USRAH..Connecting People..

Dengan nama Allah, Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang. Segunung kasih buat pimpinan tertinggi, Rasulallah SAW serta para sahabat yang berada di bawah pimpinannya. Tidak lupa juga rakan2 yang bertungkus lumus berjuang di jalan-Nya.


Pada hari ini, umat Islam di malaysia perlu merasa lebih sensitif terhadap keadaan yang berlaku di seluruh dunia Islam. Dunia Islam kini semakin tertindas, bukan kerana permasalahan orang kafir tetapi kerana permasalahan orang Islam sendiri. Umat Islam yang berpecah belah di sebabkan sesuatu yang kecil. Ukhuwah digadaikan akibat hendak mendapat kekuasaan. Keadaan yang berlaku di Palestina memberi tamparan hebat kepada umat islam supaya jangan lah kita asyik "terlena". Sedarlah wahai saudara2 seislam ku. Tetapi Kalau ada masih yang tidak tahu apa yang berlaku di Palestina, cepat2 lah korang muhasabah balik diri itu(buka website http://www.infopalestina.com/). Allah lebih mengetahui segala sesuatu.

Jadi pada hari ini saya bukan lah hendak berleter atau cakap banyak, tetapi hanya hendak mengingatkan diri ini dan pembaca2 semua yang selalu dibuai mimpi impian dunia dek banyak sangat tidur walaupun tidur awal. Jadi dalam kita mimpi dunia, kan lebih baik kita mimpi impian di akhirat kelak.

Oklah setakat itu dulu pendahuluan.

Mungkin ada yang tertanya2, "apa hal pulak mamat ni nak bercakap tentang usrah. Taknak lah usrah2 nie. Dah bayak kali dah dengar tentang Usrah. Dah muak!" Mungkin ada diantara korang yang berpandangan Usrah ini membuang masa, Asyik Isu yang sama dan lapuk, tiada tindakan susulan dan hanya bersifat keagamaan.


Pertama nya saya tidak menyalahkan sesiapa yang beranggapan sedemikian. Hari ini yang wujud hanyalah salah tanggap terhadap Islam. Baik orang Islam ataupun bukan Islam.

Umat Islam sendiri harus kembali kepada ajaran Islam sebenar sebelum boleh memimpin dunia, bersifat global dan sebagainya.

Islam dan tamadunnya tidak pernah terhasil secara revolusi. Ia berlaku secara evolusi peringkat demi peringkat. Pemimpin agung iaitu Rasullullah S.A.W sendiri tidak sempat melihat tamadun Islam dari timur hingga ke barat yang hanya terhasil ratusan tahun selepas kewafatan baginda. Tidak jugak abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Yang mereka lakukan ialah membawa manusia kepada tauhid dan menentang kemungkaran. Kalau adapun revolusi Islam yang berlaku hanyalah pada era moden seperti di Iran oleh puak Syiah yang masih kita ragukan ketulenannya meskipun kita tidak menentangnya sama sekali.

Banyak revolusi dunia gagal bertahan seperti revolusi Perancis, Russia mahupun Gerakan Turki Muda. kegagalan yang saya maksudkan ialah dari segi membawa keamanan dan keadilan di muka bumi. Mereka mungkin mendapat pengaruh dan kekayaan tetapi setelah melakukan beribu bentuk penyimpangan. Sebabnya mudah, mereka yang mahukan revolusi ini tidak meletakkan keimanan kepada Allah yang Esa dan akhlak sebagai teras perubahan. Akal menjadi terasnya. Tanpa disedari nafsu menipu akal. Kebinasaan melebihi kesejahteraan.

Turut tidak terkecuali adalah generasi muda Islam yang kurang sabar untuk membawa Islam kembali ke takhtanya sambil mengenepikan moral perpaduan. Apakah nabi memikirkan takhta ketika berdakwah? Mereka terikut-ikut dengan gaya revolusi dan reformasi barat. Sedarlah korang yang Islam bukan satu bentuk falsafah atau ideologi yang perlukan kepada agen-agen sulit yang berhak berbuat apa sahaja asalkan matlamat tercapai.

Disiplin dan akhlak Islami merupakan asas yang lebih penting daripada kemasyuran dari kemenangan. Berapa ramai sahabat yang syahid dalam perjuangan. Mereka tidak sempat mengecap kemenangan dunia. Tetapi Allah menjanjikan tempat paling mulia di akhirat. Ringkasnya mereka telah mendapat kemenangan peribadi.

Islam pernah ditekan, terhina, gemilang, dan cemerlang sepanjang sejarahnya. Bukan kita yang mengaturkannya. Kebetulan kini Islam sedang ditindas, ditohmah dan lemah. Tugas kita adalah untuk bersama dengan Islam biar dalam keadaan apa sekalipun.

Maka usrah kita adalah untuk membina insan yang terpancar darinya akhlak dan semangat jihad. Tempat membezakan hak dan batil. Kilang menghasilkan individu yang dapat membentuk keluarga islam lalu berkembang menjadi masyarakat dan negara Islam. Medium untuk menyatupadukan umat Islam. Adapun membanteras kemungkaran tidak pernah dilupakan.

“Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanyalah kerana Allah SWT”

Category: , ,
Reactions: 

2 tautan hati:

shahadah said...

salam alaik..sy sgt2 lah bersetuju. usrah adalah untuk menguatkan ukhwah agar kita tahu potensi kita untuk memimpin dan bergerak utk Islam. usrah juga adalah satu sistem untuk membaiki manusia sebelum mendapat sebuah negara yang penuh dgn org2 soleh dan musleh. tidak seperti Amerika. mereka mendapat negara, namun lihatlah bagaimana rakyatnya. rendah moral dan sebagainya. namun, usrah kini byk ditafsirkan negatif. dan kita sebagai ahli usrah, hendaklah mempelbagaikan lagi cara dalam sistem yg kita ikut ni. bukan hanya fix satu cara. yg pling utama adalah akhlak yg ditunjukkan..tunjukkan proses tarbiyah menyebabkan kita melebihkan org lain demi Allah lebih drpd diri kita sendiri..wallahualam..TAJDID-KEMBALI KEPADA ISLAM SEBENAR!!

HafizuddinPirus said...

Ya usrah yang effective adalah Usrah yang dapat mengerat dan mengekalkan ukhuwah sesama manusia. Bukan lah sehingga berpuak2 dan saling dengki mendengki antara satu sama lain..

Semoga Usrah kita dapat membina kefahaman Islam yang sebenar selari dengan ikatan ukhuwah Islamiyah yang berterusan.InsyaAllah.