Interaksi Adam dan Hawa

Dengan nama Allah, Tuhan bagi kaum lelaki dan Tuhan bagi kaum perempuan, Seluas lautan kasih buat Rasul terakhir, 'Muhammad Bin Abdullah' dan para sahabat dan sahibah yang saya hormati sekalian.

Di arena Universiti yang terlalu mencabar, kadang kala membuat kita berasa keliru dan meluntur segala semangat dan kekuatan yang berada keras dalam jiwa2 setiap pemuda pemudi Muslim yang setia terhadap agamanya. Keperibadian dan keegoan setiap Muslim dicabar. Peraturan Islam tidak lagi menjadi pegangan. Invironment yang mencantas segala akar2 keimanan merangsang suatu fenomena ganjil yang menyebabkan diri ini menjadi 'Wahn' iaitu cintakan dunia dan takutkan mati.

Apabila suasana ini mempengaruhi jiwa, Kadangkala keadaan yang tidak pasti akan hukumnya menjadi suatu yang pasti lebih2 lagi buat pemuda2 Islam yang jahil akan agamanya. Pembentukan Insaniah menjadi terbantut dan tiada lagi suatu proses pembangkitan. Agama digadaikan, bangsa tidak lagi diendahkan.(ohh.. begitu lemah diri ini).

Maka kecacatan Agama dan Bangsa akan terbentuk..

Fraksi2 yang membentuk suatu persekitaran yang baik akan membawa kearah suatu element kekuatan agung yang mendorong semangat2 perjuangan demi dakwah dan kemuliaan Islam yang terbaik. Diantara elementnya ialah menjaga pergaulan Siswa dan Siswi.

Bagaimanakah caranya?

1) Menundukkan pandangan/ tidak memandang terus menerus, melekat dan mendalam.

2) Tidak berdua-duaan ditempat sunyi, jika ditempat ramai tidak akan lama-lama.

3) Mungucapkan SALAM bila bertemu, selama tidak menimbulkan fitnah.

4) Tidak bertemu dengan alasan yang dibuat-buat/diada-adakan.

5) Berkomunikasi untuk hal-hal yang penting sahaja, topik tidak Divergent(meluas), tidak continuesly(terus-menerus) dan berlarut-larut.

6) Tidak menggunakan bahasa yang tidak jelas/ memberangsang/ menimbulkan prasangka yang baik mahupun buruk dan menggoda Hati.

7) Tidak berkomunikasi (SMS/ Telefon/ Missed call2/ Chating, dll) diantara jam 21.00- waktu fajar kecuali terdesak sekali dan berlangsung satu tempat.

8) menjaga hati dan meluruskan Niat.


puteri2 kesayangan(rindu..)

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)." -Al-Imran:14

Sekadar satu azam tinggi dari diri yang begitu berdosa..
Category: ,
Reactions: 

2 tautan hati:

sitisuraya said...

ingat x cerita akak ttg 4 isteri dengan suaminya.hehe


:)

shahadah said...

salam alaik..bagus ade entri cmni..ade guideline untuk sahabat dan sahibah..kalau boleh berikan sbb2 lagi bagus.. dan ceritakan fenomena sebenar apbl perkara2 ini berlangsung (chat, msg, dll) walaupun pada mulanya nmpak "xpe" namun sebenarnya kesannya amat parah. untuk mereka yg masih belum boleh terima bahawa ini adalah restricted. mgkn kita boleh guna pendekatan psikologi. (jgn tertipu dengan hati yg sentiasa ingin melanjutkan perbualan yg xpenting, perjumpaan tanpa alasan kukuh dan sebagainya) kerana kesannya dimasa depan..dah banyak yg kita tahu. cuma mgkn ada yg belum merasainya. doa, doa, doa agar tetap dan tidak mudah tertipu dengan keindahan yg sementara..peringatan buat diriku juga (^_^)..

hafizuddin..teruskan penulisan yg mantap cmni. dan sebarkan pada sahabat dan sahibah terutamanya yg baru masuk alam universiti..