SMS Ber'Nyawa'

Dengan nama Allah Tuhan kami diwaktu pagi, petang dan malam. Salawat dan salam ditujukan khas buat manusia yang paling penyayang, 'Muhammad Bin Abdullah' dan sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian.

Exam sangat sinonim dengan mahasiswa-mahasiswa kampus kerana ianya menguji tahap kepintaran kita. Hari selepas Exam adalah hari yang paling ditunggu-tunggukan buat mahasiswa-mahasiswa kampus kerana selepas exam perasaan stress akan hilang dan bolehlah mulakan kehidupan seperti biasa balik. Beli tiket bus bukan lagi perkara yang dibuat selepas exam kerana ianya sudah pun dibeli sebelum exam lagi.

InsyaAllah hari khamis ni merupakan paper terakhir saya di Multimedia Universiti, Kepala sangat pening, makan banyak tetapi tak selera. Dalam baring2 sempat saya mebelek2 SMS lama. SMS yang memberikan semangat serta kekuatan ilmi. Antara mesej2nya..


Semangat!


"A winner is someone who always step up for every failure. Jika langkah ini saja tidak menemukan tatihnya maka sungguh aku tak hendak memilih DIAM, tapi terus bergerak hingga ku jumpa dengan nyata MIMPIKU.. Selamat beraktiviti hari ini, semoga berkah Allah selalu terlimpah lewat senyum tulus diwajahmu"[ 5 Jun 2008, dari sahabat lama Syafiq]

"God loves failures, thats why there are so many of us. Trying and failing is better than doing nothing and succeed. INSPIRE other failures so that they get up again"[30 May 2008, dari Anas UMP]

"You may have someone in your heart, someone in your mind, someone in your life, someone in your soul..But.. Allah is the one when you've none and losted someone, Allah love you more than you know"[ 28 May 2008, Amir UIA]

"Jangan pernah berhenti mengepakkan sayapmu. Biarkan ujian-ujian membuatmu kuat. Biarkan jiwa-jiwa sabar menjadi penyejuk bagimu. kerana.. Allah bersama-sama orang yang sabar"[ 6 May 2008, Nombor yang tidak dikenali]

"Gunakan kacamata: SYUKUR, ketika kita dianugerahi Allah kesempatan waktu lebih banyak di jalan-Nya. IKHLAS, saat ketidaksempurnaan Allah ujikan kita. SABAR dan MAHABBAH pada Allah dalam mengharungi perjuangan Dakwah ini"[ 4 April 2009, Cikgu Ismail SMIK]

"Betapa baiknya keimanan bila dihiasi dengan ilmu, dan alangkah indahnya ilmu yang dipercantik dengan amal, serta amal yang diperahi dengan kelembutan" [ 3 September 2008, Umi]

"Semoga harinya penuh keindahan, penuh pelajaran, penuh hikmah, penuh kebahagiaan. Tiada masalah dengan kesulitan, tiada masalah dengan kesusahan, mari hadapi sahaja dengan senyuman.. Bismillahi twakkaltu 'alallahi laa haula wa laa quwwata illaa billaah.. Kerana hidup adalah perjuangan. Selamat berjuang hari ini!" [ 12 ogos 2008, Ayah]

Puasa dan Raya menggamit memori Indah

"Ramadhan berlalu semoga bertemu kembali, Muslimin menyambut kemenangan di aidilfitri, SMS dihantar mengganti diri, salah dan silap harap dimaafi"[Fakhri UIA 23 September 2008]

"Kok dilipek sebosar kuku, Kalau dibontang sebosar alam, Kok ilang dicaghi, Kok hanyut dipinteh, Kok tonggolam disolam, Kok datang nampak muko, Kok poie nampak belakang, Jauh di imbau, Dokek digamit, Selamat Aghi Ghayo Aidilfitri"[25 september 2008, Pok chu]

P/S:Mungkin ini exam terakhir untuk saya di MMU. Mungkin selepas ini tiada lagi Ramadhan di Masjid Al-Irsyad MMU.Tiada lagi berbuka puasa bersama. Tiada lagi iktikaf bersama-sama Fain, Wan Hafiz, Udin, Asyraf, Alif, adik2 biro kesayangan yang lain, semua ahli Dan Semua Exco IU. (ohh..)
Category: ,
Reactions: 

1 tautan hati:

ari said...

ohhh pandai boto abang din spek in noghori, gaso torcabar lak den nia ahhh, hehehe apo-apo pun abng din oii ghayoo lambek laiee, tunggulah dlam maso ompek bulan laiee, boto tak.alah kiro botolah tu kan, apo2 pun den ghaso sodih pulak abng din koba yang ni perekso terakhir,dan dah x ado samo buko puaso dan usrah samo-samo.. sodih nyoo.. den harap ang din dapek lah koja cito2 tu yo yang nak poiee utaro sano tu, jago diri yoo. wslm