Sekurang-kurangnya Berdoalah..

Dengan Nama Allah Tuhan Kami seluruh Muslimin. Selaut kasih dan salam buat Pemuda yang mencintai syahid, Rasulallah SAW serta semua mujahid-mujahid yang menegakkan syiar Islam di seluruh dunia.

Sebak membaca berita-berita serangan Israel yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Wahai pemilik segala kekuatan dan kejayaan, bantulah semua mujahidin yang sedang bertungkus lumus menegakkan agama Mu di dunia ini. Bantulah kami Ya Allah... Bantulah kami!!

Ya Allah kembalikanlah pemuda-pemudi Muslim kepada agama mereka. Kembalikan syabab2 Islam kepada Fitrah mereka. Ameen..



Bacalah doa Qunut Nazilah setiap kali solat fardhu kita

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله

اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم


Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher
musuh-musuh kami,

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan
mereka,

Ya Allah,

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,

Pecah belahkanlah dan kacau bilaukanlah persatuan mereka,

Goncangkan pendirian mereka,

Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka,

Wahai Tuhan yang gagah perkasa,

Wahai Tuhan yang maha menghukum,

Wahai Tuhan yang bersifat murka,

Ya Alah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang menggerakkan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Dan menangkan kami ke atas mereka.

Ameen..


p/s: tidak mahu peristiwa dahulu berulang kembali. Tak sanggup membayangkan kita kehilangan tanah suci Palestine sepertimana kita pernah kehilangan Andalusia suatu masa dahulu. Masih ingatkah kita tentang Andalusia?
Category:
Reactions: 

1 tautan hati:

mohamad said...

Salam 'alaik..

Ayuh!! berdoalah semua wahai muslimin dan muslimat...maksimaknlah jihad kita walaupon hanya dgn doa..moga doa kte dpt m'bangkitkn smngt jihad para mujahid di Palestin..ameen..

Allah yubarik fikum...