Kita semakinTua

Dengan menyembut nama Allah, yang maha menghidupkan dan maha mematikan makhluk-makhlukNya. Secangkir kasih buat 'Muhammad Bin Abdullah' yang merupakan Nabi terakhir dan tiada nabi selepasnya serta para sahabat yang dirahmati Allah sekalian.


Sedar atau tidak kita telah pun masuk ke pertengahan Syaaban yang dinamakan Dengan Bulan Nisfu Syaaban. Dalam pada yang sama umur kita pun semakin meningkat walaupun diberikan wajah yang cukup muda. Wajah yang ayu dan cantik tidak selalunya ayu dan cantik kerana kita telah pun terpaut dalam realiti masa yang sememangnya bergerak kehadapan yang akhirnya bertemu zaman tua jika masih dikurniakan masa hidup. Masa bersifat kehadapan dan ianya tidak akan berhenti dan tidak akan sesekali undur kebelakang.

Sejak kita lahir, sifat kita adalah sifat keanak-anakkan dan pada penghujung usia juga, sifat kita akan kembali keanak-anakkan. Zaman kematangan akan berundur menjadi zaman keanak-anakkan dan kita tidak boleh menyesalinya kerana masa itu tetap kehadapan dan kita tetap akan mati. Kita boleh berdoa suapaya tidak mahu mati tetapi kematian itu tetap mencari kita.

Jadi berapa banyakkah amalan2 yang kita kumpul untuk diperhadapakan oleh Malaikat2 didalam kubur kelak. Atau hanya mengharapkan doa dari anak-anak(jika ada anak) yang soleh. Dan berapa tinggikah ilmu yang kita ada untuk menjadi saksi di akhirat kelak? Ilmu, Amalan dan doa anak-anak yang soleh adalah perisai kita diakhirat kelak. Jadi Beramallah kerana hendak mendapatkan redhaNya, Tuntutlah ilmu untuk menjamin kebahagiaan kita diakhirat kelak dan didiklah anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh..Anak kita? (ewahh..)

Pesan bijak pandai:

"...gunakanlah hari ini sebaik mungkin, kerana esok belum tentu menjadi milik kita, sedang semalam telah meninggalkan kita menjadi suatu sejarah..."

Wallahualam..
Category: ,
Reactions: 

1 tautan hati:

Anonymous said...

kidung hikmah