Kita adalah KELUARGA

Assalamu’alaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Dengan segala kerendahan hati, izinkan saya memanjatkan rasa syukur yang mendalam kepada Allah SWT yang senantiasa membukakan fikiran dan hati untuk terus berjuang dalam menegakkan agamaNya. Salawat serta salam tak pernah putus kita sampaikan kepada pemimpin sekaligus guru peradaban dunia Nabi Muhammad SAW yang banyak memberikan keteladanan dalam berfikir dan bertindak.

Kekeluargaan merupakan sebuah kata yang sangat mendalam dalam aplikasi dakwah di kampus. Kerana Mahligai keluarga yang sejati memang sangat berbeza dengan mahligai bersahabat atau berteman. Keluarga adalah sekumpulan orang yang saling membantu antara satu sama lain, dan siap susah dan senang bersama-sama. Itulah mengapa pendirian Institusi Usrah(IU) menamakan Lembaga Dakwah Kampus MMU dengan sebutan Keluarga Islam dan saya bukanlah Presiden IU akan tetapi saya adalah Presiden dalam Biro Akademik kerana memang dari rasa keluarga itu sangat menjadi prinsip kami. Dan kerana itu pulalah Tagline Institusi Usrah ialah "Usrah Itu Keluarga".

Sahabat semua, kekeluargaan bukanlah rasa dan mahligai yang boleh dipaksa, Kerana rasa ini bermula dari dalam individu masing-masing. Rasa yang bermula dari keperluan dan kecintaan terhadap lembaga dakwah ini. Kekeluargaan tidak boleh dibentuk dengan hanya membaca Doa Rabitah sahaja, tetapi kekeluargaan perlu dibuktikan kepada sesama kita. Kekeluargaan yang sejati adalah rasa dari hati nulari yang sejati.


Keluarga adalah satu pertalian yang dijalinkan melalui ikatan External dan ikatan Internal. Kedua-dua proses ini mempunyai jalinan yang amat berbeza. Ikatan External merupakan jalinan genetik antara anggota keluarga manakala Ikatan Internal adalah sebuah jalinan hati yang dihubungkan sesama anggota keluarga. Dari ikatan hati terbentuklah proses Photosintesis yang membuahkan ikatan kasih sayang sesama anggota. Jika hanya terdapat Ikatan External dalam sesebuah keluarga, maka perasaan kasih dan sayang itu tidak akan timbul. Tetapi jika sebuah keluarga mengamalkan proses Internal, sinaran kasih sayang itu akan terpancar dari hati-hati anggota keluarga.

Setiap keluarga memang telah diturunkan oleh Allah masalah2 Internal dan External yang tersendiri. Larikan diri dari keluarga bukanlah suatu jalan penyelesaian tetapi ia adalah suatu kerugian besar untuk diri. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Berbincang dan berbaik semula adalah suatu jalan yang terbaik. Setiap anggota harus membuka hati mendengar permasalahan yang dihadapi oleh setiap anggota keluarga. Tiada keluarga yang digelar keluarga terbaik didunia ini. Dan diakhirat kelak, Allah tidak akan menyoal "Apakah keluarga kamu adalah keluarga terbaik?" tetapi Allah akan tanya "Apakah yang telah kamu lakukan terhadap keluarga kamu untuk menjadi yang terbaik?"

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, setiap keluarga mempunyai sebuah hala tuju dan cita-cita yang tersendiri. Ada keluarga yang mengharapkan anggotanya menjadi seorang tentera yang gagah, ada keluarga yang mengharapkan anggotanya menjadi seorang jutawan yang kaya, dan ada keluarga yang mengharapakan anggotanya menjadi seorang saintis yang hebat suatu masa nanti. Akan tetapi setiap anggota memerlukan suatu dorongan dari keluarganya untuk mencapai hala tuju itu. Dorongan dan kasih sayang adalah sebuah permata yang amat bernilai dihati-hati seseorang.

Itulah yang cuba kami di Institusi Usrah(IU) lakukan. IU merupakan sebuah keluarga yang amat mementingkan Kasih Sayang sesama anggota. IU merupakan sebuah badan yang bukan hanya bertindak secara External tetapi kami melakukannya juga secara Internal. Keberkesanan dan keberjayaan suatu program bukanlah suatu dari matlamat kami, akan tetapi mengenalkan anggota-anggota dengan lebih mendalam tentang Islam adalah matlamat dan tujuan kami, Keluarga Mahasiswa Islam(IU).

Perasaan kekeluargaan ini amat diharapkan untuk menyatukan hati-hati kami. Walaupun ahli kami masih ada yang belum bertudung, masih ada yang merokok dan masih ada yang banyak melakukan maksiat, akan tetapi ini bukanlah hal yang kami perdebatkan. Justeru inilah hal yang harus kami syukuri. Kenapa? kami masih harus bersyukur kerana Allah masih membukakan hati mahasiswa di kampus kita untuk bergabung bersama IU. Perlu diingat kembali bahawa IU bukan tempat orang yang sudah soleh, akan tetapi IU adalah tempat orang yang belajar untuk lebih dekat kepada Allah SWT.

Marilah bergabung bersama IU!


'Institusi Usrah Merangka Keluarga Islam'

Quotes by,

A.Hafizuddin Abdullah Pirus

Kepala Biro Akademik Institusi Usrah, IU 0809

Category: ,
Reactions: 

7 tautan hati:

Hanif Amir said...

salaam. sdra, terima kasih.

~ZuLhAiRi~ said...

salam...sejuk jaa baca...api kene dgn air...baru betul, tp kalau tuang air pun x jalan juga mcm mana ya?...salji la plak gamaknye..

apa pun...selamat hari raya, maaf zahir batin!...:D

usrah itu keluarga, jadi khulasahnya bila usrah wida' yg akan dtg nnti semua kene bekeluarga...haha...:p

Hanif Amir said...

bak kate Lintang dalam Laskar Pelangi, hidup mesti ade cite-cite. tapi nampaknye, cite-cite sdra Zulhairi agk keterlaluan di situ. gatal! kes3

Nik Muhammad Amin said...

Ya, kita adalah keluarga..so saya sebagai abg kepada adik deen, adik zulhairi dan adik hanif amir ingin menyeru adik2 spya jgn solat lambat2 tau..nnti abg bgtau mak kang..

apa pun, abg sayang kamu semua.. jom kita main nyorok-nyorok jom sblm mak balik, nnti kena marah..

~ ""ops, apa aku ngarut nih? 3.20am aku mula mengarut""

zinnirah_aljannah said...

salam~ tersenyum saja membacanya. :) suatu hari nanti, pasti akan merindui pada keluarga ini kerana keluarga ini yang mengajar saya erti ukhuwwah.

p/s: din, tak nak sambung degree di sini kah? boleh sambung & eratkan lagi ikatan kekeluargaan. :D

"Apakah yang telah kamu lakukan terhadap keluarga kamu untuk menjadi yang terbaik?" ayat yang menarik untuk difikirkan...

p/s: entry ni bukan untuk di komen oleh adik beradik lelaki je kan? :P

HafizuddinPirus said...

hanif

Haha.. saya betul2 setuju dengan mufti kita. Usrah widak nanti jangan lupa bawak anak ya pak mufti.. Mesti comel macam bapanya..

Cute bangat!

Adik Nik

Oi2, siapa Adik siapa abg ni? ni yang panas nie.. Kau telah menjatuhkan maruahku dikhalayak ramai:/

Zinie

W,salam.. Ya kami pasti merinduinya.. IU.. sebuah Keluarga yang mempunyai kebahagiaan yang tersirat. saya tidak sanggup meninggalkan Keluarga ini. ohh..

P/s: Entry ini mengalu2kan semua Coverage, Jadi untuk adik perempuan kita kenakan sedikit kos lah.. Boleh lah ae? nanti boleh bayar terus ke Adik amin.. (haha)

adik bongsu dtg melawat said...

salam abg din..sejuknya artikel itu..yg panas insyaALLAH jadi sejuk..

to zinni: sy juga pasti merindui keluarga ini..sy tdk mahu tggalkan melaka..keluarga ini mengajar sy erti pengorbanan dan ukwwah...

din mahu pindah ke mana..utem kah??