Maka Celakalah Orang yang Solat?

Bismillahirrahmanirraheem. Dengan nama Allah, Tuhan kami setiap masa dan keadaan. Salawat dan salam buat Kekasih Allah, Rasulallah SAW dan sahabat2 seperjuangan sekalian.

" Maka celakalah orang yang solat, (iaitu) orang yang lalai didalam solatnya" (Al-Ma'un: 4-5)


Sebenarnya sudah lama saya tertarik dengan maksud ayat-ayat ini. Yang menariknya, ayat ini tidak langsung menyebutkan "Maka celakalah orang-orang yang lalai dalam solat.." tetapi dipisahkan menjadi 2 ayat. Seolah-olah ayat yang pertama ini ingin menarik perhatian kita dulu. Iyalah siapa yang tak terkejut lihat orang yang solat pun boleh celaka. Kata 'Wail' pada ayat ke-3 ini boleh ditafsirkan sebagai kebinasaan atau kecelakaan.

Apakah yang dimaksudkan dengan lalai:

1. Solat yang begitu banyak , tetapi akhirnya tiada mood.
2. Solat, tetapi tidak tahu makna dari solatnya.
3. Melewat-lewatkan solat.
4. Tidak ikhlas. Menganggap solat sebagai beban
5. Tidak sungguh-sungguh(khusyuk) dalam solat
6. Tidak tahu apa yang dibaca. Solat hanya menjadi satu gerakan tanpa makna.

Subhanallah, Islam memang menekankan kualiti dalam setiap aktiviti harian kita. Solat pun tak boleh, 'yang penting Bereh..'. Islam menyuruh kita menegakkan solat, bukan sekadar mengerjakan semata-mata. Begitu juga dengan Kelas, kalau dihubungkan dengan kelas, maka mahasiswa yang 'Celaka' adalah mahasiswa yang..

1. Pergi kelas setiap waktu, tetapi akhirnya tergantung mood.
2. Pergi kelas, tetapi tidak tahu pengisian didalam kelas.
3. Pergi kelas, duduk barisan depan sekali, tetapi tidur.
4. Menganggap kelas sebagai satu bebanan.
5. Tidak serius dalam kelas, hanya untuk sign attandance.
6. Tidak tahu apa yang dicatat.

(ohh begitu lemah diriku ini..)
Category: , ,
Reactions: 

9 tautan hati:

~ZuLhAiRi~ said...

salam...

alahai sopannya gambar...anak sapa la ni...hihihi

Humayra' said...
This comment has been removed by the author.
Humayra' said...

jazakallah for the reminder..

adakah solatku diterima?? hm...

.: F@!n :. said...

berfikir sejenak....takut solat yg ku lakukan selama ni tidak d trima

HafizuddinPirus said...

Wadi Al-kurok:

W,salam.. hehe.. malunye..

Soalan: anak siapa ni?

Jawapan: saya adalah anak pertama Abdullah Pirus Bin Ismail..Berketurunan Adam dan Hawa..

Kamu pula anak siapa??(takruf pendek, maklumlah baru nak kenal)

HafizuddinPirus said...

Humayra' & Fain

InsyaAllah jika niat solat itu kerana Allah..

Sesungguhnya Allah menyayangi hamba2nya yang sentiasa sujud mengingatinya:]

~ZuLhAiRi~ said...

ta'aruf ya

saya anak ke 3 dari perkongsian hidup Mustafa bin Omar dan Aziah bt Mohd Saleh, nampaknya kita beketurunan sama...Adam dan Hawa...alhamdulillah...

p/s : teruskan dengan kesopanan dan solatlah dengan khusyuk, pesanan penaja dr 'wadi al qurra'

Hanif Amir said...

saya pula anak malaysia.;p

Nik Muhammad Amin said...

sheikh, bila nak taruk gambar haku nih..penat2 posing hari tu, kamon laa..