Kejayaan didalam keberkatan Ilahi

Dengan nama Mu Allah, Rabb seluruh alam. sejunjung kasih dan sayang ditujukan buat kekasih Allah, 'Muhammad Bin Abdullah' dan salam sejatera buat sahabat2, rakan2 serta teman2 seperjuangan yang dikasihi Allah sekalian.

Alhamdulillah.. Hari ini hari ke-3 saya training di CELCOM. Sejak hari pertama saya di CELCOM, rasa seram sekali tapi Alhamdulillah masuk hari kedua, semuanya kembali normal dan kini saya semakin seronok bekerja bersama-sama staff2 (Celcom Tech Team). Mereka begitu baik dan sesetangahnya macam ustaz.

Mungkin ada sesetengah pelanggan Celcom up to date dengan project2 yang dimajukan Celcom seperti Broadband 3G dan kini Celcom mempunyai kedudukan tertinggi di antara Syarikat Telecommunication yang lain. Celcom yang kini dibawah naungan AXIATA yang merupakan 'International Parent Company' mempunyai line yang paling luas termasuk sabah dan sarawak.

Kenapa Celcom dikatakan semakin maju? Pertama sekali apabila hendak bermulanya kerja jam 8.30 pagi, akan ada satu ceramah pada staff dan bacaan doa tidak kiralah yang tak pakai tudung ke, merokok ke, semuanya diwajibkan join. Dan ianya setiap hari dijalankan. Keduanya, staff-staff celcom sangat rajin2 belaka(hehe). Dan mungkin kerana doalah, Rahmah Tuhan lebih dekat. InsyaAllah..

Alhamdulillah hari ini pengembaraan saya dari Klang Ke Bukit Simpang, senawang yang merupakan antara tempat2 Multilexing(CMX5). Update, check, troubleshoot data. Macam-macam benda baru yang saya belajar. kira2 data yang begitu pening kerana banyak sangat optic cable. Dan benda-benda ini memang seronok dipelajari dan diimplementasi. (terasa macam nak kerja kat Celcom). Di negeri sembilan sekarang tengah musim manggis, jadi On the way balik kami singgah beli kat tepi2 jalan. Memang sangat murah compare beli kat bandar. Kemudian kami singgah kejap di CMX4 subang buat Auditing.

Hari ini juga saya dapat kenal beberapa staff lain lagi seperti Cik Nasir yang merupakan senior di sana(office di PJ). Orang besar jugaklah ni. Anaknya belajar di MMU Melaka sekarang. Accounting. (Ada cable lah nie.hehe..) dan cik baharom yang merupakan orang bawah Cik Kamaruddin. Tapi officenya di KLIA. Nanti kalau nak minta kerja boleh lah contact cable2 kat atas nie.(hehe)

InsyaAllah.. kejayaan terletak didalam keberkatan Tuhan..

p/s : Maaf sebab tak ada gambar, sebab lupe bawa kamera, InsyaAllah esok bawaa!^_^

A. Hafizuddin Abdullah Pirus
Region Network Operation Trainee
Celcom Bandar Baru Klang,
Klang, Selangor.
Category:
Reactions: 

2 tautan hati:

nurul said...

haaa... ade gak org celcom, nih nk komplen skit...

series.. umah sy ni dkt ngan MITC, mmg even kwsn MITC pn, Taman Tasik Utama, tp 3g coverage x meluas pun...

sy pakai celcom broadband... asyik2 gprs... hsdpa sekali sekala... aduiii...

tlg la buat sesuatu wahai rakan celcom ku... bantulah pelanggan anda ni, customer always right ;)

kamon, u r da best celcom!! prove it!!

HafizuddinPirus said...

assalamualaikum..

hehe.. tu bukan masalah coverage rasenya tapi masalah setting.. Cube Abg Aizam Buka menu dalam broadband tu. kemudian setkan pada log 3G sahaja. Mungkin abg Aizam lupa nak setkan..

hehe.. cebelah ye..

kalau tak boleh jugak, ada something else lah tu..


Celcom.. it's in your hand^_^