Sen-sei

Dengan nama Allah yang maha memberi rahmat dan maha menarik rahmat itu bila-bila masa sahaja, salawat dan salam buat Insan yang setiap masa menangis, menangis mengenangkan keadaan Umatnya, Rasulallah SAW serta para sahabat yang sentiasa berjuang di jalan-Nya.

Guru ibarat cahaya yang menerangi alam

Sebelum saya memulakan bicara, mungkin ada yang tertanya-tanya Apa benda Sensie ni? Atau kalau yang selalu tengok cerite setiap hari khamis pukul 7 malam tu mungkin ingat saya nak cerita tentang kakashi sensei atau sensei2 yang berlakon dalam cerite tu. InsyaAllah saya akan cerita pada entri lain(hehe..). Tetapi disini saya nak bercerita tentang Sensei yang yang paling utama. Sensei ini membawa maksud Cikgu(guru).


Semalam saya didatangi oleh beberapa makhluk manusia yang bernama xyz(tak boleh beritahu nama, konfirm dia bukak website nie nanti), kami berborak-borak tentang cita-cita masing2, tibe2 satu soalan dilontarkan pada saya, soalan yang agak panjang itu saya cuba pendekkan.
"Abg Din nak jadi ape besar2 nanti?" ok cukup setakat tu. Mungkin pembaca pelik kenapa soalan tergantung kan? sebab nya masa itu saya senyum je, saya tak jawab. Bukan sebab malu, tetapi..

Kisahnya bermula..

Mungkin korang tertanya-tanya kenapa tiba-tiba pula saya berekspresi tentang cikgu?

1. Nak mengumpat cikgu ke, mungkin dahulunya cikgu banyak sebat saya kat sekolah dulu?

2. Atau mungkin pembaca ingat saya nie anak kesayangan cikgu dulu, itu yang saya nak puji2 cikgu sekolah dulu.

3. Atau sesetengah tu mungkin ada yang berfikir saya nie dah terjatuh cinta dengan seorang guru matematik, fizik, sains, pendidikan Islam..

4. Atau mungkin pembaca ingat saya nak ajar subjek sejarah dalam entri kali ni..


5. Atau mungkin yang ada tertanya-tanya hari nie hari guru ke?


Apa yang korang ingat tentang cikgu. Bile ingat tentang cikgu mesti ada di antara orang yang menggigil sebab trauma pernah kena belasah dengan cikgu. Ataupun mungkin ada antara korang yang belajar tinggi-tinggi sebab tujuan utamanya bila dah kaya nanti nak balas dendam dengan cikgu korang. betul tak?

Teringat sewaktu di sekolah rendah dulu, cikgu tanya setiap pelajar, apa cita-cita korang yang paling murni sekali bila dah besar nanti? Ada diantaranya yang nak jadi Jurutera sebab nak bina masjid. Bagus!. Ada pula yang nak jadi jurusolek sebab 24 jam mengadap cermin. Cermin nie melambangkan motivasi diri, Bak kate pepatah "cermin diri dulu sebelum lihat orang lain!" . Ada yang nak jadi Penyanyi. Nak masuk kumpulan Raihan(suke-suke je,ingat boleh masuk begitu aje). Ada pula yang nak jadi Pilot sebab cube nak dapatkan tiket free pergi Haji. Ada pula yang semangat juang tinggi, nak jadi polis untuk selamatkan keluarga dari perompak-perompak bersiri. macam-macam lagi. Saya pulak masa tu nak ke tandas, jadi cikgu tak sempat tanye saye..hehe..

Jadi, melalui analisis di atas, tiada satu perkataan pun yang mengeluarkan "Saya nak menjadi cikgu". Agak-agak guru korang tu terasa tak? Mungkin sebab korang ingat gaji guru yang rendah, guru ni tiada pangkat yang tinggi. Saya masih teringat, ada yang nak jadi guru besar terus, taknak jadi guru(hmm pelik manusia sekarang, pangkat no 1).

Cube korang renung-renungkan apabila korang dah besar nanti. Korang begitu gembire bila dah graduate. Mana taknya dah dapat interbiew PILOT. Gaji tinggi brother!Siapa yang tak gembire cita-citanya yang dah bertahun-tahun diidam-idam telah tercapai. Bak kate orang kampung saya, Pilot nie dapat pergi bercuti kesuluruh dunia(Bercuti apenye, duk sejam je rehat, lepas tu balik Malaysia balik). Cube korang bayangkan, bila korang tengah-tengah memandu Kapal terbang air asia(contoh),kalau nak hebat lagi,garuda, lepas tu ade ribut, kemudian korang terhempas, ape korang ingat mase tu?? korang ingat lagi cuti2 Malaysia masa nak mendarat tu? atau adakah korang terpikir lagi gaji dah masuk ke belum masa tu? Ingat! mati nya si pemandu belum tentu mati Syahid, dan ape impaknya pada penumpang, selamatkah si penumpang tadi? Ya mungkin lagi tak selamat kalau ada yang ingat superman tu wujud.

Contoh lain, cube korang membayangkan apabila korang dah jadi Jurutera @ kontraktor sesebuah bangunan. ya gaji sudah tentu tinggi lagi2 bina bangunan yang besar2. Tengah2 korang ukur2 bahagian bawah bangunan, tibe terhempap pulak batu dari atas, korang mati kat situ juga masa tu. Mati masa itu juga, adakah mati syahid masa tu? erm kalau korang bina majid, sekolah agama, InsyaAllah..tetapi kalau korang bina pula KLCC yang kedua, disco.. lagi pula kalau korang bina Kuil atau tokong, Nauzubillah..

Wahai makhluk-makhluk dunia yang bernama manusia " Adakah kau lupa?". Siapakah yang bersusah payah dalam menaikkan Islam di muka bumi ini kalau bukan "Guru segala guru2 kita, Rasulallah SAW. Disebabkan ilmu nya, maka kita menjadi manusia yang berguna di dunia. Disebabkan ilmunya kita menjadi seorang manusia yang digelar ilmuwan.

Rasulallah SAW adalah seorang pendidik(guru) yang sempurna. Sikapnya yang lembut dalam memberikan pelajarannya menyentuh kalbu manusia dengan cara yang paling lembut.

" Maka disebabkan Rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka. Mohonkanlah keampunan bagi mereka, dam bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu" -Ali Imran:159-

Baginda adalah orang yang paling agung dalam memperaktikkan akhlak Al-Quran. Baginda mendidik para sahabatnya melalui keteladanan yang hidup dan terperagakan melalui dirinya. Baginda menyeru mereka untuk bertaqwa kepada Allah SWT, maka Baginda lah orang yang bertaqwa di antara mereka. Baginda melarang mereka terhadap sesuatu, maka Baginda lah orang yang paling menjauhinya, dan menasihati mereka sedang air matanya membasahi pipinya. Baginda memerintahkan mereka untuk berakhlak yang baik, maka ternyata Bagindalah orang yang paling baik akhlaknya diantara mereka. Rasulallah SAW menasihati mereka untuk bergaul dengan baik terhadap keluarga, maka ternyata Baginda adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya dalam hal kasih sayang, kecintaan, kelembutan dan kemesraannya(cemburu saya).

Rasulallah SAW adalah seorang pemimpin yang sejati. Baginda mempunyai ketauladanan yang baik yang patut ditiru oleh pemimpin kita saat ini. Baginda adalah seorang pemimpin yang jujur, amanah, dan adil. Bukan pemimpin yang korupt, nepotisme dan zalim. Baginda merupakan pemimpin yang berani menegakkan Syariat Islam di muka bumi ini, menegakkan kebenaran dan menghancurkan kebatilan, bukan pemimpin yang pengecut, takut kehilangan Jabatan dan Jawatan. Sosok seorang pemimpin yang dermawan, pemurah dan peduli rakyat, bkan pemimpi yang kikir dan hanya memperkaya diri dan keluarganya. Baginda adalah pemimpin yang wara' dan bertaqwa, bukan pemimpin yang fasiq dan munafiq. Seorang pemimpin yang rendah hati dan tawadu', bukan pemimpin yang sombong dan angkuh Pemimpin yang murobbi dan muallim, Bukan pemimpin yang hanya pandai berbicara dan perintah sahaja.


Jadi disini betapa pentingnya guru dalam sesebuah institusi masyarakat. Apabila jadi guru, ilmu yang korang sampaikan itu akan berterusan sehingga korang meninggal dunia. Dan pahala korang mengajar ilmu itu berterusan sehingga di kubur kelak. Walaupun gaji didunia ini terlalu sedikit, tetapi GAJI diakhirat kelak membondong-bondong mengejar korang.

Jadi sebelum korang nak ubah fikiran untuk jadi guru, soalan saya, Cuba korang fikir apabila tiada guru dekat muke bumi ni, agak2nya korang jadi ape mase tu?

A) Orang Asli
B) Orang hutan
C) Orang Bunian
D) Orang-Orang(yang ada kat sawah padi tu)

kesannya apabila tiada guru, mulalah berlakunya kes2 rompakan, rasuah, kecurian, rogol, seks sejenis(seperti yang berlaku sekarang,nauzubillah) dan sebagainya.

Ingat, kerja guru bukanlah suatu kerja yang mudah. Ianya adalah suatu pekerjaan yang paling susah. Tidak semua guru yang berjaya menjadi guru yang baik. tidak semua guru yang bertahan menjadi guru. Tetapi cita-cita untuk menjadi Seorang guru adalah cita-cita yang paling mulia.

Bak kate orang bandar "Guru ibarat lilin yang menerangi bandar apabila blackout".

"Dan sesungguhnya kalau kamu gugur di jalan Allah atau meninggal, tentulah keampunan Allah dan rahmat-Nya lebih baik dari harta rampasan yang mereka kumpulkan"-Al Imran: 157-
Category: , ,
Reactions: 

2 tautan hati:

Hanif Amir said...

membaca mengenai sen-sei sehingga ke perkataan terakhir, saya masih belum mendapat jawapan; cita-cita saudara apa?

HafizuddinPirus said...

cari lah jawapan^_^

takkan mudah untuk seorang penuntut menuntut,takkan mudah untuk mencari jawapan disebalik persoalan..

maaf kepada semua pembaca budiman yang terasa dengan posting kali ini(cewah..) saya tidak bermaksud untuk menghalang cite2 korang untuk menjadi Pilot, kontraktor, tukang masak ke, tukang jahit ke atau ape2 tukang lah(janji bukan tukang karut).. cuma apa yang nak disampaikan disini ialah supaya korang sedar betapa pentingnya peranan guru.. ingatilah jasanya bila korang dah jadi pilot nanti.. walaupun hari ini bukan hari guru, so korang bolehlah mencaci2 guru, bile time hari guru, mula lah semua nak bagi hadiah, lepas je hari guru, korang mula menggaru2 kepala..

Mungkin korang tidak ingin menjadi guru, tapi cubelah jadi seorang guru walaupun korang tu Pilot ke, jurutera ke..

Marilah kita sambung kembali perjuangan Nabi SAW yang dikenal sebagai Sen-sei yang berjaya..

Mari kita hayati lyric lagu nie..

We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah we�ve shamed ourselves
We�ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we�ve wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu'allim...


He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah�s creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina
(O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One, O intercessor of the worlds)
He prayed while others slept
While others ate he�d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
Oh Mu'allim..


Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad
(O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad
(O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad
(O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad
(The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad
(Light of my eye O Muhammad)
He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled





Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah�s creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina
(O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One O intercessor of the worlds)

Disini saya nak akhiri kalam dengan
sedekahkan Al-fatihah buat Saudara2 kita yang telah syahid di Palestine.

Alfatihah............................................