Why Switch Off The Light in 1 Hour?

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang. Salawat dan salam ditujukan buat role model Islam yang dikasihi, Rasulallah SAW dan para sahabat yang sentiasa berjuang dalam menegakkan kalimah-Nya.

Alhamdulillah.. Akhirnya cuti yang tidak semacam cuti sudahpun hendak berakhir. Setelah sampai di Melaka Central(MC), jam hp menunjukkan jam 7.35pm menandakan waktu sudah pun magrib. Tempat pertama yang di target sudah semestinya Surau yang bertepian dengan tempat tunggu Bas. Alhamdulillah sekali lagi kerana masa itu imam baru start angkat takbir. Selepas ambil sahaja wuduk, ambil port tepi sekali(maklum lah, panas..) . Macam biase, apabila imam angkat takbir, makmum pun kena angkat takbir. Baru je nak Niat tiba2 terdengar pulak "MMU Bukit Beruang3X! MMU Bukit Beruang3X! Bas Terakhir2X!" Dalam Hati " Oh no, nak teruskan atau tidak?" Akhirnya setelah berfikir sedalam2nya akhirnya si Penulis Tidak pedulikan MMU Bukit Beruang2X, di dalam Hatinya hanya hendak mengadap Allah SWT"...

Alhamdulillah selepas habis je solat, macam biase, bunyi MMU Bukit Beruang masih lagi kedengaran, Apa lagi, si penulis pun terus berdoa selaju dan seikhlas hati kemudian cabut terus mengejar MMU Bukit Beruang2X itu. Alhamdulillah kini MMU Bukit Beruang masih lagi menunggu penumpang2 kerana hanya 2 kerat sahaja penumpang yang ada dalam bas tu.

Alhamdulillah kini Si penulis telah pun berada didalam bas yang juga Bas Aircond. Udara yang begitu menarik, memukau hati2 para penumpang. Panorama Melaka yang begitu indah membuatkan penumpang duduk dengan selesa walaupun pinggang agak letih juga(bag berat sangat). Tiba2.. prrrrrt(nokia tone).. seorang hamba Allah Call suruh tutup lampu sekarang.. Satu dunia kena tutup lampu.. Dengan keadaan yang begitu sesak di dalam Bas, Si Hamba Allah ini menyuruh tutup lampu, maksudnya lampu dalam bas kah? Si penulis ragu2..



Hatinya terdetik..

Mengapakah kita harus menutup lampu within One Hour? Adakah ini agenda jahat Orang2 Kafir untuk mempermainkan dan menjatuhkan umat Islam? Adakah ini hanya satu permainan untuk mempersendakan saudara2 kita di Palestin yang sudah tentu berada dalam keadaan gelap dan ketakutan? Apakah Maknanya kalau kita tutup Lampu selama Satu Jam?? Apakah sejarahnya 28hb ini? Kalau tutup lampu dapat menyelamatkan bumi kenapa tak tutup pada waktu siang, kan lebih afdhol sebab lampu yang 'original' iaitu matahari diciptakan..

" tak wajib pun, nanti kalau sakit, macam mana?, anak menangis siapa nak tanggung?" Terdengar pakcik di sebelah berborak dengan brother Drebar Bas yang concentrate pandang depan..

Alhamdulillah.. Akhirnya sampai juga di perhentian bas bersebelahan dengan RSU. perut sudah pun lapar menandakan masuknya waktu makan. Alhamdulillah sekali lagi kerana RSU tidak switch off the light, kalau tak si penulis akan menangis kelaparan..

Alhamdulillah akhirnya sampai juga di Istana yang begitu cantik dan tidak black out. Pilihlah rumah no 68!
Category:
Reactions: 

5 tautan hati:

..: nurafaz :.. said...

sahabat penulis suruh tutup handphone kot..
sebab handphone pun ade lampu.. ^_^

~~~~~~earth hour~~~~~~ erm......

~~mmu pun depa ttup lampu sekejap~~

momo+nini said...

earth hour- for me, sebab nak semua sedar kita kena jaga alam sekitar dan guna semua sumber yang ada sebaik mungkin.

bila dah tak ada( cam xda lampu), baru rasa betapa pentingnya cahaya.

kat maktab pun lampu bilik je tutup, lampu koridor tak. lampu spotlight tak. takut ada pencurik.

sekadar pendapat.

HafizuddinPirus said...

Cik Mira:

macam2 lampu.. janji kalau jumpe lampu tu, kena tutup.. tak kirelah lampu jalan ke, lampu bus ke..

Eh MMU ni alert jugak yer..hehe^_^

MOMO+NINI:

erm betul juga tu.. Tapi apa kesannya terhadap masyarakat seluruh Dunia dalam hanya 1 jam tu?

hehe same lah kita.. lampu tandas Dengan lampu Dapur je kena tutup.. Save Letrik.. InsyaAllah from now kena Save Letrik sebab bill letrik dah makin naik..

Hanif Amir said...

aku tak paham apa mesej entry nie. Ha ha ha

sitisuraya said...

tak semua benda ada agenda buruk
kita cubalah jadi optimis dan bersangka baik
jika ia baik utk bumi kita, apalah salahnya.

ada juga yang kata apa kesan kalau satu jam,tapi satu jam pun sudah cukup untuk memberi ruang rehat pada bumi tua ini.

nak suruh tutup sehari kang,beri kesan pada ekonomi and bla bla bla pulak.

selamat pulang ke kampus :)