Wahai Mahasiswa, Efektifkah Alarm?

Dengan menyebut nama Allah, Tuhan dan Pencipta seluruh alam semesta. Tidak lupa salawat keatas junjungan mulia, Rasulallah SAW serta para sahabat2 yang dikasihi Allah sekalian.

Alhamdulillah minggu ini merupakan minggu yang begitu mencabar kerana cabaran-cabaran yang datang bukan lagi sekerat dua tetapi berkerat-kerat. Disebalik cabaran-cabaran tersebut ada lagi cabaran-cabaran yang nak join mencabar. Jadi dapat disimpulkan disini bahawa ianya adalah sebuah cabaran yang Luar Biasa.


'Efektifkah alarm' atau lebih jelasnya bermaksud 'Adakah jam loceng yang digunakan dapat memberi kesan untuk membangunkan kita dari tidur?'

Tidur lewat kini menjadi satu kebiasaan dan tragedi yang sedang melanda Mahasiswa kini. Ianya sekaligus memperlihatkan ketidakseimbangan ekosistem yang terjadi akibat daripada keterbatasan yang seringkali diguna pakai oleh mahasiswa kini. Dan kejadian ini amat parah apabila masa yang digunakan itu tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Penjagaan masa amat penting kerana Mahasiswa adalah satu kelompok golongan cerdik pandai yang memainkan peranan yang amat penting dalam memperjuangkan hak agama, bangsa dan juga negara.

Tidur lewat bukan lagi perkara yang luar biasa kerana ianya telah menjadi rutin harian Mahasiswa kini. seringkali kita sering terdengar istilah 'subuh gajah' dan baru2 ini ada satu Istilah baru telah dicipta iaitu 'Zuhur gajah'. Istilah-istilah ini bermaksud tidur mati dan terlepas subuh(lebih kurang macam tu lah..). Jadi kita wajib Qada' Subuh. Adakah istilah "Qada' subuh" dalam Islam? erm.. setahu saya yang hanya perlu di Qada' ialah puasa. Wallahualam.. kena check balik..

Antara waktu-waktu terbanyak yang digunakan oleh Mahasiswa untuk tidur lewat ialah semasa Exam week. Pada waktu itu bermacam-macam jenis bunyi ringtone yang keluar. Ada bunyi wonderpets, Bunyi kungfu panda, bunyi kompang.. malah ada yang setkan bunyi power rangers. Ianya adalah bertujuan untuk memberi semangat dan kekuatan kepada Mahasiswa untuk bangun dari tidur.

Teringat zaman sekolah dahulu, bermacam-macam jenis jam loceng yang dibelikan oleh ayah untuk membangunkan anak-anaknya, sudah kebas telinga ini kerana asyik mendengar bunyi jam loceng. Sehinggakan bunyi yang sekuat ribut pun masih lagi susah hendak bangun. Kalau sekarang, alarm di HP menjadi kekuatan untuk saya bangun dari tidur. Snooze wajib di setkan supaya ianya berbunyi banyak kali. Tetapi jari tangan ini tetap sahaja hendak memicit button 'Stop'. Walau 100 kali bunyi pun ianya tetap tidak dapat membangunkan. (ohh.. begitu lemahnya diri ini)

Kesimpulannya Alarm tidak terlalu efektif untuk membangunkan kita dari tidur. Yang efektif ialah niat yang kuat dari hati sanubari yang paling dalam untuk bangun. Jadi marilah kita check balik Hati kita. Gunakan segala benda yang dikurniakan oleh Allah untuk menyucikan hati kita seperti Al-Quran dan Zikir2 munajat. Masalah susah bangun dari tidur untuk solat subuh bukan hanya masalah tidur lewat tetapi ia juga adalah masalah hati.

p/s : ini adalah sebuah Kempen Tidur Awal Bangun Awal.
Category: ,
Reactions: 

4 tautan hati:

..: nurafaz :.. said...

yup..
tidur awal, bgun awal..

selamat study ya abg din,
semoga berjaya dalam final nanti..

p/s : saya suke bab bunyi alarm lagu pwer rangers..erm..

~ZuLhAiRi~ said...

salam...

Din...adakah boleh juga kempen ini dinamakan kempen membunuh gajah?...hehe...terutamannya gajah2 di MMU ni, mmg liat betui...

mana ada qada' subuh, stakat yg penah blajar ni, qada solat subuh ada la....subuh mane bleh qada'...itukan masa, bukan perbuatan...:D

HafizuddinPirus said...

Mira:

Terima kasih.. Mira pun sama..
Semoga dipermudahkan semasa Exam nanti..

Jangan berangan power ranger pulak time exam^_^

wanita mustanir said...

Salam,

entri yang menarik untuk memberi peringatan..

saudara memang benar jika mengatakan bahawa Alarm tidak efektif..

ia hanya efektif ketika awal2 kita set sahaja..tetapi lama kelamaan keberkesanannya hilang kerana telinga sudah lali dengan bunyi2 yang sama.. jadi tangan lebih mudah untuk menekan button stop daripada mata untuk terus terbuka luas melihat dunia..

Hati..

iya hati dengan niat yang ihklas yang mampu memberi kesan untuk kita bangun..

wallahua'alam..