MPBP untuk PALESTINE

Dengan nama Mu Tuhan yang Maha mengetahui lagi Maha bijaksana. Seluas lautan cinta buat Director Islam yang terkenal, 'Muhammad Bin Abdullah' dan para2 'HOD2' yang sentiasa berjuang dalam menegakkan Islam di jalan-Nya.

'Telah berapa lama halaman maya ini tak tertulis kembali, rasa malas itu begitu kronis, hanya untuk sekadar menulis sesuatu di sini. Mungkin karana berbagai kesibukan yang menyita waktu, tak tak lagi menyempatkan diri, walau sekejap, walau setitik…

Hanya maaf yang dapat ditulis kembali, kepada semua teman yang telah sudi berkunjung ke sini, semoga semangat kan datang kembali, nanti…'

************************************************************************************

Minggu Penghayatan Bumi Palestin atau MPBP adalah suatu program Islam yang bertemakan kemanusiaan. Program ini mempunyai suatu misi dan visi yang teramat penting dalam menyedarkan orang ramai tentang keadaan yang berlaku di Palestin. MPBP adalah suatu program yang mempunyai ciri2 dan bentuk yang tersendiri. Dengan ciri2 itu dapat menarik hati2 para pengunjung tidak kira Muslim dan Non-Muslim. Antara perkara2 yang menarik hati saya ketika berada dalam MPBP:-

1) Ukhuwah

Rasa kemanisan dalam berukhuwah itu memang ada. Walaupun budak2 MPBP ni nakal2(tak tahu lah dari siapa mereka mewarisi kenakalan tu) tetapi kesetiaan mereka bersama dalam memperjuangkan Palestin itu memang membuak2. Walaupun jarang2 nampak dalam usrah tetapi semangat jihad itu ada. Ini sekaligus dapat melenyapkan segala tuduhan bahawa student Melayu Islam di MMU nakal tetapi mereka mempunyai semangat jihad yang begitu tinggi. Ada satu hari itu, mereka sanggup jaga booth pameran SATU HARI dari pagi hingga petang. Walaupun ada kelas meraka sanggup ambil 'MC palestin' kerana bagi mereka Palestin itu jauh lebih penting. Sekali kita bagi flyers pada orang yang lalu lalang di CLC memberikan kita suatu ganjaran yang berganda.

2) Non-Muslim mula tertarik

Saya masih teringat ketika bersama-sama jaga booth pameran. Antara kaum yang paling ramai peka adalah kaum cina. Saya begitu tertarik dan terharu kerana mereka juga care tentang keadaan yang berlaku di palestin kerana bagi mereka ia adalah suatu isu kemanusiaan. Ada satu hari tu, ada seorang lelaki cina nie tengok2 pameran kami , terus register nak masuk Institusi Usrah. Baru tengok gambar, belum lagi di explainkan.

3) Pengalaman Bekerja

Disini saya nak berterima kasih kepada Sau Alif selaku HOD Sponsor yang juga adik biro, kerana telah mengajak sekali bekerja untuk sponsor, pergi cari Sponsor, memang susah untuk dapatkan sponsor. Sponsor adalah jantung kepada suatu program. Bukan sponsor yang cari kita, tetapi kita yang pergi mencari sponsor. banyak yang didapati dari Sponsor. Bila dah dapat banyak sponsor, Bendahari memainkan peranan yang penting untuk menjaga semua khazanah2 sponsor. kena kira setiap masa supaya tidak hilang. Sau Ain, seorang yang begitu peramah, kalau sesiapa yang tidak cukup belanja, boleh jumpa beliau. Bila sponsor dah dapat sikit, HOD publisiti memainkan peranan penting. Publisiti antara kerja yang begitu rumit dan pening. Designing menjadi kerja harian. Poster, banner, flyers, montaj, pamplet adalah kerja harian. Kalau sesiapa yang nak design baju boleh jumpa sau Nadiah. Begitu juga kepada sau Faain selaku HOD Marketing yang sibuk memarket MPBP, pengalaman jaga booth di Melaka Central antara pengalaman yang manis. Marketing bagaikan mata untuk suatu program. Kalau tiada marketing maka tidak ramai yang sedar akan keadaan yang berlaku di palestin. Penulis Surat atau Setiausaha merupakan satu division yang agak berat, tetapi baginya berat itu adalah ringan. Selalu program besar memerlukan 3 orang Setiausaha tetapi kali ini hanya seorang setiausaha. Kalau ada sesiapa yang nak buat surat boleh lah jumpa sau Amirah. Apabila surat semua dah tulis, maka kerja Human Resourse untuk mencari sekolah2, ipt2 , masjid2, rumah2 anak2 yatim, OKU, dan sebagainya untuk dijemput ke MPBP. Human Resourse yang diketuai oleh Sau Aida mempunyai suatu kekuatan yang tersendiri dan unik. Human Resource memberi tenaga kepada suatu program. InsyaAllah, bila dah gred nanti, boleh jadi manager of Human Resource di TM. Bila hendak mula program, teknikal mempunyai peranan yang teramat penting. kena book vanue, peralatan dan sebagainya. Kalau tidak ada teknikal, maka tidak jadilah program. Izwan selaku HOD Teknikal, kalau ada sesiapa yang nak book vanue, call dia. Bila asyik berkerja jaga booth, perut pun terasa lapar, menandakan HOD welfare, Sau Syikin tidak boleh larikan diri, makanan tetap kena ade. Kalau tak ada makanan tak adalah kekuatan untuk bekerja(hehe). Bak kate saya 'makan banyak, kerjanya pun banyak'. Kalau ada yang tidak cukup makan, atau makanan tidak dijaga atau keracunan makanan, boleh jumpa HOD nya. Bila semua dah ready, HOD event, sau izzat kena ready, pastikan tentatif event, flow semua berjalan dalam keadaan baik. Layout program kena betul. kedudukan vip dan crowd semua kena setting. Kena lantik event manger, mc, dan sebagainya. Banyak kerjanya. MC's nya pun menarik(hehe). Begitu juga kepada Director MPBP saudara Rifayuddin, Penolong Director 1, Sau Hazwani dan Penolong Director 2, Sau Wan Hafiz yang bertungkus lumus memikirkan strategik planning untuk MPBP. Dan tidak lupa juga kepada koordinator program Kak Ros kerana sanggup gadaikan waktu untuk koordinate adik2 di MPBP.

Dan terima kasih kepada semua2 komiti2 MPBP yang sentiasa bersama-sama berjuang untuk Menegakkan kembali Palestine yang didalamnya ada sebuah permata iaitu Al-Aqsa walau dalam keadaan susah dan senang.

Selepas habis sahaja program, antara feedback2 yang saya dapat:-

1) Pak arab

"Very good program, you must do another program like this"

2) Non-Muslim(indian)

"program yang menarik, kita kena boikot Israel!"

************************************************************************************

“Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau” [al-Israa' 17: 4]

“Kemudian, Kami kembalikan kepada kamu (Yahudi) kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami perpanjangkan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya” [Al-Israa' 17: 6]


“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (untuk menyerang dan mengusir kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang benar-benar berlaku” [al-Israa' 17: 5]

Category:
Reactions: 

10 tautan hati:

..: nurafaz :.. said...

salam.

syabas dan terima kasih juga pada abg din yg turut sama bersusah payah bantu kami......

erm..bab surat menyurat tu.....ehem3..

HafizuddinPirus said...

W,salam..

hehe tak susah pun.. abg rasa seronok sangat. Sedih pule rasenye MPBP dah habis:(.

Walaupun MPBP dah habis, perjuangan membebaskan Al-Aqsa tidak akan habis^_^

hehe bab surat menyurat tu nanti kalau abg nak buat surat minta kerja, minta mira tolong buatkan kan ae(hehe)..

~aida~ said...

salam....

thanks yek abg din coz banyak tolong kiteorg dalam menjayakan program nie...

hanya allah je yang boleh membalasnya...

saye jadi manager human resource di tm??erm...

insyaallah....

kiteorg nie mewarisi kenakalan abg din ngan kak su la....hehehe:)

cahaya said...

Nakal tapi bersungguh2!! ;)
Tahniah kepada warga MPBP yg tabah dan cekal :)
Mg usaha kalian diberkatiNya..
InsyaAllah..

btul tu,
mg smagat Bumi Palestin terus menerus dlm jiwa2 warga MPBP dan semua masyarakat..

HafizuddinPirus said...

W,salam..

(Aida)

sama-sama.. jangan lupa belanja mCD. 1300-88-2525:p.

Eh siapa cakap abg nakal??:/ KAlau kak su tu boleh tahan juge la kenakalan dia(hehe)

(kamilah)

Sama-sama. InsyaAllah next year MPBP 2 pula!^_^

owhh rasenya next year saya dah tiada lagi di MMU..

..: nurafaz :.. said...

ne leh abg din..
kami masih ade 3 thun di sini..
ne leh abg din tggalkan kami dulu..
erm.......

bab surat minta kerja tu........hehe...charge lebih ek...

~aida~ said...

betol2..
mane leh abg din tinggalkn kami...

erm...
abg din salah no telefon la....
hehehe....
1300-13-1300....
baru betol...
abg din la belanje..:P

sitisuraya said...

"kiteorg nie mewarisi kenakalan abg din ngan kak su la....hehehe:)"

"Eh siapa cakap abg nakal??:/ KAlau kak su tu boleh tahan juge la kenakalan dia(hehe)"

nakal?
siapa nakal?
nak kena din ni.
aida pung sama.ehehe
:P

sitisuraya said...

berbaloi kkb di kansel kan.
korang memang bagus!
tahniah~
T_T

HafizuddinPirus said...

hehe.. Bukankah itu benar wahai kak suraya? Biase lah nakal2 akak pun, nakal2 kucing..

kalau jumpe makanan baik je, kalau tak mule lah 'nakal' nye tu.(hehe)

Ups.. jangan cakap kak, nanti director KKB can detect(hehe).