Ada apa dengan INTIFADHOH??

Dengan nama Allah, hanya Tuhan yang selayaknya disembah, Segunung cinta buat kekasih Allah, Rasulallah SAW yang setiap hari risau akan keadaan umatnya, Sepotong Doa buat para Mujahidin2 yang sedang berjuang Dijalan-Nya.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah swt kerana dengan izin-Nya kita masih lagi dapat bersenang lenang sehingga membolehkan untuk korang membuka internet untuk melihat post saya yang terbaru ini(hehe). Alhamdulillah sekali lagi kerana dengan kekuasaan-Nya kita masih lagi tergolong dikalangan hamba2nya yang sentiasa mengharapkan keridhoannya. Malam ini saya bukan lah sesiapa untuk membicarakan mengenai Palestina kerana saya hanya manusia biasa yang jahil akan keadaan disana namun kejahilan saya bukan lah penghalang kepada diri saya untuk mengorak langkah demi memperjuangkan Perjuangan Islam di Palestin.

Beberapa hari yang lepas, saya ada terbuka satu website dan terbaca satu article yang didalamnya menyebut "im am Palestinion!". Namun saya terkejut apabila yang bercakap itu bukannya dikalangan dari umat Islam, tetapi dari kalangan orang Non-Muslim Australian. Katanya lagi " Saya bukan lagi orang Australia, tetapi saya adalah orang Palestine!!" (begitu lah translationnya yang dapat di ketahui.hehe)

Jadi ini jelas sekali membuktikan masalah Palestin ini bukan hanya diperjuangkan oleh orang Islam(tetapi masih ade lagi golongan orang islam yang masih buat2 tidak tahu tentang masalah palestin, semoga golongan2 ini sedar, InsyaAllah) malah diperjuangkan oleh orang2 Non-Islam yang merasakan masalah ini bukan sekadar isu yang datang kemudian pergi begitu sahaja, tetapi isu ini adalah masalah yang berterusan sehingga ke hari akhirat. Jadi malulah kita orang2 Islam yang masih tidak sedar akan masalah ini. Malulah kita yang masih lagi melakukan maksiat sedang Palestin dalam keadaan yang begitu PARAH!(mungkin malaysia pun begitu parah juga, mana tahu suatu masa nanti, time2 dah parah nanti, baru korang sedar)

Ok cukuplah sekadar pendahuluan.


Pemimpin berjiwa hamba
Bersama Dr Muqoddam salah seorang pemimpin PKS yang menjadi penggerak kepada KNRP(komiti Nasional Rakyat Palestina di Indonesia) ~ SKEMA 3, UKM

Disini mungkin korang tidak tahu apakah itu Intifadhoh? Ya semestinya korang tidak tahu. Mungkin ada diantara korang yang ingat bila bercakap tentang Intifadhoh, korang mesti ingat kumpulan Rabbani. Betul tak?

Intifadhoh ini didefinisionkan sebagai perjuangan dalam membebaskan Masjidil Aqsho(Palestin) daripada genggaman Zionis Internasional Laknatullah. Perjuangan ini telah dimulakan oleh seorang pelajar Palestina bernama Faresh Audeh yang hanya berumur 14 tahun dimana beliau memulakan perjuangan dengan membaling batu kearah askar Zionis. Dipendekkan cerite pada suatu hari beliau membaling batu kearah seorang askar Zionis, kemudian askar tersebut mengejarnya dan sedang2 berlari2, hatinya terdetik "eh kenapa aku perlu lari, aku mahukan syahid". Jadi anak muda itu kemudiaannya patah balik dan kejar balik askar zionis tersebut. Sehinggalah tiba2 beliau ditembak oleh Askar zionis yang lain dengan snipper dan beliau mati syahid. Jadi perjuangan anak muda ini membangkitkan semangat anak2 muda palestin yang lain dalam meneruskan perjuangan Palestina. jadi beberapa tahun kemudiaannya terjadilah pula intifadhoh kedua iaitu perjuangan dengan menggunakan senjata2 yang Up-to-date seperti m-16, bom dan sebagainya. beberapa minggu yang lalu telah terjadinya Intifadhoh 3 dimana persenjataan nya semakin di Up-to-date kan oleh pejuang2 Palestina. Seperti roket2 Al-Qassam yang jaraknya boleh melebihi 75 KM. Walaupun roket2 ini tidak lah sehebat roket2 israel yang boleh dicontrol, tetapi dengan doa2 pejuang Palestina, roket2 ini di Control sendiri oleh Allah SWT. (Allahuakbar!)

Tetapi ada sesetengah puak yang mengatakan intifadhoh ini tidak berkesan. Israel guna senjata2 canggih tetapi kita baling batu(sekurang2nya mereka berjuang, yang korang duk sebok2 membincangkan dan menghuraikan panjang lebar kelemahan2 diorang kenapa? cuba korang sendiri turun padang, baru korang rase!). Intifadhoh ini secara realistiknya telah kembali membuka mata dunia yang selama ini masih lagi terbelenggu dan langsung tidak ambil tahu mengenai Palestin. Atuk2 dikampung sudah mulai berhenti merokok(dunhill dll) apabila mengetahui rokok ini membantu Israel walaupun masih lagi merokok dengan menggunakan daun kering(ai sey, tak ape lah, janji bukan buatan Israel).


Anak2 muda menggunakan batu


Tetapi..

Askar2 Zionis menggunakan m-16(mungkin di update jadi m-17)

Bom2 yang luar biasa kekuatannya

Tank2

Dimanakah kita wahai anak2 muda sekalian? Adakah kita masih lagi menonton cerite2 perang? atau ceritaNaruto yang setiap hari khamis tu?

Jadi seharusnya dan sewajibnya marilah kita sedar wahai pemuda-pemudi sekalian tentang permasalahan ini. Malulah kita yang dah semakin tua ini tetapi amalan terlalu sedikit, malah dosa yang membukit. Apakah kita hendak menjadi seperti Ariel Sharon yang sekarang jasadnya berada dalam koma tidak boleh mati. Perutnya membesar dan berulat. Begitu sakitnya tetapi Isu ini ditutup oleh Israel. Inilah balasan Allah terhadapnya yang sombong, angkuh dan zalim terhadap umat Islam. Ingatkah korang peristiwa Shabra dan Shatilla dimana penyembelihan beramai2 penduduk islam disana waktu itu yang diketuai oleh Komander Arial Sharon? Begitu lah azab yang dibalas oleh Allah SWT. Itu hanya azab didunia, belum lagi azab di akhirat. Nauzubillah.

Jadi akhir kalam, saya menyeru kepada pembaca2 yang budiman, sekarang ini, kita bukan lagi Malaysians, tetapi kita adalah Palestinians! We Are Palestinians!
Category:
Reactions: 

1 tautan hati:

Humayra' said...

jzkk atas perkongsian..
ana juga yg x smpat lg mnulis apa2 ttg apa yg dpt smlm..
(bukan xnk tulis.. idea blum dtg..)

perjuangan membebaskan palestin belum berakhir.. Bom2 masih dijatuhkan di Gaza. semoga Allah menerima usaha kita yg kecil ini dalam membebaskan bukan sahaja gaza, tetapi seluruh Palestin, insyaAllah..