Mereka keluarga saya,JOM boikot??

Dengan Nama Allah yang memberi ilmu dan boleh menarik bila-bila masa sahaja ilmu itu, Segunung kasih buat pemuda yang terlalu hebat dalam peperangan suatu masa dulu, Rasulallah SAW, segulung doa untuk Saudara kita di Palestin..

Sebelum saya start to the point. Marilah sama-sama kita muhasabah balik diri kita yang terlalu lemah ini yang hanya melihat sahaja apa yang berlaku di Israel sekarag ni. Marilah kita berdoa agar kemenangan berpihak kepada umat Islam...

Alfatihah...............

Sedikit gambar dari UK dan US dimana rakyatnya(non muslim dan Muslim turut membuat bantahan terhadap Israel)








Sebentar tadi ketika saya tengah duduk belajar(walaupun asyik terlelap je), hati ni rasa tidak tenteram, saya bukan nya tidak tenteram sebab nak makan coklat ke, nak minum 100 plus ke, nak tidur ke, tetapi saya rasa menggigil kerana Keluarga saya sedang dibunuh. Keluarga siapa? kELUARGA SAYA! setiap hari keluarga saya syahid di Palestin. Sebentar tadi saya baca berita berita harian(ada orang kata berita harian nie memboikot dan menipu pembangkang tetapi kali ini postnya betul, Syabas buat Bharian).

"Setakat ini 460 Keluarga saya meninggal di Palestin"

Ape perasaan korang rase bila saya cakap macam tu?? tergamam? Terkedu? Terkejut? atau tiada apa2 perasaan?? atau ade sesetengah tu mungkin gembire??(ini mungkin golongan Syaitan Laknatullah). Kita tidak tahu mungkin angka itu akan naik.

Apa korang rasa bila keluarga korang tiap2 hari dibunuh? Korang mesti rase sedih kan. Atau mungkin dah taknak hidup lagi. Tetapi saya pelik akan umat Islam sekarang yang masih gembire dan berfuya-fuya seakan-akan tiada kena mengena dengan hidup dan mati nya. Ya mungkin sekarang tidak kena mengena, cube lihat kalau korang tengah duduk berfuya-fuya, keluarga korang diculik puak Israel laknatullah dan dibunuh hidup2, siapa nak hirau?? Tetapi Islam bukanlah agama yang begitu, Islam adalah sebuah agama yang mementingkan kasih sayang sesama manusia..

Oklah cukup setakat itu introduction saya, tak boleh lama, banyak lagi nak di prepare dan harap korang jangan terase lah ye. Ini pandangan saya, mungkin korang ada pandangan sendiri(keh3x)..

*******************************************************

Berbalik kepada kes Boikot yang hangat dipersoalkan oleh post saya semalam(hehe..). berbalas emeil saya dapat(cewahh..). jazakallah khair kepada sidang pembaca yang setia dan istiqamah dalam hal2 Islam. semoga Allah menyayangi kita semua.

Mungkin ada pembaca2 yang masih tertanya2 tentang masalah Boikot memboikot ini. Kenapa boikot ini boleh? atau kenapa boikot ini tidak boleh? Apa beza Boikot Kafir dengan Boikot Islam?
Setelah satu hari saya mentelaah mengenai perkara ini, serba sedikit saya faham mengenai perkara ini. Alhamdulillah..

Semalam ada seorang hamba Allah datang dekat saya, dia cakap

“Sebenarnya Hafizuddin, kita kena sensitif terhadap orang yang hina dan menjatuhkan agama kita. kita kena boikot mereka, tunjuk perasaan, tunjukkan kemampuan kita ke atas mereka, buat mereka takut.kita kena SENSITIF”

Woh ho, now I see you're reasoning. Oh, that is why.. SENSITIF…

Bagi saya, nak sensitive biar betul dengan caranya, biar bertempat, ikut keutamaan, dan saya tak kisah bila korang nak sensitive dengan askar2 Israel yang jahat lalu baikot seluruh negara Israel, itu hak korang…, Cuma saya nak tanya, tak sensitif ke tengok 660 kakitangan rakyat tempatan yang bekerja di kilang Dutch Lady Petaling Jaya, sedangkan Tan Sri Kamarul Ariffin, Pengurusi Dutch Lady juga membantah perbuatan Israel sebagaimana Penduduk Israel juga. Di ketahui juga, Pemegang Saham Dutch Lady, 50% daripadanya adalah rakyat Malaysia,

Maka, sejauh manakah tindakan korang memboikot barangan Dutch Lady memberi kesan kepada askar2 Israel atau sesiapa sahaja di Israel yang korang nak hukum? Atau apakah kesanya kepada orang islam di Malaysia dan Di Israel itu sendiri? Tak sensitifkah jika korang yang kerja kat situ?

Atau nak lebih sensitif lagi, saya nak tanya..,

Pagi tadi berapa ramai orang yang solat subuh berjemaah kat kampong korang? 6 orang? 3 orang? Berapa ramai yang tak datang? Kamu tak sensitif ke tengok Masjid kosong? Yang tak datang tu korang nak boikot tak?, cikgu besar sekolah tak datang, tak yah lah hantar anak sekolah, mamak jual roti canai tak datang, tak yah lah makan roti canai lagi, Pak Ahmad tukang gunting rambut tak datang, tak payahlah nak gunting rambut lepas ni, menteri besar tak datang, tak payahlah undi parti menteri tu lagi, tak gitu?

Korang tak sensitif ke tengok masjid kosong? Rasulallah SAW dulu cukup sensitif bab tinggal solat jemaah sampai tahap nak bakar rumah orang yang sengaja solat di rumah, korang pulak sensitif sampai buat panggilan palsu ada kebakaran, lalu kena tangkap di bawah kesalahan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Lalu dikenakan denda sehingga RM50,000 atau tidak lebih setahun penjara atau kedua-duanya sekali, (dah itu cerita lain..)

Ada sahabat Rasulallah SAW punya sensitif sampai nak tuang timah yang mendidih ke telinga orang yang dengar azan, tapi lebih suka solat di rumah, tapi walau bagaimanapun mereka sensitif, tapi mereka tetap bersabar dan tetap berdakwah dengan cara berhikmah..

Sepatutnya, Banyak benda lain yang patut kita lebih sensitifkan tapi tak disensitifkan secara komprehensif, sebaliknya kita aktif mengsensitifkan dengan benda yang menyahaktfikan perkara yang lebih pengsensitifan dan tidak innovatif serta tak kreatif, macam mana nak jadi produktif, tentative, kompetentif, inovatif dan kreatif, jika ummat islam tak berintegritif?, huh!.. berbelif lidaf sayef..

Walaubagaimanapun, sebagai kemudahan untuk korang, saya akan listkan beberapa barangan keluaran yahudi yang saya telah tanya pada Pakcik Google sebagai rujukan untuk memudahkan boikot korang bersama, berikut adalah produk Negara yang mana Rakyatnya masyarakat yahudi

Shell, Barangan Eletrik, Philips, Barangan Tenusu keluaran Dutch Lady, Coklat Forrero Roche, Van houten, dan lain lain..

Dan memang produk orang islam kita kena beli dari dulu lagi, dan produk orang kafir kita kena boikot dari dulu lagi, tak payah tunggu mereka menjatuhkan ugama kita baru nak boikot, Cuma akhir zaman ni, yang kerja dengan orang kafir ramai orang islam, kerja kat Kilang Dutch Laddy Petaling Jaya misalnya, korang nak ‘susahkan’ Askar Zionis, tetapi akhirnya orang islam yang jadi mangsa? (Ohh!)


"Demi masa, Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta orang yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran"-al Asr-

"Sekadar tazkirah buat diri saya yang yang terlalu lemah ini"
Category:
Reactions: 

1 tautan hati:

Humayra' said...

uh...
so konklusinya nta boikot x?
ana blurr.. xfhm.
tpi pndgn ana (personal pny) ana akan buat ape2 yg ana mampu, so that israel jatuh. though it may not be much. at least, x sumbang bnyk pun, bile Allah tny, ana boleh ckp ana dh buat sikit...

cara ana? doa, menulis, crite kt kwn2, n boikot apa yg boleh ana boikot (kalau dah terbeli tu guna je.. kalau xbli lg, cari alternetif lain). Ni cara yg ana pilih... mungkin idea nta lain.. but at least, ayuh sama2 berusaha..

boikot ke x? wallahu'alam.. up to u..