Celcom.. Segalanya ditangan anda..

Dengan menyebut nama Allah swt, maka gentarlah hati-hati orang yang beriman. Salawat dan salam ditujukan buat operator Islam terkenal, Rasulallah SAW, yang didalam hayatnya hanya berjuang untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Semalam, 22 HB telah bermulanya training di syarikat koperat yang besar iaitu Celcom. First day temuduga kat HR Celcom Naluri, Ampang dah kena tegur sebab pakai selipar. Jadi pengajarannya tak kirelah itu company besar atau kecil, masuk2 kena pakai kasut. Kali ini saya sebagai trainee dicampakkan ke Office Celcom Bandar Baru Klang. Alhamdulillah first day bekerja dah kena pergi site2 transmission. semalam di Celcom Transmission Kelana Jaya. Dan hari ini tercampak pula ke Celcom HDTC Subang. Dan Alhamdulillah kerana supervisor saya kali ini memang begitu peramah dan baik orangnya. Nama yang diberi Cik Kamaruddin. Orang Melaka. Isteri seorang, tetapi anak dah 6 orang. Beliaulah yang akan membimbing saya ke jalan yang lurus. InsyaAllah. Semalam dia ajak main badminton kat seksyen 7 tapi badan dah tak ada power(mane taknye first day dah kena pergi site) . 'Jadikan kerja ini sebagai suatu perjuangan dan ibadah, bukan untuk medapatkan pangkat atau sijil semata-mata', itulah nasihat dia.

Apa yang dipelajari hari pertama, iaitu kebanyakkannya introduction to Machines. Macam-macam mesin kat site tranmission tu. Ada yang jenis Nokia , hwawei, sony dan sebagainya. Bahagian yang diajar ni adalah backbone of Line. Microwave line dan coaxial cable line , kedua-duanya akan connect to backbone yang merupakan centralnya. Dan kali ini saya diajar hanya bahagian coaxial cable kerana cik kamaruddin hanya handle bahagian coaxial cable. Dan semalam ada masalah 3G di Bandar Baru Bangi kerana data tidak sampai(zero transmission), maksudnya line 3G tak dapat disana. Jadi kami cuba detect apa masalahnya.

Dan Hari ini pula Cik Muadzam(Orang bawah cik Kamaruddin) akan ajar cara-cara Run Cabbling.

InsyaAllah sekadar itu dari saya.

A.Hafizuddin Abdullah Pirus
Region Network Operation Trainee
Celcom Bandar Baru Klang,
Klang, Selangor.
Category:
Reactions: 

1 tautan hati:

Hanif Amir said...

Salaam.

Steadylah bro! Keje tu elok-elok! Jangan dok tido je! Ha ha ha.