Great Power, Great Responsibility

Dengan nama Allah, Tuhan kami di setiap musim, salawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW dan salam sejahtera rakan-rakan serta sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian.

Ikan keli sedang berenang,
Berenang-berenang terlanggar tiang,

Rasa syukur itu harus disematkan,

Agar hidup aman sepanjang zaman.


Musim durian sudahpun tamat,

Musim rambutan tengah nak tamat,

Alangkah indahnya hidup dengan amal ibadat,

Semoga hidup bahagia dunia dan akhirat


Alhamdulillah hari ini masuk minggu ke-3 training di CELLULAR COMPANY atau CELCOM. Berbagai-bagai ilmu telah dipelajari. Selain ilmu-ilmu dunia, ilmu-ilmu akhirat pun banyak diajar oleh Encik Kamaruddin selaku Bos kedua tertinggi dekat branch ini. Macam biase, kerja yang diberi banyak dilakukan diluar, walaupun online 24 hours, kadang-kadang tak sempat nak cek. Seperti yang diberitahu, kerja bahagian Field Operation ini 90% dilakukan diluar office.

Walaupun banyak kerja luar, tetapi staff CELCOM semuanya seronok bekerja. Dengan kebolehan yang berlainan jenis, bermacam-macam skills telah saya pelajari. Dan dengan izin Allah, skill-skill ini memberikan kejayaan kepada CELCOM(cewahh).

Begitulah apabila kebolehan yang diberikan Tuhan kepada kita, kita gunakan sebaik-baiknya, memberikan kejayaan yang besar terhadap diri dan masyarakat. Teringat saya kata-kata seorang pelakon sebuah cerita yang meletup jugelah, iaitu Peter Parker. Beliau pernah berkata dalam movie tersebut, '..Come Great Power with Great Responsibility..'. Kata-katanya membuatkan saya berfikir sejenak dalam office nie bahawasanya sebesar mana kebolehan yang diberikan oleh Allah, sebesar itu jugalah tugas kita sebagai hambaNya.

Apabila melihat balik kunci kehebatan Rasulallah adalah terletak pada rasa Syukurnya terhadap kebolehannya yang diberikan oleh Allah SWT dengan cara melakukan tanggungjawab-tanggungjawab yang begitu besar iaitu 'amal makruf nahi mungkar'. Sesungguhnya Rasulallah adalah Contoh dan ikutan terbaik sepanjang zaman.

[Baju Hitam : "Sudikah awak bekerja dengan kami di Stesen TV?"]
[Saya : "Maaf Encik, bukan saya tak sudi, saya tak suke tengok TV sebenarnye.."]
[Baju Merah : "Bertuah punye orang.."]

Dan pada Hari Sabtu lepas Alhamdulillah, di Masjid Al-Mukminun, Subang Jaya. PERKIM menganjurkan Hari Keluarga di Masjid, dan saya turut diundang untuk menjaga Booth HALUAN Palestin. Bila mengimbau masa-masa muda dulu, Teringat kisah semasa jaga Booth Palestin kat MMU suatu masa dulu(ohh.. Institusi Usrah). Alhamdulillah dengan suasana yang agak bising, ramai jugalah yang datang ke booth kami(ehehehe..). sebelah Booth kami booth Brother Shah Kirit, Tapi Brother Shah kirit tak ada time tu(ai seyh)..
Category:
Reactions: 

4 tautan hati:

..: nurafaz :.. said...

abg din xsuke tgk tv??
ke x suke tgk rancangan tv??

HafizuddinPirus said...

Amboih mira..

Tak suke tengok TV dengan rancangan TV sekali. tapi kalau movie best-best(horror) tu tengok jugak lah kadang2..(hahahaha)

.: F@!n :. said...

hai abg din zaman muda2??? baru berapa bulan kot MPBP berlalu...hehehe..al da best...dtg la kat melaka ni..tak lupa dah kot ..

HafizuddinPirus said...

hai.. ehehe bulan kira lama lah juge tu..(hehehe).. InsyaAllah kalau diberikan umur yang masih panjang, abg akan ziarah bumi yang penuh dengan sejarah tu^_^