Sedap tak tomyam tanpa garam??

Dengan nama Allah yang maha kaya lagi maha perkasa..
Segala puji bagi Allah, Zat pemilik segala Cinta, Selaut rindu dan kasih buat junjungan yang serba sempurna,Rasulallah SAW’, serta semua yang merindui dan mengasihinya.

Assalamualaikum wbt,

Perhatian, ini bukan kelas masakan.


Tomyam

Bila bercakap tentang masakan, apakah yang korang rasa bila makan tomyam tanpa garam? Mesti ada sesuatu yang tidak kena atau kekurangan sesuatu. Tapi ada sesetangah yang suka tomyam tanpa garam. Di sini saya nak bertanya kepada kakak2, makcik2, atau abang2 yang selalu masak tomyam tu, apakah rasanya bila tengah2 masak tu, anda tidak letak garam? mesti anda ada rasa sesuatu yang tidak kena. Korang dengan rasa risaunya mesti celupkan jari ke arah kuah tomyam tersebut untuk tengok2 apa rasenya. Teringat kate2 chef wan masa ada satu rancangan kat TV dulu " Ha cik abg oi, jangan lupe letak garam, kalau tak mane nak rasenyeee..". Kalau korang nak tahu, garam nie bagaikan hati kepada masakan, kalau tak ade garam, memang tak ade rase..

Ok lah, mungkin ada sesetengah tu yang tak reti masak tomyam, sebab ni high level punya masakan, mungkin kakak2 disana baru nak belajar masak maggie mee. Biase lah, mahasiswia/i sekarang memang rajin masak maggie(jimat tenaga dan masa diorang kate) Ok lah, saya nak tanya ape rasenye kalau kite masak maggie tanpa perencah?(tak kire lah perencah tomyam ke,kari ke, asam laksa ke, strawberi ke) Mesti semua taknak makan maggie tersebut dan bagi adik kecik makan. betul tak? tapi kalau time puasa,tawar ke, masin ke, mesti korang sapu.

Tapi...

Cube kakak2 yang sekarang tengah berada kat dapur tu, time tengah masak, lebihkan garam dalam masakan. Apa korang rase? Rase best? Atau rase pekat? mesti korang nak makan pun rase serba salah, kalau korang bagi kucing pun, kucing pun mesti buat dek je depan makanan tu.

Jadi disini saya bukan nak berekspresi tentang masakan semata-mata, sebab saye pun bukannya chef yang hebat sangat(cewah..), jadi tak perlulah saya bercerita panjang tentang makanan, sebab nanti korang semue akan berasa lapar. Dan apabila korang lapar, korang akan mule pergi dapur dan buke peti ais.

*******************************************************

Disini saya hanya nak gambarkan kepada sidang pembaca yang dihormati, apakah rasanya hidup kita ini tanpa amal ibadah? Sebagai seorang Muslim, korang mesti akan rasa kurang sesuatu dalam hidup ini. Rase macam tak kena je..


Contohnya seperti solat, Solat merupakan tiang agama bagi umat Islam. Apabila tidak solat, maka runtuhlah tiang tersebut. Maka tiada Nur(cahaya) dalam diri. Contohnya Bukit antarabangsa baru2 ini yang runtuh akibat tiada lagi kekuatan untuk menampung bukit yang besar tu(kita boleh ambil iktibar dari sejarah ini), maka bekalan elektrik semua putus, gelap gelita.

Kebanyakkan orang Islam yang tidak solat hidup mereka tiada rasa, hidup tidak tenteram dan sentiasa rasa risau. Hidup dalam keadaan berimiginasi tinggi. Ade sesetengah tu yang mempunyai imiginasi yang terlalu tinggi ,orang tanya "Awak dah solat subuh ke belum?". dia jawab "dah......zzZZZ". Ni lah contoh murni yang dapat diambil. Solat dalam mimpi.. Memang pemuda-pemudi sekarang nie suka sangat solat dalam mimpi. Ade lagi satu kes di sebuah masjid( bukan masjid berdekatan) , ada makmum indon yang menangis2 semasa solat. Makmum sebelah tanye lah kenapa lama sangat dia nangis semasa tengah solat tadi? Dia pun jawab, dia terkenangkan isteri di perantauan(pulak dah). Jadi disini kita dapat lihat realiti pemuda-pemudi sekarang ini yang rata2nya hanya berimiginasi dalam melakukan suatu ibadah. Imiginasi sahaja tidak cukup tanpa melakukan amal ibadah yang sempurna.

Lihat..betapa pentingnya solat

Ustaz saya pernah tanya saya semasa zaman sekolah menengah dulu, Apakah maksud Ibadah yang sempurna? Tetapi mase tu saya tidak dapat jawab lagi, kemudian kena lah denda berdiri atas kerusi(sampai habis kelas pulak tu). Ok Ustaz kali ni saya nak jawab, ibadah ini bermaksud Hamba(Slave) iaitu kita memperhambakan diri kepada Allah SWT yang esa. Ibadah yang sempurna pula bermaksud Ibadah yang dilakukan itu hanya niat kerana Allah SWT berserta rukun2 nya yang betul(kalau salah betulkan lah ya). Bukan kerana Isteri, suami, nak dapat pangkat atau bukan kerana nak menjadi femes. ingat!

Setiap amalan yang dilakukan kerana Allah tidak kira lah makan ke, tidur ke, main bola ke, masak ke, ianya dikira sebagai Ibadah.

Jadi disini ada sesetengah manusia ni masih tidak faham maksud amal Ibadah yang baik. Ada orang tanya saya, bolehkah kalau kite mencuri tapi niat hanya kerana Allah SWT. Amboih(Soalan pelik)! Kalau nak bunuh orang pun kire boleh lah ae sebab niat kerana Allah SWT. Jadi disini, jawapan saya pergi tanya adik korang, mesti adik korang akan kata tidak boleh..

Tetapi..

Bagaimana pula kalau kita asyik melakukan solat..24 jam solat tak berhenti-henti..
Ya Islam itu agama yang mementingkan Ibadah tetapi pada masa yang sama Islam juga mementingkan tubuh badan yang sihat. Ada suatu hadith Rasulallah SAW yang bermaksud ada seorang sahabat Baginda yang sepanjang masa solat sahaja, kemudian Rasulallah SAW menasihatinya, takut2 dengan ibadahnya, dia akan rasa muak melakukan ibadahnya(Maaf, kalau silap, betulkan ya).

Jadi disini kita lihat, Islam ini agama yang simple. ianya berada di tengah2. tidak terlalu senang dan tidak terlalu susah..

Sesungguhnya amal ibadah itu adalah CINTA!

Di sini saya nak kongsi kan satu lyric nasyid dari Indonesia.
Mari kita baca sambil berantonasi.

Di saat cinta menyemai rasa di jiwa

Menghiasi hidup indahkan masa

Luluhkan dengki menghapuskan benci

Kala cahaya-Nya

Membuka mata yang terlena

Sedarkan dari nafsu akan dunia

Rasa yang fana dan maya semata

Kan ku ungkap rasa yang terindah

Tentang berkembangnya cinta

Yang semerbak wangi dalam jiwa

Yang kekal abadi selamanya


Hanyalah untuk Allah

Kan ku persembahkan

Cinta tertinggi dan termurni

Hanyalah untuk Allah

kan ku sandarkan

Segala pengharapan dan doa

Beri daku cahaya-MU

Hanya pada Allah ku sandarkan

Hanya pada Allah ku doakan

Hanya pada Allah ku harapkan
(Gradasi)

Mudah-mudahan kita beroleh cinta-Nya. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberikan seluruh pertolongan-Nya untuk kita yang selalu taat kepada-Nya. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberikan Taufiq-Nya kepada kita, sehingga kita memiliki kekuatan luar biasa untuk tidak bermaksiat kepada-Nya. Mudah-mudahan Allah tidak menjadikan kita orang-orang yang lemah cita-citanya, yang lumpuh kekuatannya, yang rapuh mentalitinya, yang keliru pendapatnya, yang salah pilihannya, yang sedikit kehormatannya dan yang rosak jiwanya.

"Aku ragu ada dan tiadanya aku, tetapi Cinta mengumumkan aku ada!"
Category:
Reactions: 

1 tautan hati:

Nik Muhammad Amin said...

Ibadah dalam Islam adalah merupakan kemuncak dari perasaan tunduk dan patuh kepada Allah dan “klimaks” dari perasaan yang merasakan kebesaran Allah sebagai tempat pengabdian diri.Ibadah juga merupakan tangga penyambung antara makhluk dengan Penciptanya. Selain dari itu ibadah mempunyai kesan –kesan yang mendalam dari sudut hubungan makhluk dengan Penciptanya.Firman Allah : “Dan tidak ku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku sekali-kali tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan tidak menghendaki supaya mereka membei Aku makan” (adz-Dzariaat:56-57)