Palestina.. Kenapa kita Membisu?

Dengan nama Allah, Tuhan kami di hari semalam, hari ini dan hari esok. Seluas lautan kasih buat promoter Islam yang terhebat, ' Muhammad Bin Abdullah' dan para blogger yang sentiasa bersama Islam.

Assalamualaikum wbt.

Apabila sudah 2 bulan tragis serangan di palestina. Pada minggu pertama serangan, umat Islam di seluruh dunia mula memberi satu reaksi signal merah menunjukkan tanda marah. Pada minggu kedua, ketiga dan keempat serangan, signal masih lagi merah tetapi setelah 6 minggu berlalu signal menjadi kuning dan kembali hijau. Kenapa ya?

Tiada lagi kedengaran suara teriakan, tiada lagi seruan2 "Boikot Zionis, boikot Israel", Tiada lagi alunan doa untuk Palestina, tiada lagi perbincangan2 hangat mengenai Palestina.

Apa sudah terjadi dengan kita? Sudah bertubi2 kedengaran di ceramah, 'Palestina merupakan masalah umat Islam yang tidak akan tamat sehingga hari kiamat'. Dimanakah semangat anak2 muda yang bersemangat dan peduli memboikot barangan Israel? Adakah semangat itu hanya dapat disetting satu hari hingga semiggu? Dimanakah gerakan2 mahasiswa yang sebelum ini berdemonstrasi, berteriak, menangis apabila Gaza diserang? Kenapa sekarang kita mula senyap? Adakah semangat yang diperjuangkan itu hanya ada waktu tertentu? Dimanakah perbincangan2 hangat palestina yang kita bincangkan bulan2 yang lepas?

" Maha suci Allah yang memperjalankan hamba-Nya diwaktu malam dari Masjidil Al-haram ke Masjidil Al-Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya "-Al_Isra' : 1

Palestina.. adalah suatu tempat dimana penduduk2 dan disekitarnya diberkahi oleh Allah SWT.. Disekitarnya disini Ulama' berpendapat golongan2 yang sentiasa memperjuangkan bumi Al-Aqsa(Palestine) tidak kira susah senang.

Beruntunglah orang2 yang setiap masa memikirkan dan memperjuangkan masalah di Palestina. Bukan menjadikan Palestina sebagai MODAL keuntungan syarikat2 kita! Al-Aqsa bukan suatu modal jualan, jangan kerana peperangan di palestina, Untung dapat kat kita, tetapi penduduk2 di Palestina setiap hari terkorban. Al-Aqsa, suatu nilai yang tidak boleh ditandingi Valuenya.

Pejuang Palestina pernah mengatakan " Dimana ada penjajahan, disitu ada perjuangan, perlawanan.." . Bangsa Yahudi Zionis tidak memiliki Bahasa Komunikasi selain Bahasa Perjuangan! Satu-satunya jalan membebaskan palestina adalah perjuangan Konfrontatif yang berterusan. Allahuakbar..!

"Palestina.. Sentiasa dekat dihati.."
Category: ,
Reactions: 

2 tautan hati:

nurhidayah said...

FREE PALESTINE

FREE MASJIDIL AQSA,OUR FIRST KIBLAH

"Di bawah tanah masjidil aqsa israel giat menggali lubang dari sekian lama sehingga hari ini dengan harapan al aqsa runtuh dan al aqsa penah dibakar tetapi usaha israel masih belum berjaya.. " - wakil AMAN PALESTINE MALAYSIA .. http://www.imemc.org/article/53301

MASJIDIL AQSA ADALAH MASJID KETIGA TERPENTING,BERIBADAH DALAM MASJIDIL AQSA, ALLAH JANJIKAN SEPARUH KALI GANDA GANJARAN PAHALA BERBANDING BERIBADAH DI MASJID PERTAMA DAN KEDUA TERPENTING IAITU MASJIDIL HARAM DAN MASJIDIL NABAWI.PERTAHANKANLAH MASJIDIL AQSA KERANA IA MERUPAKAN WAQAF KEPADA UMMAT ISLAM..JIKA KITA TAK MAMPU MENJEJAKKAN KAKI DI SANA PASTIKAN ANAK2 KETURUNAN KITA DAPAT BERIBADAH DI MASJIDIL AQSA.INILAH SALAH SATU SEBAB KENAPA RAKYAT PALESTIN TERUS BERSEMANGAT MEMPERJUANGKAN NEGARA MEREKA DARI PENCEROBOH DURJANA YAHUDI.

WAKIL AMAN PALESTINE MALAYSIA MEMBERITAHU ADA 5 CARA UNTUK KITA BANTU RAKYAT PALESTINE

1. TINGKATKAN AMALAN IBADAT DAN PENGEAHUAN KITA TENTANG ISLAM DAN KEADAAN SEMASA

2. SEBARKAN KESEDARAN PADA ORANG ISLAM SEPERTI BUAT KEMPEN DAN SEBAGAINYA(BOLEH JEMPUT WAKIL AMAN PALESTINE UNTUK BAGI CERAMAH),

3. DERMA,

4. BOIKOT YANG MANA BOLEH,

5. DOA DAN DOA QUNUT NAZILAH(QUNUT NAZILAH AMALAN NABI MUHAMMAD SAW). SETAKAT INI,INI YANG MAMPU KITA BUAT.

1 JUTA KITA SUMBANG, SETENGAH JAM DAH HABIS DIGUNAKAN UNTUK KEPERLUAN RAKYAT PALESTINE... JANGAN SURUTKAN SEMANGAT PERJUANGAN KITA SELAGI PALESTINE BELUM BEBAS SEPENUHNYA! TAKBIR! ALLAHUAKHBAR! SILA SEBARKAN INI PADA YG LAIN(cara kedua).

-WAKIL AMAN PALESTINE MALAYSIA-

Anonymous said...

Cetusan Minda...
Rasa2 la, kalau kita zalim dgn ALLAH, patut tak manusia itu dizalimi semula..? :) Sayyidina Umar ada berkata, Beliau tidak gentar dgn kekuatan musuh, tapi beliau takutkan dosa2 orang islam yang mungkin nanti terhijabnya bantuan Allah... sama2 kita renungkan... Lihatla pokok masalah... kalau yang ada sekarang...buah masalah... wallahua'lam...