BHG

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. sebuah lautan kasih buat promoter Islam yang telah banyak menyumbang kepada Islam sekaligus menjadi Guru Peradaban dunia, 'Muhammad Bin Abdullah' dan sahabat2 yang diramati Allah sekalian.

Alhamdulillah selesai sudah gathering yang telah diadakan semalam(sabtu). Walaupun masa yang agak singkat berbagai-bagai aktiviti juga yang dapat dijalankan.

BAKIP HILL Gathering(BHG)


Mungkin ada tertanya-tanya apa itu BAKIP? InsyaAllah boleh cek dalam kamus tarbawi(hehe). BHG telah mempertemukan antara Exco-exco Biro Akademik Kebajikan dan Biro Informasi Penerbitan, Institusi Usrah, Melaka. Misi utama adalah untuk mengenal lebih rapat ahli2 Biro dan mencongkil serba sedikit bakat yang telah lama terpendam. Aktiviti ini telah diadakan diatas Bear Hill(Bukit Beruang), dimana disana mempunyai rahsia2 yang telah lama disorokan oleh Atuk Nenek Moyang kita dahulu. Bukit Beruang dikatakan hidupnya geng2 beruang buas yang dahulunya pernah menyerang penduduk2 tempatan sekitar Taman Bukit Beruang, Taman Bunga Raya dan mungkin juge termasuk Taman Dahlia. Selain itu, disana dikatakan terdapatnya wang ringgit(harta) yang banyak. Dimana? Nak pergi cari? Wallahualam itu hanyalah sebuah cerita..

Macam biase, sebelum aktiviti dijalankan, meeting kena ada. Alhamdulillah pada malam itu dapat juga kami bermeeting walau dalam keadaan ada yang ada exam tetapi sempat juga datang. Sungguh tak sangka, setelah lama tidak bermeeting bersama adik2, alhamdulillah saya masih lagi dapat membawa meeting walaupun dah lama tak menghandle meeting. Sebelum meeting sudah tentu ayat2 Al-Quran yang menjadi permulaan dan peringatan sesuatu pekerjaan. Sedikit tazkirah kemudian terus kepada Agenda meeting.

Keesokan harinya, jam 7.30 pagi aktiviti pun dimulakan, misi panjat bukit terus berjalan. kemudian sesudah sampai dipuncak bukit, aktiviti dimulakan dengan sedikit tazkirah, kemudian sedikit sonaman, kemudian berkenal-kenalan antara para peserta kemudian aktiviti berbalas Pantun(hehe) yang bertujuan hendak mencungkil bakat para peserta. Kemudian sesi Quiz. dan yang paling afdolnya ada aktiviti makan-makan.hehe. Tepat jam 10.45 pagi, matahari telah pun naik, kami bersiap-siap sedai untuk pulang.. Begitu Indah panorama cahaya dari atas bukit^_^

Ikan tidak boleh berjalan, lembu tidak boleh berdiri seperti manusia, walaupun berlainan caranya, kehidupan itu adalah sama, iaitu untuk menyembah Tuhan yang Maha Esa. Ukhuwah Islam itu ibarat air yang dicincang tidak akan putus. walaupun hidup berjauhan, misi tetap sama iaitu untuk berjuang kerana Allah. Bila kita ditakdirkan bertemu, tiada siapa yang mampu mengubahnya.
Category: , ,
Reactions: 

3 tautan hati:

..: nurafaz :.. said...

kamus tarbawi ek abg din...
cari al-afaz jugak ke?? ^_^

tahniah, syabas, dan terima kasih pada abg din.

sudi luangkan masa bersama kami semua. semoga event yang akan datang lebih gempak lagi!! ^_^..

first time meeting ngn abg din.. if aida gelak, sy akan gelak jugak. maaf ats kenakalan kami. nanti sy akan sampaikan salam abg din pada lipas malam tu..hoho &_&

p/s: jgn slalu gaduh ngn ex-ank biro abg din..sian die...

HafizuddinPirus said...

hoho.. al-afaz tu maknanya begitu unik jugak tu. Geli hati juga rasenye..(huhu)

Terima Kasih juga kepada mira, Aida, alif, azree dan yang lain kerana sudi bersama-sama dalam mengatur strategi dalam program tu. Semoga segala amalan itu diberikan kebaikan dan ganjaran oleh Allah SWT suatu hari nanti.

eh lipas? lipas tu kawan abg, sejak kecik lagi main bersama-sama, so tak perlu takut. Bukan mira takut lipas ke?:/

p/s: bukan gaduhlah, cuma berperang je^_^(hoho)

ari si para-para said...

main bersama-sama ye abng din bersama lipas sod-sod wakakaaka