Nak Boikot ke Tak Nak??

Dengan nama Allah yang Menciptakan Malam dan Siang..
Sebumi kasih buat bussinessman terlicik Rasulallah SAW, dan semua peniaga2 produk islam sekalian...

Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah dan Alhamdulillah sekali lagi kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya, dapat lagi saya menulis walaupun masih pening2 lagi disebabkan permasalahan umat yang kian melarat(cewahh^_^)

Sebentar tadi ketika saya melayari sebuah berita di internet sambil mengunyah coklat kegemaran saya iaitu Smarties secara nyorok2(hai,, bile lah nak berhenti makan coklat nie), saya terbuka sebuah laman web palestin. Saya terkejut apabila mangsa korban di Palestine Semakin meningkat dari 400 ke 437. Innalillah.. Tapi bila tengok akhbar Malaysia, Mangsa korban pun meningkat juga kerana bermacam-macam accident yang berlaku. Bila difikir-fikirkan balik, kita pun suatu hari nanti akan "terkorban" juga tak kirelah tengah duduk2 dalam kelas ke, tengah tidur ke, kat dalam tandas ke, tengah drive kereta ke, tengah berkepit ke, tengah duk bernyanyi ke, dengan cara macam mana sekalipun.. Allah sahaja yang tentukan.. Moga-moga kita terkorban Syahid.. InsyaAllah..

(Inilah Smarties kegemaran)

Tiba-tiba saya terbuka beberapa laman web nie yang menyuruh umat Islam semua untuk memboikot barangan Yahudi dan orang kafir. erm Alhamdulillah Orang-orang Islam sekarang nie memang semangat memboikot begitu tinggi..

Oklah taknak panjang2 introduction, saya pun tak berapa sihat(doakan lah saya sihat sepenuhnya ye)..

Semalam saya pergi ke sebuah kedai di Area MMU nie, nak beli air tin 100 plus sebab umi(ibu) kate 100 plus nie elok untuk kesihatan, lagipun sejak kecil lagi minum 100 plus, so dah jadi minuman feveret(hehe) .moga2 dengan takdir-Nya, air 100 plus tu dapat membuatkan saya sembuh. Untuk pengetahuan korang air berkarbonat ni dapat menurunkan suhu badan tak kire lah badan manusia ke, binatang ke, janji badan. Tetapi sayang seribu kali sayang, air tin 100 plus kegemaran saya tak ade dalam peti ais tu, agen yahudikah? Adakah 100 plus minuman kegemaran saye sedang di Boikot??(sedih..sedih..air mate tak keluar2 juge, mungkin hati masih keras lagi)




Saya pun mulai berfikir(sambil membebel dalam hati..kalau tunjuk nanti, tauke kedai tu marah). erm kalau lah boikot yahudi tu berjaya kat Malaysia, cube teka bangsa mana yang paling ramai kena buang kerja kat Malaysia?? Lepas tu apa jadi? Negara mana yang akan jatuh ekonomi dulu? Negara kafir atau negara Islam?

Apabila di imbas balik kisah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat yang di pulau oleh orang kafir Mekah di lembah Abu mutalib selama 3 tahun, sehingga ada bayi bayi yang menjadi mayat bayi dalam ribaan ibu-ibu orang islam dek kerana menderita kelaparan..

Tapi selepas kemenangan islam, Nabi SAW tak pernah pula boikot yahudi ke kafir ke..

Yang peliknya, umat islam hari ni macam pakat pakat boikot dengan sunnah Nabi, dah tak nak berserban berjanggut, tak hensem, boikot dakwah rumah ke rumah, dah tak nak dakwah cara nabi, tapi nak dakwah cara yahudi, dakwah pakai lagu, internet, komik, game, dan apa apalah (blogging?..ohhh pening datang!)

Bagi pada pendpat saya,

"Contoh kalau korang bukak kedai jual nasi lemak, lepas tu datang perompak datang makan kat kedai korang, lepas makan dia bayar, korang nak ambil duit tu tak? Sedangkan korang tahu duit tu duit rompakan, kalau saya .. ambik je..apa kena mengena nasi lemak saya dengan duit rompakan dia, takkan lah saya nak bagi perompak tu makan free! Huh!"

"Atau seorang pembunuh upahan suruh saya repair mesin basuh yang rosak kat rumah dia, saya pun pergi repair dia punya mesin basuh, diapun upah saya...takkanlah saya tak boleh ambik? apa kena mengena duit upah repair mesin basuh ngan dosa dia membunuh?"

erm adekah menjadi Haram apabila Kita beli barangan Yahudi??(erm kalau macam tu dah tak dapatlah guna hp nie lagi, kalkulator, laptop?? ohh..tolong..)
Category:
Reactions: 

11 tautan hati:

Anonymous said...

agak rumit jg crite ni yerk..??
ehmmmm...
nk cmnt pnjg tkut slh...
kt kne tnye pndpt org yg lbih arif dlm hukum2 ni coz kt x bleh wat hkum sndri..
bdosa...
jd brpesan2 pd kbnran n bpesan2 pd ksbrn..
wasalam..

Archer said...

Assalamua'laikum.

Saya letakkan disini satu link.
http://www.inminds.com/boycott-fatwas.html

Memandangkan kita skarg sukar untuk menolong saudara-saudara kita di Palestine, mungkin cara-cara kecil sebegini dapat sedikit sebanyak membantu. Yang penting usaha. Yang lain, hanya Allah yang dapat menentukan.

Perang bukan sekadar fizikal, perang ekonomi juga boleh meruntuhkan sebuah negara.

HafizuddinPirus said...

to kak ana,

W,salam

erm terima kasih atas information tu, tetaapi lihat kepada keadaan umat Islam sekarang begitu sebok memboikot barangan Yahudi. Tak ada pulak boikot orang-orang yang tinggalkan solat.. Jadi macam mana Allah nak tolong umat Islam..

back to Sirah Nabi, Rasullah SAW tidak pernah memboikot barangan2 Yahudi di zaman Baginda. Yang saya tahu Yahudi mase itu conquer pasaran kat madinah.. Nabi tidak halang... Tapi, umat Islam mase itu berjual beli sesame mereka... tak ade pun bising-bising kate Yahudi gunakan ekonomi untuk jatuhkan Islam (memang diorang tau Yahudi bangse yg nak hancurkan ISlam).. Sebaliknye diorang gunekan harta yang mereka ada untuk DAKWAH..

Ada sesetangah kawan saya ni kata Boikot x mendatangkan hasil.. Kalau kite boikot diorang, diorang akan rase lg benci kat kite dan kite akn disoal kenapa tak berdakwah secare BERHIKMAH??

(pening datang lagi 2 kali ganda, macam mana nie..tolongg)

Wallahualam..

shahadah said...

assalamualaikum akhi.semoga yg terbaik untuk kita umat Islam.

ana letakkan satu link disini.
http://www.mail-archive.com/portal@ikapens.org/msg01230.html

akhi leh baca artikel ni. atau terus baca laman web ISlamic Thinkers dri blog ana.

adakah boikot harus atau tidak.

kes membunuh atau pencuri itu mgkn tidak boleh disamakan dengan kes dunia Islam kini.

Wallahualam (^_^)

Anonymous said...

Moga ini dpt membantu saudara...
http://www.ismaweb.net/v2/Article577.html

HafizuddinPirus said...

to shahadah,

Jazakallah khair..

Setelah meneliti dan buat research(ala2 profesor), saya masih tidak dapat lagi menjawab persoalan itu sebab yang anti bagi tu menyokong boikot tapi yang orang bawah tu pulak (http://www.ismaweb.net/v2/Article577.html) macam tidak sokong boikot..

(ohh demam panas..)

Disini saya ambil kata2 dari salah seorang ilmuwan..

berusaha menghasilkan barang makanan yg diperlukan oleh umat islam itu fardu kifayah..

menunaikan fardu kifayah itu lebih bijak dari boikot dan tunggu musuh menjadi miskin.

sudah tiba masanya mesin air yang menjual air-air tin keluaran org islam sahaja dibina dan diwujudkan.

Mari lah kita bangkit wahai umat Islam!

Anonymous said...

hurmmm..
mcm x sokong boikot??
ana x rasa camtu..
cuba nta baca betul2
ana pun nak baca skali lg..
mayb ana silap..
(tapi lps ana baca artikel ni,ana lagi yakin utk memboikot)
mmm...
kompius2..

hafiz said...

salam hafizuddin..hemm,penulisan yg membawa segala macam kontroversi..tetapi saya kurang bersetuju dengan kenyataa anda..mungkin ilmu saya kurang tetapi hati ini tetap mahu menyamapaikan pandangan saya..pertama sekali cerita anda ttg gerai nasi lemak dan repair mesin basuh..jika anda tahu duit itu haram,anda wajib tidak mengambil duit itu..duit/sumber yg jelas diketahui haram adalah jelas haram..mungkin jika saya ditempat mereka,sy akan menghalalkn apa yg diambil..mungkin berkat dari itu,moga ALLAH akan memurahkan rezeki saya(tetapi jika semua atau kebanyakkn customer mcm diorg..cerita dia lain,mereka harus menerima duit tersebut..jika tidak..apa yg diorg nak bg makan anak bini etc)..pasal boikot barangan israel..boikot bukan amalan rasullullah,tetapi kita boikot/pulau adalah untuk menunjukkan umat islam marah dgn tidakkn israel yg menindas umat islam,bkn kali ini sahaja..tak cukup dgn merampas tanah palestin,sekarang nak musnahkn palestin pulak..mcm mana lagi kita nak tunjjukkn kita marah dan tidak menyokong israel...setakat berarak sini sana,tapi apabila penat berarak..singgah kedai beli barangan israel e.g dutch lady,isarael cakap apa..bagus2,berarak lagi..bukan kami rugi pon,untung lagi ada r(note:this story not to condemm those who are doing demostration..just to make an analogy.TQ).Apa kesan yg diorg(israel) dapat..kita tgk saudara kita ditindas..weih,sedara kita kena bunuh..pastu,byk r manusia keluarkn hadis itu ini marilah membantu saudara kita palestin..tapi habuk pon xde action=tiada tekanan yg israel dapat.Tolong laa rakan2 seperjuangan islam..tentera islam,bakal melahirkan tentera islam..ayuh bangun dari lamunan,kita kena buat sesuatu..walaupon sedikit,takut apabila disoal oleh ALLAH,kita terkedu diam tidak terjawab..walaubagaimana pon,saya mengakui bahawa bukan senang nak terus boikot..ada org kata nanti byk org islam hilang kerja laa,mati kebuluran laa,apa laa(lagi sakit hati dengar alasan ini)..perubahan drastic hanya membawa padah pada islam,tapi apa kata kita mulai kurangkn product israel..cari alternative product lain dan lebih baik support product2 negara islam..sedikit tetapi istiqamah,insyallah suatu hari kemenangan akan menjadi milik ISLAM(kedai isarel tak untung=muflis)..selama ini kita rasa kita sgt bergantung dgn product diorg+ekonomi diorg..memang betul kerana israel telah merancang sebegini sudah sekian lama..dalam perancangan ZIONIS--siapa tidak tahu,mula ambil tahu...ayuh sedar,bangun dari lamunan..selepas solat,plz tadahkn tangan meminta kekuatan dari ALLAH dlm melawan musuh ISLAM..lebih bagus bangun solat hajat..ISLAM need action,PLZ and PLZ

HafizuddinPirus said...

erm kepada semua, terime kasih lah kerana sudi2 menolong saya. sebelum ni saya telah di tanya oleh seoang non-Muslim. "why all Islam need to Boicot Israel??". Jadi jawapan saya " erm i dont know, i will check it for(maaf lah bahasa inggeris saya macam nie lah, bahasa kampung, harap korang faham)"

Kepada semua pembaca sekalian, janagan lah kita lupa,Kita ni manusia yang lemah.. Setiap apa perbuatan yang kita lakukan sama ada boikot ke, chatting ke, blogging(ohh..) ke, mandi, makan, solat, berempit, semuanya dilihat oleh Allah swt. Hanya Allah swt sahaja yang dapat judge sama ada ianya Baik atau buruk. terpulang kepada niat dan keikhlasan masing..

Hadith pertama dari hadith 40

"setiap amalan/perbuatan hendaklah dimulakan dengan niat"

Jadi ape gunanya amalan kita tanpa niat..betul tak? begitu juga apa gunanya niat sahaja tanpa amalan..

kadang2 kita terlupa bahawa Allah telah merancang sesuatu untuk diri kita.

secara sedar atau pun tidak kite telah di lebalkan sebagai seorang muslim semejak kite lahir lagi. Tujuan nya hanya lah untuk kite melakukan amal ibadah yang dengan memperhambakn diri kita sebagai Makhluk yang hina bina di hadapan Allah SWT.

Jadi persoalan boikot ini adalah satu alternatif yang perlu dikaji secara menyeluruh demi kebaikan umat Islam itu sendiri..

KAdang2 kita boikot, Umat Islam sendiri yang jatuh..

Boikot, adalah satu cara menunjukkan kita benar2 rasa benci terhadap Israel.. tetapi kenapa apabila ratusan2 ribu nyawa Keluarga kita di Palestin terkorban, kita hanya boikot sahaja?? Kenapa tidak keluar untuk berperang(mengambil parang ke, senjata ke perg ke Israel ramai demi menyahut seruan Islam, Hai ya Alal falah) Adakah kita takut??( Ya kalau saya saya masih lagi takut.. kerana Iman yang lemah)

Jadi ada satu jihad yang lebih besar selain boikot, iaitu jihad dalam peperangan.. InsyaAllah apabila Islam itu dimuliakan oleh orang Islam sendiri, Tentu umat Islam akan berjaya..

Wallahualam,,

Anonymous said...

assalamualaikum..
satu je yang saya nak tahu,mcm mana nak melakukan jihad yang besar sedangkan yang kecil pun(boikot) kita tak buat?

HafizuddinPirus said...

Kepada hamba Allah diatas ini,

Ya jihad kecil itu memang penting penting..

Tapi kita kena bijak dalam mengambil sesuatu tidakkan. Dalam masalah peperangan di Palestine sekarang nie adakah jihad kecil(boikot) lebih penting atau jihad besar??

cuba kalau rumah korang kena rompak, adakah korang hanya duduk berdoa sahaja, padahal depan mata korang perompak tengah duduk merompak rumah korang.

Ini bukan masalah antara diri kita sahaja tetapi masalah semua masyarakat Islam di seluruh dunia. Tapi dalam berjihad, Persiapan perlu ada. Itu yang penting. Persiapan Hati..

Ditujukan buat semua pembaca yang budiman(adeh ni dah jadi macam post baru)..

Oklah saya taknak panjang2

Masalah boikot ini menjadi masalah yang begitu memeningkan dan rumit(ohh pening datang) apabila saya discuss bersama2 sahabat2 saya di Masjid sebentar tadi. cube kita fikir kalau contoh kita boikot nestle atau apa2 sahaja. Tetapi yang kerja di Nestle 80% ialah orang Islam, jadi yang ruginya siapa? tidakkah kita patut kesian dengan Muslim2 yang gaji mereka 700/800 sebulan?? Jadi bab2 boikot memboikot ni perlu di perbincangkan balik demi kebaikan bersama umat Islam. Pakar2 ekonomi Islam perlu duduk semeja bersama-sama ulama bagi mebincangkan lebih mendalam tentang isu ini. Ini bukan masalah diri kita seorang tetapi masalah bersama.

tapi saya pelik makhluk2 Allah yang bernama manusia(bermaksud pelupa), mereka kata mereka hendak boikot, tetapi pada masa yang sama barang2 Israel atau yahudi masih lagi dibeli.. Jadi adakah kita mengajak orang lain boikot sedangkan kita sendiri masih tidak boikot itu suatu yang baik??

Wallahulam..