar sekaligus menjadi bangsa melayu Islam yang mempunyai harga diri yang tidak akan pernah ditipu dan diputar belit oleh bangsa penjajah.

Kesimpulannya, jangan kita terikut-ikut dengan budaya-budaya barat yang secara tidak langsung menjauhkan kita dari perjuangan kita iaitu perjuangan dalam mempertahankan bangsa dan Agama kita. Walaupun kita bukan berbangsa Arab, Namun agama kita tetap agama Islam.

InsyaAllah..
Category: , ,
Reactions: 

0 tautan hati: