Biro Akademik dan BBQ

Dengan nama Allah, Tuhan kami sewaktu kami susah dan sewaktu kami senang. Salawat dan salam ditujukan khas buat promoter Islam yang terkenal, Rasulallah SAW dan salam sejatera kepada sahabat2 yang dikasihi sekalian.

Jangan terkejut bila terdengar nama Biro Akademik,
Sebuah Posisi didalam Institusi Usrah,
pejuang-pejuangnya ada yang tinggi dan ada yang pendek,
Tidak kisahlah kerana itu semua lumrah,

Garang dan tegas sangat diperlukan,
Menjadi santapan setiap pekerjaan,
Itulah hafizuddin Exco Idaman(hehe),
Menjadi kepala dalam sebuah perjalanan,

Orangnya tegas juga peramah,
berkaca mata setebal cermin kereta,
Itulah kak suraya kata nama yang indah,
Menjadi inspirasi buat semua,

Negeri Kelantan sebuah negeri yang sentosa,
terciptanya seorang manusia sebagai anak bangsa,
Itulah Wan Hafiz begitu pekat loghatnya,
Penghulu Biro Akademik yang sangat setia dengan tugasnya,

Bukan tak percaya tapi itulah realitinya,
baru 19 tahun dah macam lawyer,
Nurul Hazwani penghuluwati yang sangat bercarrier,
Moga amal dan ibadah menjadi bukti kejayaannya,

Muhammad Fain nama yang diberi,
Senyumannya yang manja memikat hati,
Menjadi pahlawan Islam bukan lagi tradisi,
kerana itulah cita-citanya yang abadi,

Orangnya tinggi berhati budi,
seorang puteri yang baik hati,
Aida Zazren sebuah nama yang cantik dan menawan hati,
Semoga Al-Quran menjadi pegangan hati,

Seorang yang peramah dan Budiman,
hatinya yang tabah dan penuh kesabaran,
Alif Asyraf adalah nama samaran,
Menjadi kekuatan dalam sebuah pekerjaan,

Bukan kenal kerana rupanya,
hatinya yang baik pekerti mulia,
Nurul Aisyah sebuah nama yang penuh bercahaya.
Menerangi alam di hari muka,

Berani bercakap walau apa pun keadaan,
Seorang yang bijak dan juga pendiam,
Itulah Aysraf Arief seorang pemuda yang sangat sopan,
Rasulallah SAW menjadi Idol pujaannya 24 jam,

Orangnya comel dan sangat sopan,
senyumannya yang manis membuahkan perasaan,
Asyariy Bin Laili sebuah nama yang begitu diidam-idamkan,
Kesetiaannya menjadi bendahari yang penuh dengan kesabaran,

Orangnya kecil bagaikan ikan,
sifatnya yang peramah dan juga sopan,
namanya fazla puteri idaman,
menjadi harapan bangsa, rakan dan taulan,

Semangatnya yang tinggi berhati budi,
senyumannya yang manis menarik hati,
Itulah Arief rais sebuah nama yang diberi,
hatinya yang mulia membersihkan diri,

Kecil2 ayam katik,
buah hati buah betik,
Nur Syafiqah Rosli sebuah nama yang cantik,
ketaqwaannya yang berterusan mebuahkan akhlak yang baik,

Syafiq Shaja nama yang diberi,
Manchaster United menjadi pilihan asli,
gelak tawanya mencuit hati,
semoga hidupnya didunia menjadi jambatan ke akhirat yang kekal abadi,

Alhamdulillah telah lahirnya seorang puteri,
Bukan puteri bunian juga bukan puteri gunung ledang,
Subhanat nama yang diberi,
memuji Allah menjadi rutin dimasa lapang,

Agent 45 berpangkat proffesor,
Pengetahuan yang tinggi pekerti mulia,
Zulthaqif bukan calang-calang orangnya,
tidak mahu kalah dalam apa jua masalah yang menimpa,

Pergi ke Indonesia mencari pengetahuan,
Bahasa jepun bahasa pilihan,
Itulah dia Kak Alia Farhani seorang yang sopan,
Menjadi idaman setiap pahlawan,

Nabilla sebuah nama yang indah,
secocok dengan perwatakan yang mulia,
hanya kepada Allah tempat untuk luah,
Ilmu dan amal adalah tujuannya yang utama,

Seorang yang lembut dan begitu manja,
mengimpikan Akhlak sebaik Aisyah Humaira,
Itulah Nur adilah seorang puteri yang bercahaya,
kerana Islam sebuah pegangan yang dicintainya,

Berwajah indonesia berspek mata,
Pendiam tetapi mempunyai kekuatan jiwa yang luar biasa,
Syafika Hanis seorang insan yang manis orangnya,
Moga menjadi seorang pahlawati untuk agama yang tercinta,

Seorang yang garang berhati budi,
cita-citanya yang murni menjadi inspirasi,
Nur Hadzirah nama yang sangat disegani,
Menjadi harapan ibubapa yang disayangi,

Menjadi kekuatan disebalik kekuatan,
bersama-sama walau apa jua keadaan,
itulah dia kak ika, kak ili sarra dan kak Intan,
Semoga ukhuwah ini menjadi bukti dan harapan,

Inilah Biro Akademik sesi 08/09,
Ukhuwah yang terjalin membuahkan sebuah perasaan,
Kasih sayang kerana Islam adalah satu tujuan,
Menjadi bukti kekuatan dimasa hadapan..




Alhamdulillah.. Alhamdulillah dan Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah kerana masih lagi memberikan saya nyawa untuk meneruskan perjuangan disebalik perjuangan yang mampu ditempuhi dengan izin dan keredhaanNya.

Alhamdulillah BBQ 2 adalah program terakhir buat Biro Akademik sesi 08/09 yang diadakan di Pengkalan Balak Melaka. Ianya adalah sebuah program yang sangat menarik disamping ayunan ombak yang begitu memukau. Tidak banyak hendak update disini. Cumanya diharapkan ukhuwah yang terjalin ini dapat dikekalkan sehingga di Syurga nanti. Segala Kenangan Terindah itu akan menjadi satu kekuatan untuk meneruskan lagi hidup disamping kerja-kerja dakwah yang tidak pernah putus. Dakwah is about a love.

Kenangan Terindah..


Sesi tukar Hadiah

Presiden IU yang begitu bergaya^_^

Exco BA dan Penghuluwati

Teman Sebilik

Itu dia..betul2 menghayati..

ubi bakar

I'm Palestinian

Kearah memperjuangkan Palestin!

Inilah dia tukang2 dapur kita:)

BBQ time!!!



Kak Alia yang begitu tekun memotong tembikai..first time agaknye..


Pengkalan Balak

Nik Amin, The Lovely Housemate..

Ari..sedang memikirkan belanjawan negara.

Kak Ili dan kak Iqa

Zul Fadzlizan(The Lovely Housemate) dan Ustaz Kadir

Sedang kemas

Kak Niza..

Exco of The year, Biro Akademik Institusi Usrah..

Terima kasih kepada semua yang selalu memberikan saya dorongan dan harapan yang tinggi. Kepada yang selalu meminjamkan barang dan kepada semua. InsyaAllah jika ada peluang, berkobar-kobar dan penuh harapan akan saya teruskan perjuangan bersama Sebuah Keluarga yang Tercinta ini^_^

p/s : inilah pertama kali dalam hidup menonton tayangan montaj ditepi laut:)



'Institusi Usrah Merangka Keluarga Islam'

Quotes by,

A.Hafizuddin Abdullah Pirus

Kepala Biro Akademik Institusi Usrah, IU 0809

Category: ,
Reactions: 

5 tautan hati:

fain said...

salam...walupun saya tak sure lg akan berda d melaka ni...sy harap ukhwah yg terjalin antara kita dalam biro akedemik akan kekal walau ke mana pun kita pergi..dalam tahun ni kita r biro pling aktf, n credit tu exco kami abg din yg hot n kak su yg kiut miut...moga kemana sje kita pergi hubung kita ttp erat seperti skrng...
"..perkara yg plg jauh dgn kita adalah semalm.." jd hargailah masa yg ada moga ia menjd 1 kngan yg terindah buat kita semu...


p/s : moga semua sukses dalam fimal exam nant...

HafizuddinPirus said...

wsalam fain

InsyaAllah.. Kalau dah ada nombor telepon, semuaanya takkan kemana^_^ Aah paling aktif tapi kelasnya satu pun tak ada..huhu.....

eh kat suraya kiut ke? erm abg kurang jelas dengan statement tu^_^

Hidup didunia tidak pernah kekal,tetapi hidup diakhirat adalah segala-galanya:p

sitisuraya said...

salam..din,at least, faain jujur gak memuji akak.tak la dia kata akak PAKAI SPEK TEBAL MCM CERMIN KERETA. awk pernah ukur ke spek akak?.isk.diskriminasi betul ni.nanti nak ajak din masuk pesta pantun lah.hehe

bertemu dan berpisah kan sebahagian dari hidup. Insya Allah, kita akan bertemu kembali.

p/s: jgn buat kain jadi alas meja.

HafizuddinPirus said...

w,salam..

Haha itu cuma perumpamaan.. mungkin betul mungkin tidak.. Kita tengok dan lihat^_^

p/s: rumah saya tak cukup kain..

ari the loving said...

emm assalamualaikum. emmm pandai abng din berpantun ye. maaf lambat komen. tips jika hendak pantun lebih enak dibaca. abang din kene pastikan.angsara sebutan bunyi x melebihi 11 angsara.
seperti

1) per 2)gi 3)pa 4)sar 5)mem 6)be 7)li 8) ro 9) tan

1)ro 2)tan 3)di 4)be 5)li 6)di 7)bu 8)at 9) ke 10)ru 11) si

jika amalkan, insyallah boleh masuk pesta pantun kak su

kesian kak su abang din kata cermin matanya tebal bak cermin kereta.hehehe sabar jelah kak su!!