Palestin diserang, Malaysia masih merdeka??

Dengan nama Allah, Tuhan yang mengaturkan segala pergerakan hidup hamba2nya, salawat dan salam buat junjungan besar, Rasulallah SAW dan para sahabat yang sentiasa berada dalam keredhaan-Nya.


Semalam, Amerika Syarikat telah mengisytiharkan president barunya, Barack Obama yang merupakan president ke 44(tidak silap saya) Amerika Syarikat. Berbagai-bagai persoalan timbul difikiran masyarakat. Bukan sahaja masyarakat US malah masyarakat seluruh dunia. Mereka hendak tahu bagaimana cara pentadbiran yang akan dilaksanakan oleh president baru AS itu. Adakah ianya sama seperti kerjaan Bush atau lagi teruk dari pentadbiran Bush? Atau.. adakah pentadbiran baru ini memberi kebaikan kepada seluruh umat manusia di dunia? lebih2 lagi umat Islam?

Ketika Palestin diserang oleh Israel, adakah Malayisia juga Merdeka dari serangan? sebenarnya Malaysia pun tidak terlepas dari serangan Israel. Tetapi cara serangan itu agak berlainan. Palestin diserang dengan senjata tetapi malaysia diserang dengan media massa dan sebagainya. Matinya orang Islam di Palestin itu mati syahid(Allahuakbar!!) tetapi matinya kita orang Malaysia ini mati ketika menonton cerita perang adakah dikira mati syahid? itu kalau cerita perang, bagaimana pula kalau matinya kita dalam keadaan tengah tergelak2 menonton Raja Lawak. Nauzubillah..

Sebelum saya meneruskan lagi penulisan yang agak sedih ini, saya harap pembaca2 jangan ada yang terkejut atau menangis(tak kuasa saya nak pujuk) kerana Tidak mustahil Malaysia pun akan terjadi peperangan seperti Palestin.

*************************************************************************

Begin..

Beberapa tahun akan datang, ketika rakyat Malaysia sedang berbaring rehat di ruang tamu menonton TV, sedang tengok cerita ‘Sarjan Hasan’ lakonan P Ramlee yang selalu di ulang tayang sempena hari kemerdekaan, si Hussin juga sedang lepak di depan TV sambil hisap rokok layan TV cerita ‘Sarjan Hassan’, oleh kerana watak hero dalam cerita tu bernama Hassan, Hussin sedikit sebanyak, terimbas kembali akan kesusahan hidup Hassan saudara kembarnya dan betapa sedihnya Hassan di saat kematiannya.

Tiba tiba siaran terganggu dengan berita terkini yang mengatakan Malaysia telah di serang, kemudian nampak pulak gambar mayat-mayat bergelimpangan di Kelantan dan Johor yang di papar di skrin TV3,Tv2 dan Tv1, gambar jet penceroboh sedang berligar di ruang udara KL dan letupan demi letupan berlaku. Ada visual bangunan KLCC runtuh, tugu negara pecah, dan masjid Syah Alam terbakar, KLIA di bom, Mid Valley diruntuhkan. sebentar kemudian TV padam dan seluruh taman perumahan Bukit Beruang Black out.

Kemudian Hussin terdengan bunyi tembakan, ledakkan bom, rumah terbakar dan terdengar juga laungan orang menjerit dan menangis di sana sini..

Dalam kegelepan, si Hussin merangkak mencari anak dan isteri, setelah memastikan anak isteri selamat, Hussin merangkak pulak pergi mengunci pintu dan menutup semua tingkap, dalam kegelapan malam bersama kebingitan perperangan, Hussin kukuh berpelukan bersama anak beranak di sudut bilik sepanjang malam..

3 hari kemudian, bekalan makanan di rumah Hussin dah habis, biskut, Maggie, dan kacang semua dah habis dimakan, Hussin yang tak berani nak keluar rumah terpaksa juga keluar hari ini, sebab anak dah menangis tak nak makan biskut lagi, menangis nak makan nasi, menangis nak pergi main kat luar dan menangis nak pergi tengok wayang, lalu dengan terpaksa, Hussin keluar juga dari rumah mencari makanan untuk anak dan isteri tercinta, walaupun bukan anaknya, tapi dah di anggap macam anak sendiri, dah sayang gila, lagipun masih darah yang sama mengalir dalam tubuh si anak.

Dari luar rumah, Hussin terlihat langit telah menjadi mendung kerana banyaknya asap di sana sini, dan kereta MPV serta skuter berhias yang diwarisinya pula, nampaknya sudah hancur berkecai. Basikal pula sudah kemek dan patah dek kena langgar dengan kereta kebal.

Dalam kesamaran pagi, Hussin masih tahu meniti jalan menuju kedai runcit berhampiran, tapi kedai dah hancur dan di depan kedai di dapati jalan menjadi begitu tidak rata sekali, bila tersadung dan terjatuh barulah Hussin perasan jalan yang tidak rata itu adalah disebabkan mayat mayat yang bergelimpangan, dan Hussin yang sudah lama tidak menangis di atas sejadah hari ini telah bercucuran air mata dengan selebat lebatnya kerana hampir semua mayat itu Hussin kenal siapa tuannya, cikgu sekolah, anak saudara, jiran sebelah, juruwang, tauke kedai mamak, pelayan restoren, anak Pak haji, anak pak ngah, tauke rumah yang tidak sempat nak kutip sewa, sipolan sipolan..

Tiba tiba Hussin terdengan bunyi tembakkan lagi, dan Hussin sempat lari ke bangunan berhampiran, dan terus lari dan bersembunyi di sebuah tapak pembinaan yang belum siap, di sana Hussin bertemu dengan beberapa kawan yang turut bersembunyi di situ..

Dari tingkap bangunan persembunyian, Hussin dapat melihat operasi pecah rumah dari tentera penceroboh telah bermula, yang mana rumah dipecah masuk dan semua penghuni rumah dipaksa keluar dan berkumpul di padang taman permainan yang biasa budak budak main bola, dan Hussin sangat panik tapi tak boleh buat apa-apa bila melihat pintu rumahnya ditendang tentera pengceroboh, beberapa askar penceroboh terus masuk dan sebentar kemudian, terlihat isteri Hussin diseret keluar dalam keadaan rambutnya dicekak, isteri Hussin cuba mengelumpur meronta tapi disepak dan diterajang membuatkan isteri Hussin terus pengsan, air mata Hussin terus tumpah apabila melihat anaknya juga di layan dengan cara yang sama kejam.

Tiba tiba berlaku perkara yang lebih dahsyat, semua orang lelaki yang berkumpul di padang telah ditembak sehingga mati, anak anak juga di tembak dan dipijak pijak, wanita pula di rogol sebelum ditembak. isteri Hussin juga di rogol dan ditembak, anak Hussin juga mati dipijak.

Beberapa orang kampong yang bersembunyi mula menjadi hysteria, menjadi gila dan mula mencapai kayu lalu keluar dari tempat persembunyian, terus tentera penceroboh tahu bahawa masih ada yang hidup, maka peluru dilepaskan, bunyi bom, letupan di sana sini.., darah bergemercikkan, dan tapak pembinaan yang belum siap itu terus menjadi hancur berkecai bak padang terkukur..

Beberapa jam kemudian..

Pada waktu petang itu, Hussin terjaga dari tidur, Hussin dapati dirinya bersama beberapa rakan yang masih selamat, rupa-rupanya mereka semua selamat lari buat sementara waktu dan bersembunyi dalam hutan berdekatan, baru Hussin perasan akan kakinya yang sangat sakit, bila dilihat rupanya sebelah kaki telah tiada, dan rupanya Hussin dah pengsan akibat serangan pagi tadi, tapi masih ada kawan kawan yang membantu memapah Hussin lari ke hutan, dan kaki Hussin putus akibat terkena bom.

Hussin menangis, lalu seorang rakan menghulur ubi mentah, Hussin makan dengan rakus dan terus teringat anak anak yang lapar pagi tadi, dan air mata terus tumpah mengenangkan anak dan isteri telah mati di bunuh tentera penceroboh.

Belum sempat Hussin habiskan makanan, terdengar lagi bunyi tembakan, darah melimpah membahasi ubi mentah, beberapa rakan terus mati serta merta akibat kepala berkecai di tembak tentera penceroboh, Hussin campak ubi dan mula merangkak lari tak tahu ke mana, dengan kaki yang masih berlumuran darah, Hussin mengesot sedang telinga bingit terdengar bunyi letupan dan tembakan. tiba tiba Hussin menggulusur jatuh ke sebuah sungai berdekatan, dalam keadaan kelam kabut, Hussin yang tenggelam timbul cuba menggapai apa yang patut sebab tak mampu beranang dengan satu kaki.

Akhirnya Hussin dapat berpaut pada sebatang kayu yang hanyut. dan Hussin dapat lihat bersama kayu yang hanyut itu terdapat beratus ratus mayat yang juga sedang hanyut ke muara, dan Hussin bertambah sedih kerana hampir semua mayat itu Hussin kenal, dan Hussin menjerit jerit memanggil nama Allah, apabila ternampak mayat isteri dan anaknya juga sedang hanyut menuju muara. sungai sudah lama menjadi merah..

Esok hari..

Keesokkan hari, dipinggir sebuah tebing sungai, terlihat darah yang membahasahi di sana sini, terlihat ada tiga jasad, dua tidak bernyawa dan satu masih hidup..

Terlihat mayat isteri Hussin dan anak Hussin terlantar di tebing sungai, dan Hussin sedang berbaring di antara mereka.

Tiada kawan kawan yang hadir, jika ada yang hadirpun adalah kawan kawan yang hanyut dalam bentuk mayat berlalu tanpa singgah menjenguk Hussin, tak macam ketika kematian Hassan dahulu, ramai yang datang menjegah. Hussin mulai cemburu pada ‘kematian’ Hassan. Hussin menangis lagi.

Maaf lah bang Hussin, masa dah nak sampai, abang Hussin ketika berbaring di tebing sungai itu juga tanpa sebelah kaki. sedang tangan kiri menggenggam tangan anak yang dah jadi mayat, dan tangan kanan menggenggam mayat tangan isteri, air mata terus mencurah sedih lantaran anak dan isteri telah menjadi mayat sejuk, dan antara dua mayat itu, Hussin teringat pada Hassan, kematian Hassan penuh meriah. Hassan dimandikan oleh AJK surau, lepas tu Hassan dibungkus dengan kain kapan dan di solatkan.

Tapi Hussin, sebentar lagi akan menjadi mayat yang berulat, atau mungkin mayat Hussin akan di makan oleh haiwan liar…

Beberapa hari kemudian..

2 hari kemudian, mayat isteri dan anak sudah mulai membusuk dan berulat, Hussin yang masih nyawa-nyawa ikan dan sudah banyak pendarahan itu mulai cemburu pada meraka yang mati sebelum Malaysia di serang, Hussin mulai mengeluh kenapa aku tak mati dulu? kena kencing manis ke? darah tinggi ke? kenapa aku mati begini?

Hussin, dalam keadaan cemburu.. akhirnya mati jua…

Mati dalam Negara yang telah hilang KeMerdekaannya

Hussin, pelik sungguh, dulu waktu Negara Merdeka, kamu kasihan dan ketawa pada orang yang mati sebelum kamu, tapi bila Negara telah hilang KeMerdekaannya… nampaknya kamu sudah cemburu pada kematian mereka

Maka fahamlah kita akan maksud Merdeka adalah:
Apabila kita mati, dan mayat kita di urus dengan baik, dan kawan kawan sempat melawat dan berdoa, maka itulah ertinya Merdeka...

saya ulangi,
Maksud Merdeka adalah:
Apabila kita mati, dan mayat kita di urus dengan baik, dan kawan kawan sempat melawat dan berdoa, maka itulah ertinya Merdeka...

Lalu kenapa kita takut mati wahai sahabat? kenapa bersedih mati sekarang? Ini Negara Merdeka, kematianmu akan diurus dengan bermaruah....

Namun mati merdeka belum menjamin merdeka dalam kubur, ada perkara lain yang Hussin dan kita semua kena faham tentang Merdeka...

Terdapat beberapa kisah sahabat Nabi Muhammad SAW yang mati dalam perperangan yang mana Nabi telah menguruskan jenazah mereka sehingga sahabat sahabat lain yang masih hidup, cemburu dengan kematian mereka...

Tak perlu saya tulis semua cerita itu, tapi yang kita kena faham adalah, apabila seorang yang beriman dan bertakwa seperti Saidina Abu Bakar RA atau Saidina Umar RA juga cemburu pada mayat orang lain yang Nabi telah bersaksi shurga mereka, maka itulah hakikat Merdeka yang sebenar-benarnya!

Hakikat Merdeka adalah:
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!

Saya ulangi,
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!

Fahamlah kita di sini wahai Hussin dan kita semua bahawa walau dimanapun mayat kita ditanam atau tidak ditanam atau mati berulat, Allah tidak menilai melalui cara kita menjadi mayat, tapi Allah menilai melalui cara kita hidup sebelum jadi mayat..

Ketahuilah, Negara Aman adalah nikmat yang besar, bermakna kita bebas merdeka untuk beribadat tanpa sebarang masalah, kita boleh ke masjid solat lima waktu, kita boleh azan dengan lantang, kita boleh beriktikaf di masjid dan kita boleh berdakwah secara terang terang..

Alangkah ruginya ketika kita masih di beri peluang untuk buat semua ini di Negara Merdeka, tapi kita tidak mengambil bahagian, kita asyik tengok cerita perang sampai tinggal solat jemaah, tidak pedulikan azan dan menghalau pendakwah yang datang mengetuk pintu rumah…

Pembaca2 yang dikasihi sekalian, Kejayaan hakiki bukan diukur apabila kita dapat hidup dalam Negara yang merdeka, kerana dalam Negara merdeka ada perintah Allah sekian-sekian, dan dalam Negara peperangan juga ada perintah Allah sekian sekian, kejayaan hakiki adalah apabila kita dapat taat perintah Allah dalam apa jua keadaan, samada Negara merdeka atau negara perperangan..

Orang Palestin yang mati di bunuh Israel ketika sedang bersolat berjemaah dalam negara huru hara adalah jauh lebih baik dari orang M alaysia yang matiketika menonton cerita perang sampai terlupa solat berjemaah…

Ketika Negara kita merdeka, berapa kerat antara kita yang sanggup solat berjemaah di masjid 5 waktu? Dan tak sedihkah kita tengok betapa payahnya rakyat palestin nak solat berjemaah sebab tentera Israel tak bagi kerana Negara mereka belum Merdeka…

Kita di sini asyik kibarkan bendera jalur gemilang, kerana kita sudah lama merdeka, buktinya kita dapat beribadat dengan aman, dapat azan dengan kuat dan dapat ke masjid solat berjemaah tanpa halangan, tapi apabila kita tidak mahu beribat dalam Negara merdeka, tidak mahu ke masjid untuk solat berjemaah dalam Negara Merdeka, tidak mahu berdakwah dalam Negara merdeka, apakah ertinya kemerdekaan itu?

Tidakkah kita terfikir, Apakah ertinya Allah memberikan kita Merdeka?

Apakah ertinya Merdeka?, andai Merdeka itu disalah guna…

Adakah kita baru mahu ke masjid apabila Tsunami datang atau Negara di serang?

Dan sesunggunnya, Allah boleh tarik balik nikmat Merdeka ini bila bila masa.

Siapa yang syukur akan ditambah nikmat, siapa yang kufur, azab Allah amatlah pedih..
Maka sementara kita masih Merdeka, jadilah orang islam yang benar benar menyembah Allah dalam Negara Merdeka..

**************************************************************************

Sempena serangan Israel ke atas bumi Palestin, saya lihat seluruh dunia berkumpul tunjuk perasaan, termasuklah Malaysia.. Saya suka dengan ‘semangat’ ini, dan sebagai tambahan, saya harap semangat ini di salurkan pada tempat yang betul, macam dynamo basikal yang menyalakan lampu bila dikayuh laju, tapi sayang, basikal di kayuh laju, tapi lampu tidak menyala, kerana roda basikal tidak bersentuhan dengan kepala dynamo…

Maka jika bulan puasa kita pakat-pakat penuhkan masjid sebab bersyukur dengan nikmat bulan ramadhan, maka apa kata sempena ‘Gaza dan air mata’ ini, kita pakat-pakat penuhkan masjid sebab bersyukur dengan nikmat Allah bagi Negara yang Merdeka.

Pakat-pakat jaga solat 5 waktu sampai mati, baca Al quran, zikir , dakwah dan lain-lain, baru doa kita makbul, barulah ‘roda basikal bersentuhan dengan kepala dynamo’ dan terbukalah jalan untuk bantu saudara seagama, insyAllah..

Yelah, ketika Negara aman macam nilah kita nak kena amal agama betul-betul. betul tak?

Kelak, jika Negara kita di serang, (nauzubillah) kita dah ada reason untuk lari, (jika tak mampu berperang) iaitu lari untuk selamatkan iman, lari untuk amal agama, macam kisah As habul Kahfi(pemuda gua) yang lari dalam gua sebab nak selamatkan ugama dalam diri, dan Allah puji sifat ini lalu rakam dalam Al Quran, atau kisah nabi perintah sahabat lari ke Habsyah, dan Nabi sendiri lari ke Madinah, semuanya kerana nak selamatkan iman, nak amal ugama dalam susana yang damai..

Tapi jika masa Negara aman, kita tak nak amal agama, selamba tinggal solat jemaah misalnya, kemudian, bila Negara kucar kacir, kita nak lari ke mana? Nak lari ke Negara yang lain baru nak jaga solat jemaah? Atau kita yang selamba tingga solat jemaah atau tak solat langsung, bila Negara di serang buat keputusan untuk pertahankan Negara sampai mati, sedang iman dalam diri masih rosak? Lalu adakah kita akan mati syahid?

Kerana itulah, dalam perperangan zaman Nabi dulu, Nabi tak pilih orang munafik sebagai tentera, Nabi tapis, sebab melalui iman yang betul, barulah pertolongan Allah akan datang.., zaman khalifah al rasyidin juga begitu, barisan depan adalah mereka yang selalu jaga tahajjud.

Tepuk dada, tanyalah imam (akan waktu solat hari ni pukul berapa ye..)

'Dalam Negara Merdeka seperti Malaysia, orang akan berdiri apabila mendengar lagu Negaraku berkumandang, tapi sayang dalam negara Merdeka seperti Malaysia ini, masih ramai yang berbaring ketika azan berkumandang'

(ohh betapa lemahnya diriku ini, semoga Allah beri kita kekuatan kepada diri ini demi mencapai kebaikan dari-Nya..)
Category: ,
Reactions: 

2 tautan hati:

Humayra' said...

trima kasih tulis artikel nie...
analogi yg sgt best..
jom kita sama2 merdeka dalam erti kata yg sbnrnya..

HafizuddinPirus said...

jazakallah..

seMoga M'sia tidak lah jadi sebegitu rupe^_^ InsyaAllah.. Allah bersama-sama kita..