Rotan tandanya sayang..

Dengan nama Allah, Tuhan ketika kami sihat dan Tuhan dikala kami sakit. Seluas lautan kasih ditujukan buat Guru kita yang teragung, Rasulallah SAW dan para sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian.
Dikala jiwa yang semakin kotor, dikala tubuh badan yang semakin layu, semakin lama semakin hilang kekuatan untuk berjuang dalam merebut cinta-Nya. setiap masa yang berlalu, begitu banyak masa yang dibiarkan begitu, tanpa ada pengetahuan yang baru, demi untuk membimbing diri dalam menuju Tuhan yang satu.


Sejak saya dilahirkan dari rahim Ibu, ayat pertama yang saya dengar ialah 'Allah Maha Besar'. Ayat agung itu telah dibisikkan oleh ayah ditelinga saya ketika dalam pelukannya selepas lahir dari Perut ibu. Ayat yang pendek itu mempunyai makna yang begitu besar dan mendalam. Pada masa yang sama ianya telah pun mendidik jiwa seorang bayi supaya mahukan anaknya menjadi seorang yang berguna pada Bangsa, agama dan juga negara.

Dikala umur yang semakin meningkat, ayah dan ibu adalah orang yang pertama mengajar saya membaca, mengenal dan memahami. Disebalik kasih sayang yang diberikan, terpancar diwajah mereka sebuah keletihan dalam mendidik anak-anaknya walaupun mereka senantiasa tersenyum. Kata-kata yang dikeluarkan begitu mendalam sehingga dapat diingati sehingga sekarang.

Selepas umur saya semakin meningkat, ibu dan ayah memantapkan lagi didikan saya dengan menghantar saya ke sekolah. Zaman sekolah adalah zaman yang memerlukan disiplin yang begitu tinggi. Zaman ini merupakan zaman yang menguji fizikal, mental dan rohani. Didikan yang diberikan sangat berbeza di zaman ketika saya masih kanak-kanak. Dan dizaman ini telah banyak saya pelajari tentang Al-Quran, Sunnah, akhlak, sirah, Akidah dan sebagainya disamping pelajaran Akademik yang menjadi fokus utama untuk melanjutkan ke Universiti. Dizaman ini, rotan merupakn rutin harian yang begitu popular disekolah. Kali pertama dirotan, air mata ditahan dan cepat-cepat masuk bilik air dan dihati begitu benci guru itu. Kali kedua dirotan, air mata keluar dihadapan orang ramai dalam keadaan tunduk disamping rasa muka tidak puas hati. Semakin banyak kali dirotan, rasa benci itu tiada lagi dan timbul rasa kasih sayang kepada guru itu kerana pada masa itu saya semakin faham yang rotan adalah sebuah tanda kasih sayang seorang guru pada murid-muridnya.

Kini saya sudah menjadi dewasa. Ibubapa dan guru-guru tidak lagi menganggap diri ini seorang pelajar tetapi mereka menganggap saya seperti seorang kawan dan sahabat. Didikan yang diberikan oleh mereka dizaman sekolah menjadi pengajaran kepada diri ini untuk terus berjuang dan meningkatkan diri menjadi seorang yang lebih berguna dan professional dimasa kelak. Didikan itu telah diguna pakai ketika dialam universiti dalam mengharungi cabaran-cabaran 'H1N1' yang begitu kuat. Disamping Virus-virus yang begitu kuat itu, didikan tetap diteruskan..

Inilah antara nama-nama pendidik yang pernah mencurahkan kasih sayang dan pengorbanannya..

Rasulallah SAW
Umi
Ayah
Cikgu Abdullah Thaidi
Ustaz Dahlan
Cikgu Abduh
Ustaz Darus Sanawi
Ustaz Zul
Ustaz AlMinor
Cikgu Hassan Ali
Cikgu Rohaya
Cikgu Nailah
Ustaz Mudzakkir
Cikgu Abdul Razak
Cikgu Ismail Hamidi
Cikgu Ismail Ishak
Ustaz Danial
Ustaz Madzlan
Ustazah Wahidah
Cikgu Halim
Ustaz Najib
Abg Nurhisham
Abg Khair
Abg Nazri
Kak Niza
Pakcik Mus
Paklang
Maklang

dan semua yang pernah mendidik saya..

Terima kasih kepada semua pendidik yang pernah mendidik diri ini,
Tidak akan saya lupakan jasa dan bakti,
Pengetahuan dan pengorbanan yang diberikan menjadi bukti,
Semoga ukhuwah kita berkekalan kerana diakhirat itu adalah pasti..

.:PemudeKahfi:.
Category: ,
Reactions: 

0 tautan hati: