Project 1: Migration STM Card Huawei(Upgrade)

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Tuhan kami dikala kami berjaga dan dikala kami terleka. sebuah lautan kasih buat promoter Islam yang terkenal, 'Muhammad Bin Abdullah' dan para sahabat alam maya sekalian.

Alhamdulillah projek pertama hampir settle iaitu Projek Migration(STM Card Migration) yang menggunakan kos yang amat tinggi, hampir sejuta jugalah. Tower pokok pun dah hampir setengah juta. Kayalah kontraktor yang ambik projek ni. Boleh dapat Bungalow sebiji. Projek pemindahan equipment(card dan cabble), dari STM16 ke STM64 ini memakan masa berminggu jugalah. Antara step-step pertama sebelum migration, kenalah survey dahulu, then trace port mana yang tak pakai, then buat Test dahulu sebelum start.. Dan kemudian proses migration akan dilakukan pada tengah malam kerana time ni customer kebanyakannya tidur. Alhamdulillah proses untuk migration sudah pun selesai, cuma migrationnya tidak jadi malam ni oleh kerana Huawei tak ada manpower, jadi HQ akan set tarikh baru.

Jadi hari ini lepas balik dari ss3 kami singgah shopping kat Giant Shah Alam kejap oleh kerana Abg Muadzam ingin beli something special buat orang yang special(Inilah die Romantik yang bertempat)^_^ Bak kate Abg Muadzam, Walaupun nak menarik hati Isteri dan anak-anak, Usrah keluarga itu perlu ada bagi memastikan hubungan dalam keluarga itu berjalan dengan baik. InsyaAllah.. Jadi begitulah kalau nak Romantik, tak ada istilah 'Romantik' sebelum Nikah.

Abg2 yang kacak-Pak Sheikh 2 dan Abg Muadzam


Ohhh...

Ini la hari2 punya kenderaan.. Nissan Frontier..

Tower Pokok(baru) diganti dengan tower merah putih..Kalau nak panjat kena ada sijil.

Bos tak bagi panjat, tengok ats pun jadilah..

Source Light untuk tahu lenght cahaya berapa panjang..

Core Test

Card Slot STM akan di Upgrade dari STM 16 ke STM 64

Dan sekarang training ping pong pule dekat office. macam-macam team ade. Team Lauk Pauk, Team Sayur. Peliklah nama teamnya. Team saya team Teh Tarik^_^. Jadi sekarang ni kami tengah training untuk match yang akan datang nanti. InsyaAllah..
Category:
Reactions: 

2 tautan hati:

..: nurafaz :.. said...

Teruskan usaha abg din!!

HafizuddinPirus said...

ohh Mira..Terima kasih!!^_^