Ujian itu Nikmat dan Nikmat itu Ujian

Dengan nama Allah, Tuhan yang menurunkan segala nikmat dan boleh menarik nikmat bila2 masa sahaja. Salam Kasih dan rindu ditujukan buat promoter Islam yang terhebat, 'Muhammad Bin Abdullah' dan para2 sahabat yang turut berjuang dijalan-Nya.

Setelah beberapa hari sejak MPBP berakhir, berbagai benda harus disiapkan sebelum cuti seperti asignment, tutor, project dan sebagainya. Sebelum balik ke kampung halaman, rumah sewa harus disapu, dicuci, sampah2 harus dibuang, sebab bile tauke rumah jenguk2 rumah, nampak bersih je, mungkin tibe2 duit sewa rumah boleh didecreasekan sikit. Mane lah tahu(hehe). Disini saya nak ucapkan Terima kasih kepada Bro Abdul Rahman(somali) kerana telah membenarkan menggunakan komputernya untuk 'menulis'.

Teringat gambar ketika di New zealand ala2 Cameron Highland..ohh.. Nikmatnya..

Ujian itu Nikmat? setiap ujian yang kita lalui sepanjang kehidupan itu adalah satu nikmat. Seperti Ujian ketika berada dalam MPBP. Ujian ketika berkerja memang susah. Mane tak nya, masa itu juga ada exam, assignmnet melambak2. Nak settlekan satu dua hari memang tak sempat, baru nak settlekan malam tu, malam tu juga NGO call nak bincang untuk booth pameran esok. Mesti pembaca semua tertanya, kenapa Ujian itu Nikmat? Ujian itu nikmat kerana ianya lebih mematangkan saya. Mungkin hari ini saya susah tahap kuasa infiniti, tetapi kesusahan itu yang menyebabkan saya lebih terkehadapan. Mungkin sebelum ini saya tergagap ketika membaca Al-Quran, tetapi selepas kerap kali dirotan oleh Ustaz, maka dengan tak sengaja, mulut saya dah jadi macam mulut Pak Arab dan secara perlahan-lahan, saya semakin boleh cakap Arab dan baca Al-Quran lebih lancar macam Sheikh As-Sudais. Tetapi.. kesusahan itu haruslah ditujukan ke 'tempat' yang baik. Bukan nya bersusah planning merompak Bank yang akhirnya ditangkap pihak berkuasa atau bersusah dalam mencari jodoh. Setiap hari berbelanja kerana hendak menghabiskan masa dengan Sipulan bin Sipulan yang akhirnya membawa diri kekancah maksiat dan akhirnya ditangkap jua.

Nikmat itu Ujian? Ya setiap kali sebuah nikmat yang kita lalui itu adalah ujian Tuhan kepada hamba-hamba yang dikasihi-Nya untuk menentukan sama ada kita masih mengingati-Nya atau tidak. Teringat saya pada hari khamis lepas magrib ketika berbuka puasa. Tidak sangka2 pula makanan berbuke free(hehe), Lepas je makan free pergi balik dan solat Isyak di surau belakang rumah, ade lagi makan free, kali nie makan nasi lemak dan berwarne warni kuihnya, di tambah pula dengan kopi-O. memang sesuai dengan cite rase orang kampung macam saya(hehe). Selepas je habis makan, katil menjadi target utama. Banyak makan, banyak tidur dan secara spontannya, maka terlepas lah subuh yang di setkan pada 6 pagi. Jadi itulah akibatnya jika Nikmat itu tidak digunakan pada jalan yang baik. Teringat saya ketika sekolah dulu, Ustaz saya setiap kali dalam kelas menekankan, 5 nikmat yang harus dijaga---->>

Masa HIDUP Sebelum MATI

Hidup ini menjadi suatu nikmat apabila 'kembalinya' kita dalam keadaan yang baik

Masa SIHAT sebelum SAKIT

Walaupun orang kate, rokok memberikan kita ketenangan, nikmat yang kekal abadi tetapi sebenarnya rokok itu memberikan kita ketenangan yang sementare. Jadi katekan TAKNAK pada rokok.

Masa LAPANG sebelum SIBUK

Gunakan masa yang ada ini untuk siapkan assignment, tutorial dan study dan juga beramal soleh, supaya hidup ini akan lebih bermakna di masa hadapan.

Masa MUDA sebelum TUA

Muda adalah satu zaman yang paling seronok di dalam kehidupan . Jadi gunakanlah masa muda sebaik mungkin yang boleh . Banyakkan beribadah kepada Allah SWT dengan melakukan apa-apa suruhan-Nya dan meninggalkan apa juga larangan-Nya , kerana kalau dah tua takut tak larat pulak.
Masa KAYA sebelum MISKIN

Peringatan untuk si kaya agar senantiasa berjimat-cermat dalam segala urusan dunia yang melibatkan kewangan . Kerana kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi pada esok hari . Jangan belanja terlalu boros , yang mungkin boleh menyebabkan kita menjadi papa dengan tidak kita sedari.


"Dan jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, maka kamu tidak akan dapat menghitungnya." (an-Nahl:18)


Kesimpulannya..

Marilah sama2 kita fikir2kan apa kesimpulannya^_^
Category:
Reactions: 

0 tautan hati: