(Iklan) Jom Study Di Masjid!

Dengan nama Allah, Tuhan kami di waktu siang dan malam. seluas lautan kasih buat marketor Islam terhebat, Rasulallah SAW dan para sahabat yang sentiasa berjuang menegakkan Kalimah-Nya.

Indahnya lautan di ayun ombak
Indahnya manusia kerana akhlak

Indah lagi Masjid MMU Al-Irsyad
Diiringi manusia
yang mengharapkan berkat


Masjid MMU Al-Irsyad merupakan Masjid Tertua di MMU(hehe). Dipanggil Al-Irsyad ialah kerana Masjid merupakan sebuah 'Jalan Yang Lurus'. Kedudukannya yang begitu strategik terletak diantara pokok2 yang begitu tinggi serta bersebelahan dengan kawasan beli belah(Bonda Shop) yang begitu menarik hati2 para pelajar. Kawasan luar masjid yang begitu luas membolehkan para pelajar dikalangan Non-Muslim melihat2 keindahan Masjid yang begitu ceria. Masjid yang ditubuhkan beberapa tahun lalu mempunyai sejarah yang begitu unik. Tak perlulah saya nak ceritakan sejarahnya.


Keadaan didalam masjid pula sudah tentu memberikan keselesaan buat para pelajar Muslim yang selalu berada di Masjid. Masjid yang sentiasa terbuka itu membolehkan para pelajar melakukan kerja2 Hariannya di Masjid. Imam dan muazzinnya yang spoting membolehkan para pelajar menimba ilmu pengetahuan yang jarang2 ditemui di tempat lain. Tempat yang paling menarik hati2 para pelajar untuk melakukan kerja2 hariannya adalah seperti Library Masjid tetapi ianya hanya boleh dimasuki oleh orang2 kerajaan sahaja(hehe). Tidak usah bimbang, selain itu, Di dalam Masjid mempunyai banyak lagi Port2 menarik untuk diduduki.


Diantara kerja2 yang selalu dilakukan oleh para pelajar ialah Study. Masjid Al-Irsyad mempunyai tempat dan kedudukan yang memberikan kepuasan kepada para pelajar untuk study. Udara dan suhu yang begitu menarik, memberikan ketenangan yang begitu asyik kepada para pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan. Water cooler yang free memberikan kesegaran buat para pelajar yang keletihan ketika study. Online merupakan hobi para pelajar MMU. Masjid Al-Irsyad MMU mempunyai Line Wireless yang sangat kuat. Kelajuan download mencecah 100kb/s membolehkan para pelajar mendownload ayat2 Al-Quran dan Nasyid.

Apa ditunggu-tunggu lagi.. Jom ramai-ramai kita mengimarahkan masjid MMU Al-Irsyad!
Category: ,
Reactions: 

2 tautan hati:

~ZuLhAiRi~ said...

salam...

wah2...entry yg menggamit rasa utk ke al irsyad...hehe...

HafizuddinPirus said...

W,salam

Akhirnya brother zul terbuke juga hatinya untuk ke masjid walaupun sudah beberapa bulan menghilang..

Kali terakhir nampak semasa solat jumaat..(hehe)