Ahlan Wasahlan pejuang Muda!

Bismillahirrahmanirraheem. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Salawat dan salam tidak lupa ditujukan buat junjungan besar, Rasulallah SAW serta para sahabat yang sentiasa berjuang dijalanNYA.

Alhamdulillah hari ini saya masih lagi boleh bernafas, melihat, dan merasai segala nikmat kurniaanNya, supaya denganNya, perasaan syukur itu dapat dikekalkan demi meraih kepuasaan yang hakiki.

Hari ini sudah masuk hari ke-3 pembelajaran di Universiti. Melihat adik-adik baru yang baru masuk teringat sejarah silam 2-3tahun lepas ketika baru masuk Universiti. Pertama sekali masuk universiti memang sudah mula merasai 'litar pintas' tapi itu adalah perkara biasa kerana semua tempat akan merasainya. Perkara pertama yang dilakukan apabila bertemu sahabat baru ialah memberi salam. begitu ramai kenalan-kenalan baru ketika itu. Ada yang rambut punk, rockers, hisap rokok first2 orientation pun ada, dan bermacam-macam jenis kenalan ketika itu. Seronok berkawan dengan mereka kerana manusia itu semua Allah jadikan sama. Hati itu tetap bersyukur atas kurniaanNya memperkenalkan saya sahabat-sahabat baru. Disini saya nak kongsikan sebuah artikel seorang sahabat saya yang baru masuk ke IPT iaitu bagaimanakah rasanya berada di IPT dan persediaannya?

..................................................................................................................
.

Mungkin ada dalam kalangan kita kini, sedang menempuh satu suasana yang sering diuar-diuarkan jika berada di dalamnya akan mengalami 'culture shock'.

Dan hari-hari yang dilalui itu kadangkala menguji setakat manakah tahap komitmen kita dalam menghadapi suasana tersebut. Adakah kita akan mudah 'menyerah' ataupun kita akan terus 'mara ke hadapan' dengan keutuhan fizikal,rohani dan mental terus ditingkatkan.
Adakah anda tahu apakah suasana yang saya maksudkan kepada kita untuk sama-sama berkongsi?

Mungkin, dengan perkataan di atas- 'culture shock', sudah dapat meyakinkan kalian yang membaca bahawa susana yang saya canang-canangkan sekarang ini adalah suasana ataupun kehidupan di IPT.

Maka dengan ini, saya juga salah seorang insan yang telah 'terlibat' dengan suasana tersebut secara rasminya pada tahun 2009 ini.
Dengan ini jugalah, saya bergelar mahasiswa IPT...

Menempuh hari-hari yang penuh mehnah dan tribulasi. Penuh cabaran dan halangan yang kadangkala agak memberatkan diri saya. Namun, peringatan Allah SWT kepada hamba-hambaNya sentiasa memberi suatu rasa 'kebangkitan' untuk bangun daripada 'kejatuhan' berada dalam suasana itu;
" ...Barangsiapa yang menolong agama Allah SWT, maka Allah SWT akan mempermudahkan segala urusannya..."

"Adakah kamu mengira bahawa kamu berkata bahawa kami telah beriman sedangkan kamu belum diuji?"

Itulah antara teguran Allah SWT kepada saya saban hari, ketika mana diri saya sedang berada dalam suasana itu...
Dengan ini, saya mahu berkongsi bersama kalian- mahasiswa/mahasiswi, adik-adik yang bakal ke IPT dan sahabat-sahabat sekalian...

Berkongsi sesuatu, tentang apa itu yang saya maksudkan dengan 'Kehidupan Di IPT'.
"Apakah itu kehidupan di IPT wahai sahabat-sahabat yang ana kasihi?" Soalan itu pernah saya lontarkan kepada ahli-ahli usrah saya ketika kami mula-mula melangkah ke alam IPT ini.

Ada yang menjawab,

"Kehidupan yang bebas..."

"Kita belajar berdikari..."
"Kehidupan yang jauh daripada ibubapa..."
Hampir semua jawapan yang saya terima, semuanya hampir-hampir sama. Alhamdulillah, saya hargai pendapat mereka sebagai sahabat-sahabat saya meskipun meeka itu 'baru'. Namun, setiap manusia itu mempunyai pendapat dan buah fikiran yang berbeza-beza.

Saya mempunyai pendapat yang berbeza dengan mereka..
Sememangnya apa yang mereka katakan itu adalah benar, tetapi sebagai seorang insan yang sudah menjangkau usia 18 tahun, seharusnya kematangan diri itu harus dipertingkatkan setelah kita bina.

"Apakah pendapat dan pandangan saya tentang kehidupan di IPT?"

Apa yang boleh saya kongsi bersama kalian tentang pendapat saya ialah saya boleh kata bahawa hidup kita ini ibarat sebuah kereta.

Hidup ibarat kereta?

Mengapa saya analogikan kehidupan di IPT ini ibarat sebuah kereta?

Baiklah, pertamanya saya ingin mengajak ada membayangkan sebuah kereta yang cantik, mewah eksklusif dan segala yang berkaitan dengannya.

Saya bertanyakan lagi kepada sahabat-sahabat saya akan satu lagi soalan perihal analogi kereta ini,

"Pada pendapat antum semua lah, agak-agak apakah komponen ataupun sesuatu yang paling penting bagi sesebuah kereta ini untuk menggerakkannya?"

Maka ada dalam kalangan mereka yang menjawab... Menjawab dengan pelbagai jawapan.

"Enjin...Kalau tak dak enjin macam mana nak hidupkan kereta nak bagi bergerak?"

"Tayar... Kalau tak dak tayar mana boleh pi sesuatu tempat. Apa lagi nak bergerak..."

Bermacam-macam jawapan yang saya terima, saya tetap meraikan sahabat-sahabat saya. Kerana itulah antara tips-tips untuk kita memelihara hubungan dan ukhwah antara kita dengan sahabat-sahabat kita. 'Meraikan mereka atas sesuatu yang baik'.

"Apa pendapat antum kalau ana katakan bahawa komponen yang paling penting dalam analogi kereta yang ana bawakan ni ialah pemandu itu sendiri?"

Ada yang sedikit terkejut dengan jawapan yang saya lontarkan. Dan ada juga yang bersetuju...

Namun itulah hakikatnya... Hakikat bahawa hanya pemandu kereta tersebutlah yang hanya mampu menggerakkan kereta tersebut.
Apa gunanya jika kereta tersebut mempunyai enjin turbo, sistem pemanduan yang baik, gear yang mantap dan sebagainya jika tiada pemandu yang memandu kereta tersebut?

Tegasnya di sini, saya igin mengatakan dan berkongsi bersama kalian semua bahawa perumpamaan kereta itu samalah dengan diri kita dan pemandu tersebut ialah hati dan rohani kita.

Anda dapat bayangkan apa yang saya maksudkan?

" Sesungguhnya dalam setiap diri manusia itu ada seketul daging. Yang mana jika baik daging tersebut, maka baiklah seluruhnya. Dan jika buruk daging tersebut, maka buruklah seluruhnya. Dan ketahuilah bahawa daging tersebut adalah hati.."

Kehidupan di IPT ini menuntut supaya kitalah lah mengemudi diri kita atas kaki sendiri- berdikari. Bebas daripada perhatian ibu dan bapa. Hanya bertemankan dengan suasana, rakan-rakan dan sistem.

'Pemandu' tersebut hendaklah bijak dalam menetukan halatuju hidup mereka dalam menempuhnya sehari-harian di 'alam' tersebut. Jika 'pemandu' tersebut memandu kereta tersebut ke arah 'tempat-tempat' yang mempunyai keburukan dan padahnya, maka padahlah yang kita akan terima.

Namun jika 'pemandu' tersebut memandu kereta tersebut ke arah tempat yang punya kebaikan dan memberi manfaat kepadanya, maka Insya-Allah kebaikan dan manfaat dapat dirasai oleh 'si pemilik kereta'. Itulah hakikatnya antonim bagi kebaikan...

Kebaikan antonimnya keburukan...
Maka adakah 'pemandu' tersebut telah melakukan persediaan yang secukupnya dalam menentukan detinasi hidupnya di alam IPT ini?

Anda sendiri yang menjawabnya. Pepatah Melayu juga pernah berkata bahawa 'hati dan luhur budi itu dicorakkan oleh pemiliknya sendiri'.

Akhir sekali, sama-samalah saya ingin mengajak bersama-sama dengan kalian bahawa kehidupan di IPT itu bukanlah sesuatu kehidupan yang senang kita tempuhi. Tetapi ianya akan menjadi mudah jika kita berada di atas 'jalan yang betul'. Banyakkanlah meminta kepada Yang Maha Kuasa agar diberi kekuatan mengharungi 'jalan-jalan' ini.

Dan ada orang lain lain kata, bersahabat biar seribu. Sahabat dan kawan adalah sesuatu yang berbeza. Sahabatlah yang akan sentiasa saling lengkap-melengkapi sahabat-sahabatnya yang lain. Jika tersilap memilih kawan, maka,

"Kawan Anda Adalah Diri Anda Sendiri, Siapa Kawan Anda Maka Ituah Diri Anda..."

Justeru , setakat inilah saja yang saya dapat berkongsi bersama kalia setelah sekian lama saya tidak sempat berkongsi pengalaman hidup saya bersama kalian. Sama-samalah kita saling lengkap-melengkapi antara satu dengan yang lain.

Janganlah kita terlarut dengan suasana tetapi seharusnya kitala yang menjadi pelarut kepada suasana...

Tepuk dada, tanya pemandu kereta anda...



.:Khalifah-Muda:.

'Hidup ini satu perjuangan'

A.Hafizuddin Abdullah Pirus
Exco Of Academik Bureau 0809
Institusi Usrah
Multimedia University
Malacca Campus

iumelaka.com/v1
Category: ,
Reactions: 

0 tautan hati: