Enjet-enjet Semut, Siapa Sakit Naik Atas!

Dengan nama Allah, Tuhan kami siang dan malam, sebuah lautan kasih buat manusia paling penyayang, Rasulallah SAW dan para sahabat se-cyber yang dikasihi Allah sekalian.


Alhamdulillah.. Pada jumaat hingga ahad lepas, Sahabat ISMA telah mengadakan sebuah perkemahan yang bertemakan Palestin bertempat di Batu Maloi, Negeri 9. Perkemahan yang diadakan 3 hari 2 malam itu mempunyai suatu kekuatan yang begitu menarik sekali buat seorang Muslim yang menginginkan kekuatan hati dan jasmani.

Walaupun malam pertama dah kena gigit 3 ekor pacat semasa tidur, tetapi.. Alhamdulillah.. Kesakitan itu tidak dirasa malah memberikan kenikmatan ketika tidur(hehe)..

"Pacat mempunyai fungsi tersendiri iaitu mengeluarkan darah kotor dari badan manusia"
- Nazri Erlanggo Abdullah

Bergambar bersama Penjaga Hutan yang juga Bekas pemain bola sepak Negara A.Lingam(Nazri Erlinggo Abdullah)

************************************************************************

Sebelum saya memulakan cerita dibawah, Cerita tersebut memang ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia..

(Neraka adalah tempat orang ramai menderita sakit dan tiada pula kemudahan hospital)

Pada suatu hari, ada sorang perempuan sedang berjalan seorang diri tanpa sempat berfikir tentang masa depannya. Sedang si perempuan yang memakai baju cheongsam melawati satu danau yang sunyi lagi sepi, tiba-tiba, dari dalam semak, muncullah 3 orang penjahat yang berniat jahat sambil ketawa pada sesuatu yang tak lawak.

Ha ha ha, gelak si penjahat yang berniat jahat itu sambil mengurut-ngurut dagu.

“Lepaskan aku binatang” jerit perempuan cina tu dalam bahasa melaysia yang telah dialih bahasa.

“Aku bukan binatang, aku manusialah cik adik, ha ha ha” cakap lelaki jahat yang berniat jahat itu yang suka pakai baju gelap lagi lusuh..

“Lepaskan aku manusia” jerit lagi perempuan cina tu dalam bahasa melaysia yang telah di alih bahasa.

“HA HA HA, kau ni kelakarlah” kata si ketua penjahat yang berniat jahat itu sambil bercekak pinggang..

Tanpa melengah-lengahkan masa, kita terus pergi pada kemuncak cerita ini, tiba-tiba, terpancullah hero yang ‘berniat baik ada makna’ yang ada muka ala-ala Bruce Lee yang secara mendadak telah muncul dari belakang kamera setelah baju perempuan tu koyak sikit di koyak penjahat yang berniat jahat sedang mukanya pecah lapan, lalu hero yang ada juga iras Rock Lee itu yang ‘berniat baik ada makna’ terus teguh membelasah semua penjahat yang berniat jahat sekaligus menghancurkan masa depan semua penjahat yang berniat jahat itu..

(Babak pergaduhan terpaksa didelete sebab terlalu ganas bagi mengelakkan pelajar terpengaruh lalu bergaduh di Sekolah dan Universiti)

Dah habis babak hero yang ‘berniat baik ada makna’ menghancurkan masa depan semua penjahat yang berniat jahat itu. Maka macam biasa, heropun adalah luka sikit kat tangan, adalah darah-darah sikit, lalu perempuan cina yang memakai baju cheongsam koyak rabak tu terus pegang tangan hero sambil nangis kasihan kat hero yang ‘berniat baik ada makna’

“Awak sakit tak?”


Tanya perempuan cina tu dalam bahasa melaysia yang telah dialih bahasa.

Heropun dengan macho menjawab..

“Tak sakitpun”

Tiba tiba perempuan tu perahkan limau nipis kat tempat luka hero dan bertanya:

“Awak sakit tak?”

“Errr, tak..”

Jawab hero sambil menahan sakit, tapi sempat berfikir mungkin perempuan ni nak ubat luka dia..

Mendengar jawapan hero tak sakit, perempuan ni letak pulak garam kat tempat luka hero dan bertanya..

“Awak sakit tak?”

Hero dah mula konfius, sambil berkerut kening menahan sakit lalu control macho menjawab..

“Tak.. kk.. sakit..”

Lantas perempuan tu tuang minyak tanah lalu membakar tangan hero dan bertanya:

“Awak sakit tak?”

"SAKIT, ADOI MAK SAKITNYA!!!!"

Jerit hero sambil lari lintang pukang dengan tangan terbakar lalu terjun ke dalam sungai yang berhampiran..

Dari tebing sungai terlihat perempuan tu ketawa berdekah-dekah sambil berkata..

“Lihatlah dunia! Mana ada orang yang tak sakit dalam dunia ni ha ha ha ha!”


Sakit ke apa perempuan ni?

Ok, kita habiskan babak cerita ‘kung-fu’ yang saya edit sesuka hati kat atas, kali ni saya nak cerita pasal ‘Enjet-enjet Semut, Siapa Sakit Naik Atas.


Sebagai manusia, kita semua akan dapat sakit, dari sekecil kecil sakit sehinggalah ke sebesar besar sakit, dari penyakit bisul sehinggalah ke penyakit barah.

Dan manusia punya sakit ada limit, yang mana apabila jasad dah tak dapat tahan menerima beban kesakitan, maka manusia akan bertindak balas menjadi pengsan, dan jika menerima beban kesakitan yang lebih dahyat lagi, maka manusia akan bertindak balas menjadi mayat..

Itu bab sakit jasmani, jika sakit hati pula, manusia akan bertindak balas menjadi mereng, atau gila babi.

"Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati"(Al-Hadith). Sebagai seorang Muslim kita tidak sesekali boleh putus asa jika dikurniakan penyakit. Jika kita dikurniakan penyakit bisul, kita tidak boleh sesekali merajuk dan taknak sembahyang kerana kedudukan bisul itu tepat dengan kaki dan punggung kita menyebabkan kita tidak boleh berdiri atau duduk kerana solat ada kelonggarannya. SOLAT TETAP SOLAT! Kalau ada penyakit hati pula, seperti kata2 orang "putus cinta, maka putuslah nyawa" maka, terjun jambatan atau bangunan menjadi penawarnya. Cinta manusia tidak pernah kekal tetapi Cinta yang kekal hanyalah cinta kepada Allah, maka ubatnya ialah cintailah Allah dengan sepenuh rasa CINTA dengan melakukan segala perintahNya.


Setiap Penyakit yang diturunkan oleh Allah kepada makhlukNya adalah untuk menguji ketaatan dan kecintaan makhlukNya kepadaNya. Seorang bapa yang merotan anaknya sehingga sakit kerana tidak solat bukan melambangkan kezaliman tetapi melambangkan kasih sayang terhadap anaknya. Kerana seorang bapa tidak mahu anaknya menjadi sampah masyarakat yang begitu jauh dengan agamanya. "Di Palestin, seorang anak yang dilahirkan melambangkan seorang Askar yang akan berjuang untuk Islam".

Islam adalah sebuah agama yang mempunyai ubat yang paling mujarab iaitu Cinta terhadap Tuhan yang Maha Esa dan Cinta Tuhan terhadap MakhlukNya..


Kesimpulannya, Solatlah walau macam mana sakit sekalipun kecuali jika anda seekor
werewolf..

p/s: Siapa sakit naik atas bermaksud orang yang sakit, darjatnya akan naik.

Category: ,
Reactions: 

6 tautan hati:

sitisuraya said...

haha
cerita tergantung.boleh habiskan cerita cheongsam tu? kenapa die camtu? die sakit ke apa?

series misteri cerita ni.

HafizuddinPirus said...

owhh yeke.. sebenarnya lepas hero tu terjun dalam sungai.. Perempuan tu tergelak tengok keadaan Si hero yang 'berniat baik ada makna' tu yang sebenarnya sakit. Biase lah perempuan(hehe).. Tetapi walaubagaimanapun perempuan cina tu sebenarnya tertarik dengan hero 'berniat baik ada makna' tu dan...

Akhirnya.. si perempuan cina tu masuk Islam dan berkahwin..

hehehehe.. Happy ending..

tu kalau saya reka lah, kalau akak mungkin lain rekaan nya.(hehe)

.: F@!n :. said...

la...camtu kisahnyer...
knp tak cita ada org nyanyi lagu boria ending dia...bru best..hehehe...ep ending..

HafizuddinPirus said...

haha kalau nyanyi lagu boria itu dah masuk cerita boria pulak.. dah tak ade kena mnegena dengan Hero 'berniat baik ada makna'..

Ameen Muslim said...

salam.
sebenarnya ada rahsia dlm cerita ni. haha... nak tau tak apa rahsia cter ni? kalau rajin jd walking blogger, korg faham la...

may ALLAH bless all of us!

Anonymous said...

salam ziarah