Formula untuk hilangkan Cas2 Negative

Dengan Menyebut Nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, maka bergetarlah jiwa-jiwa setiap Muslim dan Mukmin. Salawat dan salam ditujukan buat Wira Islam yang pernah dihina dan dicaci oleh puak Kaffir suatu masa dahulu, 'Muhammad Bin Abdullah' dan para sahabat yang saya kasihi sekalian.

(Pantun Lagi)

Bukan menang kalau tak kalah,
Bukan sihat kalau tak sakit,
Bangun subuh macam gajah,
sampai bila Kau nak bangkit?

Makan nasi berlauk tomyam,
Minum teh-O cicah karipap santan,
Mulakan hidup untuk Islam,
Semoga hidup dalam kesejahteraan,

Alhamdulillah setelah banyak ujian, halangan, onakkan, dan disturban yang di hadapi, akhirnya kini saya masih beraksi, walaupun diri riak sendiri(ohh), sampai bila nak begini?

Bukan manusia jika tidak pernah Alpa,
Bukan ikan kalau pandai berjalan,
lembutkan hati dengan sebuah Bahasa,
Bahasa terindah ialah Al-Quran.

Adakah anda mengalami kebosanan? Tidak nyenyak tidur? Hati tidak tenteram menjawab exam paper? Terkenangkan keluarga kat kampung? Sakit hati dengan seseorang? Jatuh Cinta? Kecewa? Nak bunuh diri? Marah sebab lecturer tak bagi full mark untuk cousework? Lemah bila kawan cerita kisah hantu? tidak bermaya untuk berkerja? Putus asa sebab fail test lesen kereta?

Tuhan tidak pernah lupakan hambaNya walaupun hambaNya sering melupakanNya. Diturunkan 'ia' sebagai ubat penenang kepada jiwa2 yang sering lemah dan tidak bermaya. Menjadi pedoman dan kekuatan. Dalam mencari erti kebahagiaan, mencantas segala keresahan, menghidupkan hati yang telah mati, mencerahi kegelapan jiwa-jiwa yang kotor disamping menjana pemikiran yang kreatif, innovatif dalam menerangi hidup ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Itulah Al-Quran..


“Dan orang yang apabila telah berbuat kejahatan atau menganiaya diri mereka sendiri, maka mereka ingat kepada Allah dan mereka memohon ampun atas dosanya.” (Surah Al-Imran, ayat 135)
Category: ,
Reactions: 

0 tautan hati: