Dimanakah perjuangan?

Dengan nama Allah, Tuhan kami seluruh kaum muslimin. Salawat dan salam ditujukan buat promoter Islam yang hebat, 'Muhammad Bin Abdullah' dan para sahabat yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum Wbt.

Alhamdulillah. Hari ini kita masih lagi diberi semangat dan kekuatan yang tinggi untuk mencapai impian yang dihajati. Kita sepatutnya gembira dan bersyukur kerana segala benda yang dingini telah dicapai walaupun hanya satu benda. Jika korang sedang bersedih juga, mungkin ‘nota kepada diri’ ini akan dapat memanipulasikan kesedihan korang, kerana hakikatnya, jauh di sudut dunia ini, masih ada manusia yang jauh lebih menderita dari korang(boleh buka website http://www.infopalestina.com/) .


MX dan Ali

Sebelum saya meneruskan lagi 'perjuangan' , teringin saya nak kongsi satu kata2 hebat dari seorang pemuda yang hebat iaitu Asy- Syahid El-Hajj Malik El-Shabazz "Malcolm X" Rahimallah.

"If you're not ready to die for it, put the word freedom out of your vocabulary"

Semua orang ada masalah hidup masing-masing. Setiap orang ada cerita sedih yang tersendiri. tak kira mereka tu pelakon nombor satu ke, ratu cantik ke, DATO' bandar ke, DATUK kampung ke, jutawan bilionair ke, atau penyanyi tersohor, idola dunia sekalipun!! tinggal nak cerita ke tak sahaja. betul!!malahan, di dunia ini ada yang jauh lebih menderita daripada korang dan saya.

Sesungguhnya, Ada orang yang jauh lebih menderita dari korang, tapi masih kekalkan iman dia, dan ada orang yang jauh lebih bahagia dari kita, tapi sedang menggadaikan iman dia.. ohh..

Dan saya tahu, korang suka bayangkan dunia ini penuh dengan pelangi, rama-rama terbang ke sana ke mari, burung berkicauan sana sini, taman bunga, air terjun, (hehe), tapi ketahuilah bahawa kat syurga jer macam tu, di sudut dunia ini ada wanita yang di rogol beramai-ramai dalam keadaan mengandung, dan perutnya dijadikan bahan judi jantina anak, geros perut dan menang!! kemudian muka paras wanita itu hancur kerana mereka simbah asid di wajahnya. Akhir sekali mereka membakarnya.

Tapi, korang tentu anggap cerita tu karut," mana ada orang macam tu Den? Mana ada orang yang lebih menderita dari aku? Akulah yang paling menderita dalam dunia ni, mengapa aku dilahirkan menderita, mengapa tuhan jadikan aku menderita?, aku tak tak mintak di lahirkan pun!! , tapi kenapa tuhan buat aku susah??? "

Wahai pembaca2 yang dikasihi hendaknya, segala perkara yang berlaku itu tentu ada hikmahnya, segala ujian yang diberi Allah oleh hambanya adalah kerana Sayang-Nya terhadap makhluknya.

1) Mungkin ada dikalangan korang yang masih mahasiswa rasa teruk sangat hidup, belanja 600 je sebulan. Lepas tu korang salahkan mak ayah korang sebab tak bagi duit lebih. Mak ayah korang pulak gaji 500 sebulan. Adik beradik korang pulak 10 orang. Jadi kalau mengikut kiraan algebra nye, memang tamak lah kalau korang mintak lebih. Korang sepatutnya bersyukur kerana masih lagi korang dapat hidup, macam mana kalau nikmat itu Tuhan tarik?

2) Mungkin ada diantara korang yang sedang mengalami proses Permulaan Percintaan Extreem(Biaselah anak muda). Tibe2 pulak satu hari tu korang ternampak orang yang korang cinta sangat tu jalan pulak dengan lelaki lain. Apa perasaan korang masa tu? Hampeh? Sedih? Kecewa? Dan serta merta korang minta putus. Adakah korang nak salahkan Tuhan? Sepatutnya kita kena bersyukur kepada Tuhan kerana Tuhan masih lagi sayangkan kita. Mungkin kalau situasi di atas tidak terjadi, mungkin anak yang dikandungkan itu tidak mengenal siapa bapanya. Nauzubillah..


Muhammad Abu Abid

Pernah tak korang menyelami kisah seorang anak muda belasan tahun. Seorang pelajar yang menginginkan Syahid. Beliau adalah Muhammad Abu Abid. Seorang Palestinian. Ketabahan anak muda ini menjadi lambang keteguhan dan ketabahan anak2 muda yang lain demi meneruskan pelajaran demi menyelamatkan Akidah yang paling bernilai harganya iaitu Aqidah Islam. Walaupun keadaan dirinya yang kurang sempurna, setiap pagi subuh beliau akan bangun subuh kerana baginya Bangun SOLAT SUBUH adalah lambang kekuatan umat Islam(ohh.. subuh ku hari ini..). Dalam keadaan itu, semangat perjuangan nya juga tidak pernah padam dan lenyap. Malah dari hari ke hari jiwa anak muda ini berkobar-kobar untuk berjuang demi agama Islam yang tercinta. Kerana inilah Islam masih lagi bertahan di sana. Allahuakbar!

Itu di Palestina, Malaysia juga boleh, InsyaAllah!^_^

"Perjuangan Islam Ibarat Kereta, Kalau Tiada Halangan Kita Laju, Kalau Ada 'speed trap' kita 'slow sikit', Kalau 'Traffic Light' Warna Merah Kita Berhenti, Tapi Enjin Jangan Mati, Kerana perjalanan kita Masih Jauh Lagi"
Category: ,
Reactions: 

3 tautan hati:

Rosi Nuraeni Yusfi said...

Assalamu'alaikum

terimakasih atas ziarah ke blog saya di hari lalu, salam ziarah dari Indonesia..

blognya menarik, banyak imu dan hikmah. SEMANGAT..

HafizuddinPirus said...

Waalaikumsalam.

terima kasih ya^_^

Sama2 kita berjuang demi bangsa dan agama. InsyaAllah..

Fathi Hamdan said...

Ek? Mcm Tru post 'Siapa yang lebih menderita?' ja.
Igtkn nk ambk sbjik tp ambik sparuh j kra post sndiri gk la ye? Hehe

http://www.thearrivals.blogspot.com