Tuhan..Sertailah Aku Untuk Hari Ini..

Dengan nama Allah Tuhan yang maha Mengetahui keadaan makhluk-Nya, Salam kasih dan rindu buat pemuda yang tidak kenal akan erti 'keletihan', Rasulallah SAW dan para2 sahabat2, adik2 yang dikasihi Allah sekalian.

Pertama2 sekali saya minta maaf kerana dah lama tidak mengupdate blog karena keadaan diri yang terlalu busy. Walaupun begitu setiap hari ada sahaja dalam benak pemikiran ini catatan2 yang hendak dilontarkan demi kebaikan bersama. Dalam keadaan yang rasa terlalu busy ini kadang2 busy untuk dunia ini melebihi daripada busy untuk akhirat sana. Semoga itu menjadi suatu peringatan penting kepada diri saya(Please take note).

Gambar ini tiada kena mengena dengan penulisan, sekadar hendak bermuhasabah melihat keindahan keagungan ciptaan Allah. Hati rasa tenang..

Setiap kali kita melangkah hari demi hari, waktu demi waktu, adakah rasa syukur dalam hati kita, adakah rasa terima kasih yang meluap-luap dalam hati kita untuk kita sampaikan kepada Tuhan, adakah waktu di tengah kesibukan pagi untuk kita berlutut dan berbicara sepatah dua kata kepada Tuhan..

“ Tuhan…terima kasih atas malam yang telah berlalu, mimpi2 indah yang telah Kau turunkan dan fajar yang kini telah merekah , setiap hari yang baru adalah anugerah dan mujizat dari Mu- Amin “

Mungkin apa yang kita inginkan tidak tercapai. Kita inginkan Putih, tetapi hitam yang kita dapat. Kita inginkan kasih sayang yang selama-lamanya, tetapi ia hanya datang sesaat. kita inginkan buah yang manis isinya, tetapi hanya buah yang busuk kita peroleh. Kita inginkan keluarga yang bahagia, tetapi perpecahan yang teruk berlaku. Kita inginkan keamanan tetapi peperangan yang mendatang. Kita inginkan ketenangan tetapi keresahan dan keletihan yang didatangi. Kita inginkan kemajuan, tetapi.. kemunduran yang berleluasa.

Terkadang mencapai suatu target yang telah kita rancangkan sekalipun hanya mampu menciptakan kebahagiaan sesaat. Tetapi pada saat datang kebahagiaan itu telah terkikis bahkan menghilang. Mengapa? Kerana hanya Tuhan yang lebih tahu arah tuju masa hadapan kita. Kita hanya berusaha dan redha..

Mungkin warna hitam itu lebih baik dari warna putih, mungkin buah yang busuk itu lebih baik daripada yang manis isinya, Mungkin keresahan dan keletihan itu lebih baik dari ketenangan, Mungkin kemunduran itu lebih baik daripada kemajuan..

Kita tidak Tahu, tetapi Tuhan itu Maha Mengetahui yang terbaik buat makhluk-Nya.
Category: ,
Reactions: 

3 tautan hati:

.: F@!n :. said...

thanks cz tlg kami preparation for MPBP...gud model to follow..

sitisuraya said...

jangan la pindah dr mmu.
teruskn perjuangan lagi 4 tahun.
mmu best ape.
hehe

zida said...

subhanallah..