Berdemo 7000 orang Islam, solat jemaah di masjid 20 orang?

Dengan nama Allah, Tuhan yang maha membangunkan dan maha menghancurkan, Selaut kasih buat pemimpin terhebat suatu masa dahulu, Kini dan selamanya , Rasulallah SAW dan juga pemimpin2 Islam yang sedang menegakkan agama Islam.

Di daerah itu langit kelabu... sejak lama...
Suria di situ tiada lagi, bercahaya...

Degup jantung dan denyutan nadi...
Di setiap saat ada yang terhenti...

Melalui, penderitan hari ke hari..


Alhamdulillah pagi tadi saya dan beberapa orang sahabat pergi mengimarahkan MITC untuk berdemonstrasi yang dihalalkan kerajaan. WOW! tak sangka begitu ramai. Dianggarkan 10ribu makhluk manusia yang datang. Tidak kira cina,india, Melayu. Dijangka orang Islam yang datang 7 ribu. Makcik2, pakcik2, yang tua kerepot, kanak2 semua datang untuk menunjuk perasaan yang selama ini dipendam. Malah2 pakcik2 yang pakai tongkat tu pun sanggup datang untuk turut berdemo. Tak sangka, ada yang sanggup ponteng kerja sebab nak tunjuk perasaan(korang nie memang bagus lah). Kedai2 kebanyakkan nya tutup semata-mata nak tunjuk perasaan. Slogan Hancur Yahudi, Hancur Israel masih lagi saya memorize(hehe). Lepas tu banner, poster, flyer Boikot sana Boikot sini memang terlalu banyak(sampai sakit mate tengok).

(hui ramaii)

Tetapi sebelum maghrib tadi, ketika dalam perjalanan ke masjid, kebanyakkannya makhluk2 yang bernama manusia(pelupa) dan beragama Islam ini masih lagi2 di restoran sambil2 berborak dengan gembira. Gossip sana gossip sini(Amboih petang tadi hebat kemain korang tunjuk perasaan tapi sekarang nie boleh pulak layan gossip-->hatiku pun bergosip sendiri). Mungkin ada waktu2 yang tertentu untuk korang tunjuk perasaan(wallahualam). sambil2 jalan saya masih melihat anak2 muda(tak kirelah melayu ke, arab ke, tetapi majoritinya ISLAM) masih lagi bermain2 bola, bola keranjang, bola tampar(saya pun melihat bersahaja, maklumlah kalau tegur kang kena pulak belasah lagi2 dengan pak arab). Semasa sampai di masjid, saya cukup terkejut melihat keadaan rumah Allah yang begitu gelap. Hanya beberapa orang sahaja yang ada dalam masjid masa tu. Alangkah sedihnya hati ini. saf2 tak sampai satu saf. Hanya sekerat je. Malaikat2 rahmah begitu sedih melihat keadaan Umat Islam yang semakin parah sekarang. Ape pendapat korang tentang masalah ini? Adakah kita patut buat satu banner, poster untuk boikot orang yang tak datang solat kat masjid? Bilangan yang datang masjid kalau kira2 tidak sampai 20 orang, tetapi yang datang demo pagi tadi 7,000 orang Islam. Jadi kalau di tolak 7000-20 orang = 6980 orang Jadi mana lagi 6980 orang nie? Korang pergi berdemo lagi tengah2 magrib tadi atau korang tengah duk mengumpat jiran rumah korang yang korang marah sebab tak turun Demo pagi tadi?

(eh sikitnya)

Korang mesti rasa pelik, kenapa Allah masih tidak turunkan pertolongan untuk umat2 Islam yang sering ditindas. ianya bukan lah masalah orang kaffir tetapi ianya adalah masalah umat Islam sendiri. Tepuk dada tanyalah hati wahai sahabat2.

Zaman ini amat ramai orang pergi haji dan jumlah orang islam lebih berlipat ganda dari jumlah orang islam di zaman Nabi, dan ada yang berdoa, “Ya Allah Laknatlah America, dan sekutunya, Tapi bila perang Amerika-iraq, Amerika-afghanistan, Israel-palestin, Serbia-bosnia, kemana pergi 1000 malaikat yg menolong sahabat dalam perang badar?

Mengapa Allah tak menolong org islam?

Ingat dalam sejarah islam, kemenangan hanya apabila Allah membantu kita ahli badar 313 orang adalah mereka2 yangg telah menunaikan hak dakwah pada orang kafir selama 13 tahun di Mekah, mereka amal ma'aruf dan nahu mungkar!! so logic Allah bantu mereka. Tapi hari ni kita ingin berperang dengan orang kafir, sudah berapa lama berdakwah kepada mereka. satu jam? Seminit? Sudahkah kita menunaikan fardhu2 yang disuruh Allah? Atau kita masih buat2 terlupa. Menangislah wahai teman2 alam maya sekalian

(Sayalah yang patut menangis!!!)

Nabi dan para sahabat r.a dalam peperangan pun solat berjemaah, tetapi ummat islam yang bukan dalam perperangan selamba tinggal solat jemaah kerana sibuk tengok cerita perang(Adeh).

Di ulangi!!

Kejayaan bukan dalam Negara aman, dan kegagalan bukan dalam Negara peperangan, dalam Negara aman ada perintah Allah sekian-sekian, dalam Negara perperangan ada perintah Allah sekian-sekian, kejayaan adalah bila dapat taat perintah Allah!!!Orang palestin nak pergi solat berjemaah, tapi tak dapat kerana di halang oleh tentera yahudi, tapi malaysia sekarang Negara aman tapi masjid masih kosong, orang palestin patut menangis tengok rakyat Malaysia yang di uji kemewahan ini!!!!

(saya patut menangis sekali lagi-tapi takde air mata kerana hati masih lagi keras..oh!!! apa nak jadi dengan diri ini)
Category: ,
Reactions: 

0 tautan hati: