Teori untuk tidur awal?

Dengan nama Allah, Tuhan yang maha melenakan dan Tuhan yang maha membangunkan kami dari tidur, Sebaris cinta buat Utusan Allah, Rasulallah SAW dan para sahabat yang sedang bertungkus lumus berjuang dijalan-Nya.


Semalam, saya ada terbaca satu buku mengenai satu teori "Bagaimana hendak tidur awal?". Ada sesetengah pembaca yang mungkin selalu tidur lewat dan bangun lewat, jadi subuh di qadakkan dengan zuhur(ha itu dia). Dan perkara ini sering berulang2. Di sini saya ingin berkongsi dengan para pembaca yang suke tidur lewat. Saya sendiri pun suka tidur lewat(hehe) . Jadi Teori ini amatlah penting untuk adik2, abang, akak2, mak2 serta bapak2 yang selalu tidur lewat. Teori ini juga amat bersesuaian dengan mahasiswa2 yang seringkali tidur lewat dan bangun lewat. Apa korang buat sampai tidur lewat? Makan? Tengok TV? Main bola tengah2 malam? atau memasak? sampai jam 5 pagi dekat nak subuh baru ngantuk dan letih, dan korang pun tidur lalu tertinggallah solat subuh dan berjayalah setan.

Tapi, cuba korang dalam keadaan tak dapat nak tidur tu, pergi baca Al quran, atau pergi solat baca surah panjang, atau duduk fikir tentang perkara agama, Seperti rukun2 kahwin dalam Islam, belum sempat 10 minit, kita dah tertidur, sebab? (ni hanya teori). syaitan yang tak nak kita buat amal tu akan dodoikan kita. lena di ulit syaitan.

Ok, itu satu bab, bila dah tertidur, syaitan akan bermain dalam mimpi kita dengan bermacam-macam cerita, yang mana kita akan terlajak tidur sampai terlepas solat subuh secara berjemaah.

Esok, kita tidur awal lagi, dan syaitan masih berjaya menguasai mimpi kita lalu seminggu sudah kita solat subuh di rumah. apa nak buat?

Maka pada waktu inilah kita akan guna “TEORI MEMANIPULASIKAN SYAITAN”

Bagaimana?

Korang!!!!! jika dah tertinggal solat subuh secara berjemaah, jangan jadi macam orang Munafik yang anggap perkara itu macam LALAT yang singgah di hidung, tapi korang kena anggap tertinggal solat subuh secara berjemaah itu seumpama GUNUNG yang jatuh menimpa!

Maka korang kena bertaubat dan menangis!

Dan ganti kerugian itu dengan amalan yang lebih besar, seperti satu waktu tertinggal solat berjemaah, maka korang akan puasa sunnat satu hari, atau korang akan sedekah RM100 dekat masjid, atau korang akan baca Al Quran sepanjang hari, mana-mana yang sanggup.

Yang mana, setelah korang:

Bertaubat + Menangis + Mengganti amalan yang lebih besar =

Maka perkara ini akan merugikan syaitan(<) dan mengutungkan korang(>), sebab:

Bila taubat korang diterima = maka dosa akan terampun,
Bila korang menangis = api neraka akan padam,
Bila korang mengganti amalan yang lebih besar = Darjat akan naik.

Oleh sebab itu (:.) Syaitan yang tak nak rugi dan tak nak korang untung akan kejutkan korang besok pagi supaya solat subuh berjemaah.(dan syaitan akan cari jalan lain untuk rosakkan ibadat kita dengan riak dan sebagainya, dan itu cerita lain)


SYAITAN AKAN KEJUTKAN KITA SOLAT SUBUH?

Mungkin korang tertanya2, mana ada syaitan boleh kejutkan solat subuh. Ini mengarut dan tidak-tidak logic!

Ha! Inilah yang saya maksudkan dengan "TEORI MEMANIPULASIKAN SYAITAN”

Ada Hadith yang menerangkan mengenai TEORI ini:

Di riwayat lebih kurang maksud, Abdullah Mattum yang tua dan buta serta duduk jauh dari masjid, mintak izin solat kat rumah , tapi nabi tak bagi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis kotor baju dia, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai 3 kali, kali yang ketiga ada sorang mamat tu tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid, tanya sahabat ni (lebih-kurang)

“terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?”

Jawab mamat tu :

“Aku ni syaitan, tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalau kali ke-3 kau jatuh, seluruh penduduk Madinah ni Allah ampunkan dosa, jadi sia-sia lah usaha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu”

Ok, sekarang nampak, dalam riwayat ini, Syaitan bantu Abdullah Mattum yang tua dan buta serta duduk jauh dari masjid dengan memapah beliau pergi solat berjemaah sebab Syaitan yang tak nak rugi dan tak nak korang untung maka akan sanggup kejutkan korang besok pagi supaya solat subuh berjemaah!!

Menarik kan teori ini. Mari kita sama2 bangun awal dan solat subuh. Semoga saya sendiri dapat amalkan apa yang saya sampaikan. Jadi Mungkin pembaca2 ada teori sendiri dan mungkin boleh berkongsi. Wallahualam.

Tutup nota dengan tasbih kifarah..
Category: ,
Reactions: 

5 tautan hati:

Hanif Amir said...

syeikh. dh nk dkat pkul 1 pg dh nie.
tido2.

Anonymous said...

"Tidak semestinya benda yang besar itu bernilai atau paling bernilai. Di dunia ini benda paling bernilai dan mahal, ialah benda paling kecil iaitu intan dan mutiara. Begitulah amal ibadah di sisi Allah, Allah tidak mengukur banyak atau dipandang besar, tapi amalan yang paling ikhlas kita buat. Sekalipun ibadah itu paling kecil di mata manusia..."

HafizuddinPirus said...

To hanif.. Ya2 sekarang dah start tidur awal.. hehe.. Sekarang tak boleh dah tidur lewat2.. Kalau paling lewat pun jam 12.(hehe)..

(tapi tu kadang2 terlewat jugak..hehe)

HafizuddinPirus said...

kepada anonymus.. tambah sikit Ya walaupun amalan itu ikhlas tetapi kena tahu juga sama ada amalan itu betul atau tidak.. Kalau amalan ikhlas tetapi tidak betul tiada guna. Jadi mari sama2 kita muhasabah balik diri kita.

Kesimpulannya kepada tajuk(^_^) adalah supaya amalan yang kita lakukan ini adalah untuk kebaikan bersama seperti amalan2 untuk bangun pagi awal(hehe).

Wardah said...

Menarik! Sama2 kita bermuhasabah diri..