Ihya' Ramadhan.. Bukan Bulan Biasa..

Dengan nama Allah, Tuhan kami setiap masa, salam kasih dan cinta buat AJK tertinggi Islam, 'Muhammad Bin Abdullah' serta para sahabat, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT.


Alhamdulillah, kini berakhir sudah program2 yang didalamnya mempunyai pengisian rohani, fizikli dan mentali sebagai penutup Bulan Syaaban yang mulia ini. Walaupun ada diantara kita yang masih malu untuk bekerja namun hakikatnya kita semua adalah pekerja dan pejuang untuk menegakkan kembali Islam dimuka bumi ini.

Tinggal berapa hari sahaja lagi kita bakal menjemput dengan tetamu istemewa, bukanlah mawi, bukan juga kim seon ah, tetapi kita akan bertemu dengan Bulan besar iaitu Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang didalamnya penuh dengan limpahan nikmat dan rahmat!

Ramadhan ialah hadiah istimewa dari Allah kepada hamba2Nya yang beriman sebagai tanda kasih dan sayangNya kepada kepada kita. Pelbagai ganjaran yang menanti buat yang bijak merebut peluang keemasan yang hanya tiba setahun sekali ini. Ibarat jualan murah yang besar-besaran- buat sedikit sahaja tetapi berganda-ganda hadiah yang kita dapat!

Bagi yang mengejar gelaran Taqwa, inilah masanya. Buat yang mengharapkan ampunan, pada Bulan inilah peluang terbesar kita. Dan yang paling istimewa, buat yang benar2 ingin mengejar Cinta dan Rahmatnya, disediakan satu malam istimewa iaitu malam LailatulQadar- satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Begitu kasih dan pemurah Allah kepada hamba-hambanya yang menginginkan kebahagiaan yang hak yang penuh dengan magfirah sama ada didunia mahupun diakhirat kelak.

"Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu.." [HR Muslim]

Kebiasaan di Bulan Ramadhan, dikatakan bahawa sebahagian Salafus Salih mengucapkan selamat tinggal kepada sebahagian yang lain sehingga mereka berjumpa lagi semasa solat AidilFitri. Yang mereka rasakan adalah ini bulan ibadah, Bulan untuk melaksanakan Syiam(puasa), dan Qiam(solat malam) dan kami hanya ingin menyendiri dengan Tuhan kami.

Pergilah dunia yang menyibukkan! Pesta Ibadah telah bermula. Marilah menghidupkan kembali Ramadhan!
Category: , ,
Reactions: 

0 tautan hati: