Semakin aku mencintainya..

Dengan menyebut nama mu yang mulia ya Allah, yang maha mendengar, yang maha melihat, yang maha penyayang, dan yang maha memberi rezeki, salawat dan salam penulis sanjungkan kepangkuan Nabi Muhammad SAW, yang telah membawa umat-Nya dari alam kegelapan ke alam yang terang benderang, dari alam kejahilan ke alam yang penuh dengan ilmu pengetahuan. Tidak lupa juga salam penghormatan dan kasih sayang buat sahabat-sahabat semua.


Alhamdulillah projek migration equipment(Siemens---> Huawei) hampir selesai. Tempat di CMX2 Subang Jaya. Jadi pada siang hari, perkara pertama yang kami lakukan sebelum migrate, trace dulu port E1 yang pakai dan tidak pakai kerana apabila equipment ditukar, maka port pun perlu di'swing' dari DDF siemens ke DDF Huawei. Port yang di migrate ini semuanya pot 3G. Jadi kalau sesiapa yang sedang syok online then, tiba2 rasa tak ada line, bawak2lah bertenang. sampai2 je dirumah, tidur sekejap sebab malam ada projek.

Macam biasa Migration harus dijalankan dimalam hari kerana customer semua tidur atas jam 12. Bertolak keluar rumah ke Subang Hi-Tech jam 11 malam. Macam biaselah jalan ke CMX2 agak pening lagi2 tengah2 malam yang sunyi ni, jadi Abang Muadzam tolong ambil. Sampai sahaja di Site, Encik Kamaruddin selaku Bos tertinggi sedang tunggu. "Aih bang, smart betul malam2 ni?" kata saya sambil ketawa dalam hati. "Aah abg baru habis program.." jawabnya segan pilu.

port2 E1 yang hendak di Migrate

Cik kamaruddin tengah duk explain(haih smart bos malam2 ni)

Migrate

sesudah sampai didalam memang rasa macam dikutub utara. First2 sekali kami tunggu abg Shariman di NMS, KL selaku planner Engineer untuk swing mapping dari port lama ke port baru. Dialah yang jaga mapping satu Malaysia. Port harus dimigrate sedikit2 bagi mengelakkan kadar 'rintangan'. Ermh sambil tunggu abg Shariman mapping(hampir sejam jugaklah), kami borak2 ceritelah cerite2 hantu. Abg Muadzam cerita rupa2nya kat Lipat Kajang punya site pernah ada guard terjumpa hantu sebab pernah berlaku kes kematian(patutlah guard pun lari). Nasib baiklah time malam tu, dia tak cerita.

Abg Muadzey(top ping pong area Subang Hi-tech)

Tiba-tiba cik Kamaruddin mencelah "Din, raya haji nanti ada program kat Kota Kinabalu ".. Ermm hati rasa seronok ditambah pula dengan sedih. Ada harapan kah saya masih berada di Celcom masa tu? Saya hanya tersenyum.

Tiba2 NMS menunjukkan approve. Jadi kami mulalah me'nyuing'(swing) dari port DDF siemens ke Huawei. kemudian macam biase tunggu setengah jam lagi nak dapatkan approve dari NMS untuk swing port lain. Setelah selesai sahaja, Cik Kamaruddin remind jangan lupa khamis malam jumaat ni macam biase, kat sini juga. Then, kami pulang ke rumah. Macam biase Abg Muadzam hantar ke Subang Hi-tech dulu, kereta park kat sana.

Sampai-sampai kat rumah, Tumbang.....


p/s: Kalau diberi peluang, Celcom akan menjadi medan perjuanganku.. Haih Mobile Company.. InsyaAllah, doakan..
Category:
Reactions: 

3 tautan hati:

Hanif Amir said...

Malam-malam makan kobis
sambel makan ternampak hantu
hang promot celcom tak habes-habes
dapat elaun tambahan berape ribu?

Lepas kobis, hang nak makan durian
tunggu buahnye tak gugoq-gugoq
kerje ngan celcom nampak tertekan
time hangpa kerje, orang berdengkoq.

jawab jangan tak jawab!

ewaaahh din. eewaaaaahh!

HafizuddinPirus said...

ceh itu pantun murah sahaja:p

okeyh aqu jawab ae..

dua tiga kucing berlalu
tidak sama si kucing belang
jaga malam berhari-hari
ngantuk aqu tak hilang-hilang

kerja berat diwaktu malam,
kerja ringan diwaktu siang,
godaan datang bermacam ragam
semoga Allah berikan kekuatan

hehe

lama tak nampak macam biskut,
kejap ade kejap tak ade,
mana pergi wahai si siput sedut
asyik online jee..

aini mardhiyah said...

berjaga saban malam
umpama orang berqiam
ikhlaskan diri jangan bermuram
Dia hadiahkan cintaNya dalam qalam




p/s:hehe ok tak ;)