Fenomena Cemburu

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Mu Tuhan, Hamba-Mu memohon perlindungan dari memiliki hati2 yang rosak, mentaliti yang semakin gelap dalamannya dan perilaku yang menjadi2 zahir kebatilannya. Salawat dan salam ditujukan buat marketor terkenal Islam yang menyebarluaskan Islam pada suatu masa dahulu, Rasulallah SAW dan para sahabat2 baginda yang sentiasa bersama dengan-Nya.


Semalam saya ada menonton satu rancangan tv yang membicarakan tentang "cemburu buta". Tetapi saya semakin hairan, apabila menceritakan soal cemburu, kenapa ianya hanya berkenaan dengan 'rumah belum bertangga' atau rumahtangga? Hanya yang dah berumahtangga sahajakah boleh cemburu?

Yang semakin menarik, cemburu itu katanya lagi ada pula bertempat dan tidak bertempat. Cemburu yang bertempat itu cemburu yang betul dan cemburu yang tidak bertempat itu cemburu yang salah? Betulkah itu? Wallahualam...

Cemburu adalah suatu perkataan yang begitu general. Sebelum saya masuk bab cemburu, ingin saya takrifkan, what is the meaning by cemburu in Islamic perspective?

Cemburu ialah suatu fenomena di mana perasaan dan hati kita memberontak dan tidak senang dengan apa yang dilakukan oleh seseorang. Si A itu tidak akan senang selagi si B lebih dari nya. Cemburu nya seseorang tidak senang akan kesenangan yang dilalui orang lain. Contohnya apabila si A beli kereta kancil tetapi si B pula rasa tak puas hati, kemudian si B pun beli BMW.

Tetapi.. Apabila diceritakan soal cemburu, secara automatik ianya berkaitan dengan perasaan hati antara Adam dan Hawa. Mungkin ada antara pembaca yang cemburu melihat rakan2 semua sudah berumahtangga, tetapi kita masih bujang ditinggal zaman. Sebelum kita masuk bab2 sunat, jangan kita lupa 5 perkara penting yang wajib harus ditunaikan dahulu. Adakah kita pernah cemburu dalam melakukan 4 perkara ini?^_^---->>

1) Pernah tak kita cemburu melihat kawan2 kita yang bangun subuh sedangkan kita masih lagi tengah melayan mimpi diatas buaian mimpi? Atau kita buat2 tidur walaupun dah kena simbah air, atau kena penembak pistol mainan adik2 kita?

2) Diwajibkan kita berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Cemburu tak bila adik2 kita puase full. dapat 30 ringgit(hehe), tetapi kita ada pulak terlajak 5 hari. erm kalau sakit tu tak apa, tetapi wajib ganti. Dah ganti?

3) Sedekah atau zakat merupakan rukun Islam yang ke-4. Sudahkah kita menginfaqkan sebahagian harta2 kita untuk anak2 yatim dan fakir miskin? Tidak kah kita cemburu melihat orang lain menginfaq tetapi kita masih lagi ragu2 'nak ke taknak'?

4) Pernah tak kita cemburu melihat saudara mara kita menunaikan haji ke Baitullah? Tak teringinkah kita melawat 3 tempat suci Islam. Makah, Medinah dan Al-Aqsa? Jadi apa tunggu lagi, kumpul duit dari sekarang(kempen menabung)..

Wallahualam..


Category:
Reactions: 

0 tautan hati: