Jihad itu Kena Bunuh ke??

Dengan nama Allah tuhan yang memiliki dan memberi kuasa...
Selawat atas insan yang menyebabkan Islam mampu mempunyai kuasa suatu masa dahulu, Rasulallah SAW, serta semua umat Islam yang dihormati sekalian...

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan bantuan dan kasih sayang-Nya saya masih lagi mampu menulis dan berbicara di pemudekahfi ni walaupun dalam keadaan batuk-bate dan fever-fever yang 24 jam tak berhenti-henti(ini lah akibatnya apabila kita tak gunekan nikmat Allah dengan sebaik-baiknya,dah kena barulah lah nak rase menyesal). Tak ape lah, lagipun demam ini hanya ujian kecil, banyak lagi ujian-ujian yang kita kena tempuhi untuk menegakkan JIHAD Islam di jalan-Nya.

Sebelum saya meneruskan penulisan, disini marilah kita menghayati bagaimana Islam bleh berjaya suatu masa dahulu.



Semalam saya dapat e-meil dari beberape hamba Allah yang menunjukkan gambar2 mangsa2 di Palestin. Hati saya begitu sebak melihat keadaannya. Air mata hampir2 terkeluar tetapi tak juge keluar-keluar(mungkin disebabkan hati ni masih keras macam batu). Biarlah air dari 'hati' yang mengalir keluar. Macam mana lah kalau ianya berlaku kepada keluarga korang. Korang mesti tak sanggup kan? Macam mana kalau korang mase tu tengah duduk2 tengok cerita Naruto(setiap hari khamis jam 7 tu), tiba-tiba puak2 Israel bOm rumah korang? Ape korang rase mase tu? Korang mestilah tak rase ape2 sebab mase tu korang dah 'tiada' lagi. Ataupun ade sesetengah tu tengah duduk berkepit di taman-taman buaya tiba2 Israel attack. Ape korang rase? Mase tu korang mati Syahid ke time tengah duduk berkepit2 tu? (semoga kita tidak tergolong dalam golongan ini)

Tetapi begitu lah realitinya yang berlaku di Palestine sekarang. Anak-anak kecil yang sedang bermain basikal dengan rakan-rakan dengan keadaan riang, ibu2 yang sedang memasak untuk menarik hati suamimya yang tersayang, bapa2 yang sedang berkerja untuk membeli hadiah untuk isterinya yang tercinta, tiba2 Israel attack tanpa mereka sedar. Begitu lah rasenya keadaan yang berlaku di Palestin sekarang nie.

Pagi tadi saya ada baca news dari OIC yang hanya diam satu macam. Mungkin ada antara korang yang begitu marah kenapa OIC tidak mengambil sebarang tindakan terhadap puak2 kuffar ini? Sebab OIC tu 'OO i see'(oo aqu tengok). Fungsi mereka hanya melihat sahaja keadaan Umat Islam yang terkorban. Mungkin ada yang tertanya-tanya kepada kerajaan Mesir tidak membuka tembok sempadan Gaza untuk rakyat Palestine selamatkan diri? Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa di Arab Saudi, kerajaan mereka tidak membenarkan doakan untuk kejayaan Palestine? Ini lah akibatnya apabila mereka hanya mementingkan kuasa. Kenapa Umat Islam Di tindas? Ianya kerana kelalaian umat Islam sendiri. Mereka takut akan kehilangan harta. Mereka takut akan syahid!

Cube kita lihat balik sirah Rasulallah SAW. Para-para Sahabat begitu mencintai Syahid. Sehinggakan satu masa ketika tengah berperang, salah seorang para Sahabat yang sanggup jadi Defend kepada Rasulallah SAW. berpuluh-puluh anak panah di badannya. Begitu tingginya kasih sayang kepada Rasulallah SAW. Pada masa yang sama juga, begitu tingginya cintanya terhadap Islam.

Tadi Di tv3 saya tengok Al-Kuliyyah yang bertajuk Jihad. Panel jemputannya Ustaz Wan Abdullah dan Ustaz Abdullah Zaik(president Aman Palestin). Ada orang tujukan soalan kepada Ustaz Wan Abdullah "kenapa ketika berperang, Rasulallah SAW tidak pernah membunuh?" Saya terkejut, sebab saya hanya tahu apabila Jihad mesti lah Bunuh. Katanya lagi Jihad yang sebenar2nya adalah untuk menegakkan Islam dimuka bumi ini. Jihad yang paling baik apabila dalam jihad kita membawa mesej yang "Islam itu agama yang mementingkan keamanan dan kesejahteraan". Dalam masa yang sama ketika jihad, kita berdakwah! Jadi barulah orang-orang kafir akan tertarik dengan Islam dan berlembut hati. Erm sebab itu lah Islam pada suatu masa dulu pernah menjajah 2/3 dunia.


Jadi kita jangan lah jadi seperti puak2 Israel, apabila berperang je, mesti tujuannya BUNUH. BUNUH..BUNUH..BUNUH.. agama mereka tidak mementingkan kasih sayang Tetapi agama Islam mengajar kita berjihad(berkasih sayang) iaitu dengan menyampaikan kebenaran.

Wallahualam..
Category: ,
Reactions: 

2 tautan hati:

mohamad said...

Salam 'alaik..

ya akhi, penulisan yg bgs..ana kagum..ape yg anta kate kn tu btol..jihad ni bkn utk membunuh..tp utk membgnkn peradaban umat..kalu kita lihat balik sirah perjuangn jihad islam..cthnye di sepanyol..tentera islam pd mase tu x merosakkn keadaan yg sedia ada di situ..malah m'bgnkn lg peradaban, tamadun di situ sehingga lahirnya ilmuwan2 islam...

Jazakallahu khairan katheeran..

HafizuddinPirus said...

w,salam ya akhi..

Jazakallah khair.. Kita kena bangunkan kembali peradaban Umat Islam sendiri sebelum peradaban umat lain.. InsyaAllah..

Jihad yang paling utame ialah jihad melawan hawa nafsu^_^