Tak ada MASA dah nie!

Dengan nama Allah tuhan masa lapang dan sibuk..
Salam junjungan buat 'Muhammad bin Abdullah' insan yang paling penyayang...

Assalamualaikum semua yang dirahmati dan dikasihi. Maaf kerana lama sudah menghilang dan menyorok, rumah yang tiada internet ditambah2 dengan musim cuti yang begitu busy hendaknye menyebabkan blog ini agak terabai buat sementara waktu. Saya begitu kagum dengan sahabat2 pem"blogger" tegar (especially Akhi afif yang begitu teruja tentang permasalahan Palestin dan pemBOIKOTan^_^) yang sentiasa mengupdate entry masing2 dengan info2 berguna dan bermanfaat lagi yng menyentuh permasalahan di Palestina. Semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan idea2 hebat kepada semua pemblogger muslim untuk menyentuh hati2 manusia yang membaca.

masa itu perjuangan

Akhir-akhir ini, saya tidak berkesempatan untuk menunaikan hajat-hajat sebahagian daripada sahabat2 samada untuk menulis artikel tertentu mahupun design-design dan macam-macam lagi. Maaf ya. Tetapi saya akan cuba juga usahakan juga hajat-hajat sahabat2.

Bukan apa, macam bisneslah.. kita ada RM1000 000, apa yang patut kita buat?
Nak labur ke syarikat mana? Sudah tentu syarikat gergasi yang mencipta banyak wang berganda-ganda lumayan.

Begitu jugalah dengan saya dan sahabat semua dalam menguruskan masa.

saya selalu membayangkan ataupun main kira-kira,

Kalau setiap hari kita tidur lebih sejam dari yang diperlukan. Hasilnya jumlah masa terbuang terkumpul sebanyak 365 jam setahun !

Masa itu harus dicari dan dikejar sebelum kita tua(ajal)

Nah, banyak benda sebenarnya boleh buat kan?
Berapa banyak buku kita boleh khatam? berapa juzu' boleh hafal? mungkin master/Ph.D pun boleh disiapkan dalam masa 365 jam yang terbuang sia-sia itu.(ohh ruginya..).

Itu baru tidur terlebih. Belum lagi cerita aktiviti-aktiviti 'normal' dalam cuti sem yang sahabat2 nikmati tak kiralah cuti SPM atau Universiti. Setiap hari membazir masa 3 jam minimum (ya lah, asyik bermain game, Internet, blog(ohh itu lah saya) yang 'normal', lepak, naik basikal, dalam tandas(dah berapa jam?), makan KFC, dan lain-lain) . Nah, terkumpul 180 jam terbuang sia-sia dalam masa cuti sem ini. Berapa banyak perkara boleh buat ? Agak-agaknya, sudah cukup untuk tamatkan beberapa silibus SPM ! (bagi yang otak SPM orientedlah) .

Bagi yang semangat-semangat dakwah pula, dah berapa ramai orang boleh kita tarik kepada Islam dalam masa ratusan jam ini ! berapa banyak program tarbiyah boleh dijalankan.

Ini bukan rugi kecil ! silap-silap dengan masa terbuang inilah buat kita sipi-sipi lagi nak melepasi titian sirat, tiba2 terputus pulak, lantas disumbat ke dalam neraka. Na'uzubillah.

Bila lihat balik saudara2 kita di Palestina, masa itu bukan lagi bagaikan emas bahkan ianya adalah kehidupan mereka. Tiada lagi lambang tidur bagi mereka, Setiap hari yang mereka lalui itu adalah kadar jihad. Bagi mereka tiada masa lagi untuk membuang masa. Setiap masa yang mereka lalui adalah untuk Islam yang tercinta.(Allahuakbar)


Teringat saya kisah seorang sahabat Rasulallah SAW yang bernama Umair Bin Abi Waqas iaitu saudara kepada Saad Bin Abi Waqas. Beliau merupakan pemuda yang paling muda beraksi di medan perang. Pedang yang digunakannya lebih tinggi dan lebih panjang dari ketinggian dirinya. Jadi sepatutnya perjuangan untuk menegakkan Islam ini mesti lebih panjang dari hidup kita. InsyaAllah.

Sebelum saya mengakhiri majlis(cewah), dengan suka cita dan hatinya ingin saya berkongsi sedikit2 kata2 hebat dari insan hebat untuk dijadikan pegangan kita semua! Selamat berjuang dan berjihad buat semua~

Khalifah Umar abd Aziz berkata:

"Pertolongan Allah kepada hambanya berdasarkan kadar niat hambanya,
Siapa yang suci niatnya, maka sempurnalah pertolongan Allah padanya"

Category: ,
Reactions: 

2 tautan hati:

akhi_afif said...

mestilah teruja..
saudara seakidah di Palestin diserang..
nak g bperang,tak cukup kuat dan kemahiran.
ni je la yang ana mampu buat.

HafizuddinPirus said...

hehe bagus2 semangat begini lah yang kita nak.Bukan senang jumpa orang macam nie:p Jadi ana ingat ni dah cukp syarat2 untuk pergi ke Palestin.(hehe)