Isra' Mikraj, Bulan Kemenangan para pejuang Solahuddin Al-Ayyubi..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, rabb seluruh makhluk. Salawat dan salam semoga tercurah kepada Rasulallah SAW, berserta keluarga, Sahabat dan umat setia Baginda sehingga hari Qiamat.Atas nama kasih dan sayang, bertitik tolak atas nama kecintaan kerana Allah, maka penulis melafazkan kalimah yang sarat dengan Mahabbah, ucapan yang dilafazkan bukan kerana adat tetapi kerana ibadah, Assalamualaykum Warahmatullahi Wabarakatuh

Wahai pahlawan-pahlawati yang dimuliakan Allah,

Apa sudah engkau Redho dengan keputusan Semester lalu? Untung-untung direzekikanNya dengan A, gagah-gagah dimurahkan lulusnya, moga tidak lupa akan Yang Memberi, Ar-Raheem. Iringilah kejayaan kecil itu dengan syukur yang tidak pernah putus.

Andai kejayaanmu itu masih ditangguhkan oleh Allah pada semester lalu, usahlah dikusutkan kepalamu dengan kegagalan itu. Buang jauh-jauh. Lalu, bukalah kembali lipatan baru walaupun hanya selembar kecil. Tinggalkanlah laman maya, bual-bual kosong, juga mengelamun itu kau buang jauh-jauh. Bisikan-bisikan Syaitan untuk berserah sahaja, perlu kau usir jauh-jauh kerana itulah jarum syaitan yang amat halus. JikaTuhan menghendaki hidayah dan kejayaan kepada hambanya, tiada siapa yang dapat menghalangNya.

Ingatlah saudaraku, para cerdik pandai penah berujar, " kejayaan yang sebenarnya ialah kejayaan yang dibina diatas puing-puing(serpihan dari keruntuhan) kegagalan".

Ingatlah untuk hadirkan niat yang sentiasa diperbaharui bagi semester ini. Pasakkan matlamat yang jelas untuk terus mara dengan mencari redhoNya. Teruskan untuk diperbaharui, kerana niat ini juga kadang-kadang ia boleh kusuh dek hujan panas kehidupan. Kerana tidak diperingatkan. Ia larut dalam keliru dan dilemma konflik tanggunjawab dan kehendak.

Moga kita tidak tersasar dengan niat mardhatillah. Tetapkanlah niat menghadiri kelas hanya kerana hambatan redhaNya, bukan kerana hendak berjumpa si dia. Jauhkanlah dirimu dari menyelak buku bukan kerana Allah dan bukan dek sibuk mengejar silubus. Sedarlah akan ini semua , andai kita tidak mahu penat dan lelah kita tidak terbayar dengan 'inayah daripada Allah. Bila mardhatillah tidak tercapai, sia-sialah segala kudrat yang dikerah ke jarum meter maksimum. Langsung tiada nilai disisi Allah. Bak analogi sepohon pokok yang tumbuh dari baka yang buruk, buahnya tidak lebat lagi, buruk tuaiannya. Akhirnya semua menjadi haba-an matsuraa. Sia-sia Belaka.

Setkan niatmu untuk Tuhanmu, lembutkanlah hatimu selembut kain sutera yang baru siap dinailon, terimalah ilmu-ilmu Allah dengan pacaindera yang terbuka, buanglah segala titik-titik kejahiliyahan yang amat menyesatkan dan hamparlah dirimu dimedan meja perjuangan.

Marilah kita semak semula kesimpulan dari kemenangan perjuangan Salahuddin Al-Ayyubi semasa peperangan Salib iaitu ketika Bulan Israk dan Mikraj.

Kubu kuat Sultan Solahuddin di Dahab

Pada suatu hari, ketika Sultan Solahuddin sedang berjalan-jalan di Kota Baitulmaqdis, beliau telah berjumpa dengan lelaki tua Nasrani(Christian). Lalu lelaki tua tersebut bertanya kepada beliau: " Wahai pahlawan Agung! Sesungguhnya tuan telah berjaya mengalahkan musuh-musuh tuan. Tetapi mengapakah tuan tidak membalas seperti tindakan yang dikenakan keatas tentera-tentera tuan?"

Jawab Solahuddin : "Wahai orang tua, agama kami melarang menyiksa manusia. Bahkan hati kecil sayapun melarang melakukan pembalasan yang luar batas perikemanusiaan seperti yang pernah mereka lakukan"

Orang tua itu berkata lagi : "Apakah agama tuan melarang melakukan pembalasan terhadap orang yang memulakan permusuhan dan menyiksa kaum tuan?"

Jawab Solahuddin seterusnya : "Memang benar! Agama yang saya anuti ini melarang perbuatan kejam seperti yang dilakukan oleh musuh-musuh kami. Islam menyuruh kami menepati janji, memaafkan kesalahan orang lain dan melupakan kekejaman pihak musuh ketika mereka berkuasa"

Orang tua itu berkata lagi : "Alangkah indahnya agama tuan! saya sangat ingin agar sisa-sisa hidup saya ini dapat nikmati kehidupan yang bahagia. Apakah yang patut saya lakukan untuk memeluk agama tuan yang mulia ini?"

Jawab Solahuddin seterusnya : "Mempercayai bahwa Allah itu maha esa, dan Muhammad itu Rasulnya. Kemudian kerjakan apa yang Allah perintahkan dan tinggalkan apa yang dilarangNya."

Setelah itu, lelaki tua itu terus mengucap kalimah mulia itu tanpa belah bahagi..

Sesungguhnya hanya Tuhan yang menghendaki kejayaan terhadap hamba-hambaNya. Tiada siapapun yang dapat menghalang kejayaan itu dari sisip makhlukNya yang sentiasa ikhtiar dan berdoa kepadaNya. Walaupun sebesar gunung everest besarnya, kuasa Allah itu tidak mampu difikirkan, bahkan tidak mampu dinilai oleh hambaNya.

[Khas buat yang sedang menempuh peperiksaan Midterm mahupun Final!]

Selamat Menyambut Isra' Mikraj(27 Rejab 1430 H)
Category: , ,
Reactions: 

1 tautan hati:

mohamad said...

salamun 'alaik..

Salam perjuangan buat Al-akh Din.
Penulisan yg penuh ikhlas dan matang.

teruskn menulis utk pembangunan ummah.