PORNOGRAFI.. Boikot!

Dengan nama Allah, tuhan kami seluruh muslimin, Salawat dan salam buat Mujahid agung, Rasulallah SAW serta para sahabat yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum Wbt.

Alhamdulillah dan Alhamdulillah dan Alhamdulillah sekali lagi kerana dengan kekuasaan-Nya kita masih lagi dapat bersama dan dapat berada dalam suasana dan satu negara berdaulat yang makmur, aman dan harmoni iaitu negara kita, negara Malaysia. Kita juga perlu merasa bangga kerana lahirnya kita ini sebagai seorang Muslim dan sebagai anak bangsa rakyat Malaysia yang sejahtera dari segi iman dan amalan kita. Tetapi jangan lah kita yakin 100% iman kita sentiasa meningkat tanpa amalan yang cukup untuk mendekatkan diri dengan-Nya(ohh macam mana iman ku hari ini).


Dalam keadaan Palestina ditindas dan diancam dengan peluru, bom dan sebagainya, dalam keadaan anak2 dicacatkan, ibu2 dijandakan, secara sedar atau tidak Malaysia pula tidak terlepas dari penindasan Yahudi Zionis Laknatullah ini iaitu penindasan MINDA. Baru2 ini dalam situasi ekonomi Malaysia yang berada pada tahap meragukan, akhbar Malaysia mahupun luar negara ada juga menekankan suatu gejala yang begitu teruk yang melanda masyarakat Malaysia terutamanya iaitu Ancaman Pornografi. Secara sedar atau tidak ianya memberi kesan negative kepada Masyarakat Malaysia dalam membentuk suatu negara yang bebas dan sejahtera. Negara Malaysia mempunyai bangsa2 yang sihat dan agama Islam merupakan agama yang sejahtera dan diiktiraf oleh seluruh bangsa.

Disini saya tidak perlulah nak jelaskan apa itu pornografi kerana saya sendiri tidak faham apa itu pornografi dari segi Istilahnya(hehe) tetapi saya percaya pembaca2 semua sudah familiar dengan perkataan tersebut. Isu ini bukan lah suatu isu baru dan boleh dipandang enteng tetapi isu ini ialah isu beratus tahun dahulu iaitu suatu isu yang dirahsiakan oleh yahudi zionis laknatullah. Ianya adalah suatu isu yang betul2 mencengkam dan memberontak jiwa2 setiap pemuda pemudi dan impak nya begitu mendalam terhadap sesuatu agama dan bangsa dan lebih2 lagi ianya dapat menggugat iman kita sebagai seorang Muslim.

Dalam protokol Zionis, part ke 14 mengancam kita bahawa "Ahli2 falsafah mestilah membincangkan kekurangan-kekurangan serta mendedahkan keburukan agama-agama lain. Para penulis Yahudi harus menonjolkan tulisan-tulisan pornografi (lucah) iaitu mengadakan sastera yang tidak bermakna, kotor dan keji".


Pornografi memberikan kesan yang sangat buruk kepada minda dan perbuatan bukan hanya kepada si pelaku itu sendiri juga kepada anak-anak yang lahir akibat perbuatan itu. Dalam konteks ini, ajaran Islam menekankan unsur-unsur pencegahan. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (Al- Isra’: 32)



Dilihat daripada perspektif Islam, jelas sekali pornografi merupakan perbuatan yang bersalahan dengan hukum syariat kerana ia mendorong seseorang lelaki atau perempuan kepada perbuatan yang tidak bermoral. Pengaruh pornografi yang boleh mengakibatkan berlakunya perbuatan zina cukup besar implikasinya sehingga melahirkan penyakit yang tidak ditemui penyembuhannya iaitu AIDS. Di kalangan sesetengah anak-anak muda kita, kegilaan melihat gambar-gambar pornografi adalah merupakan tanda- tanda awal penyerapan kearah penzinaan. Titik tolak untuk memahami pornografi dalam Islam ialah melalui firman Allah SWT yang bermaksud:

"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah pula kepada perempuan yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya. Dan janganlah mereka menampakan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak padanya. "(An-Nur: 30-31)


Begitu hebatnya agenda2 Yahudi Zionis dalam melemahkan kekuatan sesuatu agama dan bangsa. Mencegah lebih baik dari mengubati. Mengubati jutaan orang yang terkena virus pornografi amatlah sangat susah ketimbang menghindari munculnya penyebab dari virus itu. semoga kontribusi kita menjadi sebahagian dari solusi menyelesaikan permasalahan
pornografi di Malaysia yang merosakkan moral dan keperibadian agama dan bangsa yang kita
cintai. Semoga kita tidak tereffect dengan agenda2 Yahudi. InsyaAllah..

~ Bebaskan Malaysia dari Bahaya Pornografi !!!~

Category:
Reactions: 

2 tautan hati:

akhi_afif said...

boikot!!!!
sebetulnya prkataan boikot agak kurang sesuai..
hehe(hanya pandangan)..
sbb bunyi macam sblum ni bnda tu boleh buat..dah kene boikot,baru tak boleh..
kita kena hindari nya...
skarang student ipt mmg teruk mengenai masalah ini...susah3....

HafizuddinPirus said...

Ya betul kita sewajibnya kita kena hindari dan kita juga kena BOIKOT!!

~semoga pacaindera kita dijaga oleh Allah~