THE KINGDOM of HEAVEN(Islamic Version)

Dengan nama Allah, Tuhan kami di waktu pagi, tengahari, petang dan malam. Salawat serta salam ditujukan buat Rasulallah SAW yang merupakan amirul mukminin buat sekalian Ummah serta tidak ketinggalan sahabat2 yang dikasihi sekalian.


Tidak kusangka semua ini akan terjadi,
Apabila mengenangkan sejarah diri,
Segala kenangan telah menjadi saksi,
kini telah kembalinya Mahkrajan Thaqafi.

Segala puji hanyalah milik Allah, kerana dengan izin-Nya, Program Makhrajan Thaqafi 4 Sekolah Ibnu Khaldun telah berjalan dengan begitu lancar. Apabila melihat adik2 sekolah berkerja keras bertungkus lumus buat program, teringat zaman sekolah dulu(ohhh..). Zaman sekolah dulu memang satu zaman yang boleh dikatekan zaman Keras(bukan zaman Batu) kerana segalanya mesti ada rotan. Rotan bukanlah segalanya tetapi segalanya mesti ada rotan. Dan kerana dengan rotanlah, sehingga sekarang saya masih berpijak diatas jalan-Nya.

Tema untuk program Makhrajan Thaqafi 4 telah memilih "Memperjuangkan Islam adalah Tanggungjawab Bersama". Tema tersebut telah menjadi tajuk perbincangan hangat Forum Bicara Ad-Deen yang telah diadakan pada malam ahad jam 9 malam. Antara panel2 jemputan nya ialah Ustaz Najib(bukan Versi MMU, kali ini versi USIM) dan gandingan hebat, Pakcik Ir Ahmad Jaiz(Pengarah ikim.fm) dan moderatornya ialah bukan lagi Mona Jasmin tetapi digantikan dengan Ustaz Mahadzir. Forum tersebut akan disiarkan pada hari sabtu malam ini dicawang2 radio ikim.fm.


Para panelis Forum

Setiap orang Islam wajib memperjuangkan Islam sejak Baligh lagi. Tidak kiralah dia itu miskin, kaya, perokok, penjenayah bersiri, pelacur sekalipun, semuanya telah diberikan satu tugas yang besar iaitu untuk memperjuangkan Islam walau dengan apa cara sekalipun. Walaupun kamu banyak makan sekalipun tetapi dengan niat untuk memperjuangkan Islam, sudah mendapat kebaikan disisi Allah.. InsyaAllah..(untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh dengar ikim.fm sabtu ini)


sedikit gambar-gambar semasa Pre dan On Event

Pakcik Ahmad Jaiz(Walau pun lucu tetapi begitu menarik sekali^_^)


Ustaz Najib. Begitu indah kata-katamu(ohh)


Abang Irwan Ikim.fm


Ustaz Mahadzir ikim.fm


Inilah mujahid2 Muda(darjah 3,4,5 dan 6)


Sheikh ahmad Yassin






Hadirin yang hadir pada malam itu


Pada malam kemuncak pula, bermacam-macam persembahan yang telah disajikan. Antaranya Boria(ini yang tak boleh tahan nie), dikir barat, Lakonan(ohh..) dan sebagainya. Antara persembahan yang paling menarik hati saya ialah The Kingdom Of Heaven(smik Version) oleh pelajar2 tingkatan 3,4 dan 5 sekolah Menengah Ibnu Khaldun. Persembahan ini antara persembahan yang paling menarik pernah saya saksikan. Memang kalah persembahan2 kami dulu(ohh jelesnya..tak apa). Disini saya nak ucapkan Tahniah kepada Ustaz Danial selaku pengarah lakonan kerana persembahan yang begitu mantap dan menggetarkan jiwa pemuda2 yang inginkan perjuangan. Beliau juga pernah mengajar kelas saya Bahasa Arab 2 sewaktu tingkatan 4 dulu.


*************************************************************************



Sebuah Filem epik yang cemerlang seninya, dengan gerak kamera yang memukau(hehe), semburan darah, ceraian anggota-anggota tubuh manusia, kekasaran manusia, yang anehnya, menghasilkan sinematografi yang indah, koreografi gerak yang cukup kemas untuk memukau penonton, perincian dalam prop dan kostum, dan, hampir pasti, kisah yang menarik..

Dengan ini mari kita saksikan.. Persembahan KINGDOM of HEAVEN dalam perspektif Islam..




Filem KINGDOM of HEAVEN telah dapat banyak kritikan daripada pihak barat kerana Filem tersebut cuba 'Memutihkan Sejarah' mempertahankan Islam. Jikalau kita lihat babak diakhirnya, ianya memperlihatkan bahawa William Monnohan, penulis cerita tersebut mahu menyampaikan satu mesej bahawa apa yang penting ialah keamanan(hidup bersama) daripada peperangan.


Para pengkaji sejarah yang mengkaji sejarah Perang Salib berdasarkan rekod saksimata (eyewitnesses) dan artifak sejarah menganggap filem ini seluruhnya sampah. Prof. Jonathan Riley-Smith, pakar sejarah Perang Salib dari Cambridge, menyatakan di dalam wawancaranya dengan akhbar Daily Telegraph berkaitan Kingdom of Heaven:

"Ia adalah sampah. Dari segi sejarah ia langsung tidak tepat. mereka menggambarkan Muslim sebagai canggih dan tentera Salib sebagai keras dan gasar" Kindom Of Heaven ini ada kebaikan dan keburukannya. Ada paparan yg benar dan semestinya banyak yang palsu. Mengenai Salahuddin Al-Ayubi, hampir semua fakta mengenainya dalam filem ini adalah benar. Mungkin ini disebabkan untuk menaikkan semula imej Islam di mata dunia tetapi mungkin ada propaganda di sebaliknya.

Jika kita lihat filem yang pernah diarahkan oleh pengarah Kingdom Of Heaven ini, Black Hawk Down, banyak pemalsuan fakta yang telah dibuat termasuk jasa2 tentera Malaysia dan kekejaman pihak pemberontak. Mungkin filem ini bertujuan untuk memulihkan hubungan yang keruh antara dunia barat(terutamanya Amerika) dan dunia Islam. Walaubagaimanapun, jika dilihat dari kehalusan dan ketelitian pembikinan plot dan aksi2 yang dilakonkan, filem ini merupakan filem yang baik.

Bersamalah kita berdoa agar Islam kekal sejahtera dan umatNya terus mendapat naungan yang harmoni dari PenciptaNya. Perjalanan akan tertulis, apa yang akan terjadi, kita masih belum tahu.

"Sesungguhnya mereka adalah Pemuda-Pemuda yang beriman dengan Rabb mereka"(Al-kahfi:13)

"Alangkah hebatnya Deen ini apabila memiliki Pemuda-Pemudi yang berjiwa besar" (Ibnu Qayyim)

P/s : Sepatutnya Kita sebagai umat Islam harus membuat cerita seperti ini, bukan orang Kristian yang sudah bertahun lama merancang dan mengkaji untuk membuat cerita tersebut(ohh..)
Category: , ,
Reactions: 

2 tautan hati:

aliaa said...

nk pindah cyber ek?
ha~~blhlaa tgk2kn zira...
stkt ni xdela lg pnyakit alzheimer ke nyanyuk ke nk lupa2 org ni..
hehehe~~
jgn2 nnt dia yg lupa akak x?
huhu~
ok..take care ek ble kat sana nnt~

HafizuddinPirus said...

hehe akak blum tue lagi rupanya(adeh..) InsyaAllah biro Akademik
Usrah sana akan menjagenya..(hehe)