Biro Informasi dan Penerbitan(BIP's) dan Project 2 Migration.

Dengan menyebut nama Allah, Tuhan agung sekalian alam. Salam Cinta dan Rindu buat pejuang Agung, Rasulallah SAW serta teman-teman seperjuangan sekalian.

Alhamdulillah Hari Selasa lepas merupakan Hari Muktamar bagi Institusi Usrah. Apa yang diberitahu kepada saya, semuanya berjalan dengan lancar walaupun ketiadaan seorang Hero yang sedang praktikal. Walaupun badan tiada dalam Muktamar kali ini, tetapi hati tetap berada disana.

Teringat saya ketika perjumpaan dengan adik-adik Biro. Malam tu merupakan malam pertama perjumpaan dengan mereka. Setiap Biro disetkan bilik-bilik khas untuk perjumpaan dengan adik2 Biro. Mula-mula memang sangat seram sejuk kerana disaat itu adalah suatu saat pertama yang diberikan tanggungjawab yang begitu besar untuk handle adik2(tak kira yang tua atau muda). Mula-mula nak start tulis kat whiteboard, terketar-ketar tangan sebab semua tengok lain macam je, mungkin disebabkan tulisan saya yang macam 'khat'(Maklum ajelah, student Engin).

Di saat itu pula saya telah dikurniakan seorang wanita sebagai penolong saya tapi dah tua(maksud saya lagi tua dari saya). Walaupun nampak agak garang dan tidak berapa peramah pada mulanya, tetapi segala tamparan dan sangkaan saya salah pada akhirnya. Alhamdulillah akhirnya saya dapat sesuaikan diri sehinggalah saya diajar olehnya. Dan kini didikannya saya sahut, dan mendidiknya pada adik-adik. Alhamdulillah. Terima Kasih Kak Suraya.

Setiap hari saya terkenang memori-memori bersama Biro Akademik. Andaikata memori itu dapat diulangi, akan saya ulang berkali-kali. Tetapi itu hanyalah sebuah sejarah yang tidak mungkin boleh berulang lagi. Sejarah tetap pergi berlalu. Tetapi segala ilmu dan didikan tetap saya ambil sebagai Pengalaman dan I'tibar kehidupan.

Buat adik-adik Biro yang dipertanggungjawabkan sebagai Exco, saya ucapkan Tahniah. Gunakan segala peluang yang ada sebaik-baiknya. Dan buat adik-adik Biro yang pada zahirnya masih belum menjadi Exco, dari sudut hakikatnya kamu semua ini merupakan EXCO dan pejuang Islam. Perjuangan Islam mesti diteruskan. Setiap masa yang berlalu itu akan menentukan kehidupan kita diakhirat kelak. Setiap manusia itu sama sahaja, yang membezakan mereka ialah Ilmu didalam dada mereka. Ingatlah misi utama kita yang diamanahkan ibubapa kita ialah untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, iaitu cemerlang dari segi Akademik dan juga Sakhsiah(akhlak).

Dan Alhamdulillah kini, saatnya sudah tiba untuk saya teruskan perjuangan ini. Ingatlah sahabat-sahabat sekalian, didalam perjuangan tidak hanya duka yang mendatang. Walhal, terselit sebuah kegembiraan disebalik kedukaan yang menimpa. Tiada kerja yang lebih mudah melainkan kita dapat merasai keberkatan dalam suasana bekerja.

Untuk sesi 09/10, saya diberikan sebuah tanggungjawab yang besar dalam memartabatkan Islam di bumi MMU. Position yang diamanahkan merupakan sebuah posisi yang begitu besar tanggungjawabnya. Kini saya diminta untuk handle Biro Informasi dan Penerbitan Sdn Bhd(BIP's). Serba salah saya kerana telah dituduh curang pada Biro Akademik. Tetapi inilah dikatakan sebuah takdir yang Maha Esa. Apa yang diberikan oleh Allah itu adalah yang terbaik buat diri saya. Kini BIP merupakan landasan utama saya dan penolong-penolong saya. Dan apa yang penting, kasih sayang yang akan saya berikan sama dan mungkin lebih sikit dari yang lepas^_^. Berkali-kali saya berfikir dan berdoa semoga dipermudahkan segala urusan saya dan sahabat-sahabat semua terutama yang berada didalam gerakan Islam. Dan saya diberitahu , saya ada 3 orang penolong yang hebat-hebat belaka. Siapakah mereka? Dan bilangan adik-adik biro tidak diupdate lagi(hai mana penolong nie..hehe..). Namun begitu Alhamdulillah tanggungjawab saya akan menjadi lebih mudah dengan pertolongan penolong-penolong Exco yang hebat-hebat belaka. Adakah semuanya tua-tua belaka?( itu persoalannya). Walau ape pun, saya ucapkan Tahniah buat semua penolong-penolong saya^_^. Dengan tunjuk ajar semua, InsyaAllah, saya akan berikan yang terbaik dan paling baik. Dan tolong jangan buli membuli ni walaupun saya kini masih muda, ya kan Kak Suraya? Hendak diingatkan, walaupun dalam keadaan badan tengah Praktikal, namun hati tetapi berada bersama IU terutama BIP.

Project 2: Migration Equipment(Survey)

Alhamdulillah kali ini project kedua yang diberi ialah berkenaan dengan Migration juga. Bukan hanya Migration Card tetapi Migration Equipment Multiplexing jenis Siemens Relese 1 dan 2. Project ini adalah antara project terbesar di CELCOM kerana ianya memerlukan Kos yang amat tinggi dan mengambil masa berbulan-bulan untuk menyiapkannya dan ianya melibatkan beribu-ribu E1(User/Customer). kalau silap setiap minit, beratus-ratus ribu boleh rugi. Dan sebab itulah ianya memerlukan proses yang agak lama.

Hari ini saya telah ikut Bos saya, Encik kamaruddin, selaku Supervisor saya ke CMX4(Subang Hi-Tech) untuk survey tempat. Kami check tempat mana yang sesuai untuk letak equipment baru. Equipment lama(Siemens) akan Decom dan ditukar ke Equipment baru(Huawei). Antara sebab-sebab perlu ditukar adalah kerana kini CELCOM memerlukan Capacity User yang lebih besar kerana pengguna CELCOM kini semakin ramai. Card untuk Siemens tiada lagi card backup, kerana itulah ianya perlu ditukar ke Huawei.

Vendor dari Formis dan Supplier Huawei sedang kira Capacity setiap Card

STM16 card(Huawei) yang perlu ditukar

Antara proses-proses yang diperlukan untuk Migration ke Equipment baru(Huawei) ialah dengan Survey tempat dahulu. Cari tempat yang sesuai untuk Run Cabbling. Kemudian check STM card untuk Siemens punya Capacity. Jika tahu Capacity Equipment lama, senang untuk setkan Capacity untuk Equipment baru. Capacity yang lebih tidak apa, yang penting jangan kurang. Kemudian perkara yang paling penting, kena buat Auditing Multiplexing Routing untuk trace port(E1) yang mana masih ada Traffic(working) dan yang mana tidak jalan lagi.

Kemudian setelah selesai Survey, saya naik tingkat atas untuk memulakan perlawanan. Dan disini perlawanan Ping Pong telah pun dimulakan dan Juaranya.. Kita lihat..

ewah..bergaya..


Dan selepas selesai perlawanan, kami balik ke office Bandar Baru Klang. Didalam kereta, kami berbincang tentang program dibulan Ramdhan nanti. Didalam CELCOM ada sebuah persatuan Islam di bawah Human Resource Department iaitu Persatuan Sillaturrahim. Dan terkejut juga kerana Supervisor saya ini merupakan President untuk SKT(Sillaturrahim Kawsan Tengah). Dan faham-faham sajalah, kini saya diberi tugas untuk survey masjid-masjid untuk program semasa Ramadhan nanti. Teringat kata-kata Cik Zamer Rizal yang merupakan Head Of Human Resource ketika mula-mula masuk Interview dulu, ' Training pun training juga, Persatuan kena sentiasa aktif'. Dan program ini akan menjemput seluruh Kawasan Tengah termasuk Negeri Sembilan. Dan tempat yang baru di Survey antaranya ialah Masjid Negeri, Shah Alam.InsyaAllah..


P/s: Hari raya 11 Oktober ke. Aih kena check balik.
Category: , ,
Reactions: 

2 tautan hati:

sitisuraya said...

T_T ye, sama-sama.maka,izinkanlah akak minum kopi di rumah dengan tenang.Dari segi ejaan pun dah nampak perubahan.bagus2.life start at 22 orang kata.

p/s: din, baik2 main elektrik, nanti kena renjatan elektrik, susah.:)

HafizuddinPirus said...

oo kak, tak elok lah minum kopi.. ni masa2 tua ni jaga kesihatan tu. Kalau muda2 dulu tak ape le.. oi yoh ramai juga tu^_^

p/s: ok tak apa kalau akak nak tanggung(hehehehe)