Takut kerana Benar atau Benar kerana Takut??


Bismillahirrahmanirrahim..

Di sini saya bukan hendak
berekspresi semata-mata tetapi saya hendak mengajak kepada semua sahabat2 dan juga diri saya supaya kita bersama-sama menegakkan kebenaran walaupun ianya sangat lah memedihkan.

Pada khutbah jumaat tadi telah menyedarkan kita tentang sesuatu yang kita tidak pandang atau sesuatu yang dipandang remeh temeh atau dipandang sampah. Khutbah yang telah disampaikan oleh Al-fadhil Ustaz Najib(pensyarah MMU) ini telah menjelaskan pada kita mengenai '
As-Siddiq' ataupun dalam Bahasa Melayunya BENAR. Ianya amat penting dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim terutamanya kita yang digelar Mahasiswa/i.

Mahasiswa di kala ini sering terlupa atas perbuatan yang dilakukan sama ada ianya benar atau tidak. Disebabkan benar, mereka menjadi takut. Malah Mereka tidak dapat membedakan baik dan buruk kerana perbuatan yang dilakukan itu sering berulang-ulang. Gelaran sahaja Mahasiswa tetapi sifat dan perbuatan tidak melambangkan Mahasiswa dan ianya amatlah menyedihkan. Janganlah sesekali kita berbangga digelar mahasiswa jika akhlak kita lebih hina daripada haiwan.

Sesungguhnya sifat As-Siddiq ini boleh di implement melalui pelbagai cara seperti perbuatan, percakapan, penglihatan dan sebagainya. Apabila seseorang yang melakukan perkara yang benar seperti bercakap benar,bermakna mereka ini telah melakukan perkara yang baik dan balasannya adalah baik.Tetapi apabila seseorang yang suka menipu,balasannya adalah sebaliknya.Nauzubillah..

Janganlah kita lupa bahawa orang yang menuntut ilmu ini walau susah mana sekalipun ilmu nya yang dicari, Allah SWT tetap akan mengangkat darjatnya di akhirat kelak. Nikmat ini haruslah di jaga kerana saban hari kita telah tersalah guna nikmat yang diberi. Ilmu yang dituntut tidak di implement ke arah yang benar. Contohnya yang terdekat dengan kita ialah seperti menipu dan meniru dalam mencari ilmu. Walaupun matlamat yang baik, tetapi perbuatan yang dilakukan itu tidak benar tetaplah sia-sia.


Rasullah SAW bersabda "3 tanda orang munafik iaitu jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika diberi amanat dia khianat"

Kebanyakan Mahasiswa-mahasiswi yang sudah graduate sekarang ini telah menyimpang ke arah kemungkaran. Kebanyakannya menjadi debu-debu yang berterbangan atau menjadi buih-buih dilautan yang tiada nilai nya. Disini kita boleh lihat sendiri kesan-kesannya seperti kes2 rasuah yang berlaku sekarang. Walaupun grade tinggi daripada TADIKA, UPSR, PMR, SPM, Diploma, DEGREE, MASTER, PHD,PROFESOR sekali pun tetapi cara kita mencari ilmu itu dengan cara menipu,meniru dan sebagainya, janganlah kita rasa diri ini sebagai Mahasiswa.
Kejayaan yang datang dengan cara meniru dan menipu ini langsung tidak di iktiraf oleh Allah SWT.



Jadi walaupun susah sekalipun ilmu yang dicari, jangan lah kita ambil jalan mudah atau short cut. Mencari ilmu untuk mendapat kejayaan di mata manusia semata-mata atau untuk mencari keberkatan Nya?Walaupun Grade kita sehingga PhD tetapi di akhirat kelak di mana satukah Grade yang layak bagi diri kita(
Syurga atau Neraka)?

tepuk dada tanyalah selera.

"Carilah kebenaran kerana takut akan BalasanNya"
Category: ,
Reactions: 

3 tautan hati:

PrinCeSs NuR said...

selera menghendakkan Syurga pastinya.
but the path we take,
remmber,
it might head to it
or Not.

smga kte dijauhkan dprd NOT.

HafizuddinPirus said...
This comment has been removed by the author.
Muhammad Muzakkir said...

kirim salam pada ust najib