Pendidikan Anak-anak Mengikut Rasulallah SAW

Dengan nama Allah, Tuhan kami seluruh adam dan hawa. Salawat dan salam ditujukan buat Rasulallah SAW serta sahabat2 dan keluarga Baginda.

Alhamdulillah.. Selesai sudah Program Makhrajan Thaqafi 4 Ibnu Khaldun, Jalan Kebun. Begitu banyak program menarik yang disajikan buat pengunjung. Semua program tersebut mempunyai pendidikan yang tersendiri dan begitu Unik..



Dari kiri saya, KijangTerbang, Umar(baju putih) dan adik Cik Mang, Izat..


Inilah Senior yang begitu Lucu Perangainya.. Hafizul Azman..


Antara Program yang menarik hati2 saya ialah Ceramah "Pendidikan Anak-anak mengikut Rasulallah SAW" oleh P.C Rosdi Baharom. Walaupun saya masih belum berkahwin dan tak pernah ada pengalaman ada anak tetapi kata-kata penceramah tersebut begitu dalam kesannya terhadap saya yang juga bergelar anak.

Untuk menjadi seorang ayah ataupun ibu perlulah ada persiapan yang bersungguh-sungguh. macam mana kereta hendak bergerak kalau tak ada tayar. Anak bukanlah usaha kita tetapi anak adalah kurniaan Allah SWT. Membesarkan anak adalah sukar tetapi mendidik anak menjadi anak yang soleh lebih sukar lagi.

Apabila mendidik anak, semakin hari semakin dekatnya Cinta kita kepada Allah SWT.

Bila kita patut didik anak?

Pertama sekali, haruslah merancang. Dimulai dengan niat sewaktu mencari pasangan hidup. Memenangi hati anak.

Bagaimana mendidik anak lelaki dan perempuan?

Pendidikan anak harus bermula sehari selepas dilahirkan..

"Perkara yang dididik 2 tahun pertama dalam diri anak kamu, itulah yang akan kekal meninggalkan kesan kepada anak kamu"- Syed Murshi

Dr Hisham Al-Awadi pernah berkata " Saya abaikan buku tentang perkahwinan, tetapi saya mencari buku tentang Men For Mars, Woman For Venus and Child For Earth" " Pembangunan anak dibina dengan batu binaan Cinta, Iman, Akhlak, Ibadah dan Tarbiyah(pendidikan)

Dr Badri pula berkata "The Price and The Prize"- Berapa harga yang perlu dibayar untuk mendidik anak supaya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat?

Akhir sekali, Cintai anak sebelum mendidik mereka. Menangi hati mereka dengan kasih sayang.

Itulah sedikit perkongsian yang dapat saya copy mengenai pendidikan anak-anak khas buat Ibu bapa, para remaja dan anak-anak diluar sana.

Wallahualam..
Category: , ,
Reactions: 

2 tautan hati:

Hanif Amir said...

cintai anak sebelum mendidik mereka. aku setuju bangat. dan benda nie juga patut diaplikasikan pada hal-hal yg lain. bukan anak semata-mata.

HafizuddinPirus said...

Terima kasih..

Begitu juga dalam bab2 pendidikan yang lain seperti guru yang mengajar muridnya. Guru seharusnya menyangi muridnya sebelum mendidiknya..

Apakah ertinya jika tiada kasih sayang jikalau hendak mendidik anak-anak..

Begitu juga halnya dalam kerja2 berdakwah..

Wallahualam..