Rahsia di sebalik gunung ledang

Dengan nama Allah yang memiliki ilmu dan memberi ilmu. Selaut kasih dan salam buat tunjang utama perjuangan Islam, Rasulallah SAW serta semua pejuang2 Islam dimana jua anda berada..

Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat ilahi di sebalik kasih sayangnya yang memberi 1001 makna kegembiraan yang tidak dapat diungkap melalui lisan mahupun perbuatan..

Gunung Ledang telah mengingatkan kita suatu mitos yang entah betul entah tidak terdapatnya seorang puteri yang bernama Puteri Gunung Ledang. Kisah ini hangat dibicarakan oleh masyarakat Malaysia sekarang kerana masing2 hendak membongkar kekeliruan yang tiada jawapannya. Dalam mencari jawapan yang tiada berkesudahan, kadang2 kita terlupa untuk membongkar segala rahsia2 ciptaan tuhan yang tiada tandingannya.

Disebalik rahsia dan keindahan ciptaan tuhan, dalam diam2 Institusi Usrah Melaka dengan Jayanya telah membongkar segala rahsia keindahan ciptaan Tuhan yang begitu Agung. Keindahan ciptaan yang tidak boleh ditandingi hebatnya.

Program JED(Jejak Eksplorasi Diri) yang bertempat di Taman Hutan Negara, Gunung Ledang telah berjaya membentuk suatu matlamat yang bukan sekadar matlamat tetapi telah membentuk suatu cara hidup yang berasaskan kebahagiaan seseorang di atas dasar Islam.

Program 3 hari 2 malam itu secara tidak langsung meningkatkan lagi ketaqwaan kita terhadap Tuhan yang maha Esa. Program yang berbentuk santai + explore tersebut memberikan makna yang begitu tinggi terhadap seseorang. Berikut ialah sedikit gambar2 yang dapat di tangkap secara diam2 ketika program^_^. Mai kita terjah!

sewaktu sampai ke destinasi
masa:9 malam
semua takut nak teruskan berjalan kaki 5 KM melalui kawasan hutan kelapa sawit


program jalan dalam sungai..mata tutup,semua tutup..terlalu banyak dugaan disamping pengalaman dan tujuan yang begitu tinggi nilainya..
program ini mengingatkan kita sirah Rasullah SAW dimana Baginda berjalan diwaktu malam demi mencapai suatu tujuan yang maha agung.
masa:6 petang

Riflexology ciptaan Tuhan^_^


Team Fantastik yang begitu gagah!:p



Ha ini Team Fantastik 4(Team cetak rompak)

Kadang2 saya rasa gembira dan lain macam bila lihat gambar nie..

Team Reefa ala2 hebat la katenye..

Siapa pemuda ini?Tiba2 muncul!

Kashfi(anak madame shamini) begitu teruja melihat beruk.

Sketsa Drama

Tutup majlis kita dengan tasbih kifarah dan suratul Asr:p




Explorace!!!!

masing2 menunjukkan gaya ala2 hutan!

Berikan 10 jenis Orkid??

Tayamum bersama tepung



Kak Suraya tersengih2 tengok kami^_^

Sedikit pengisian dari Ustaz Muhammad Nor
Beliau Menekankan mengenai Islam sebagai Ad-Din begitu menarik perhatian para pendengar..
Hai Kashfi ni banyak betul ketawa!
masa: 9 malam

Sesi Pembentangan





Last Day
Bergambar di Taman Bunga Orchid.
Bunga Orchid ada berpuluh2 jenis rupanya.Ingatkan Orkid je


Bergambar sebelum balik




Ini lah DO-Re-Mi
baju sama,seluar sama,semuanya sama

Pemuda yang begitu lemah jiwanya..Jangan tiru ya.

Ini lah jalan cerita Seorang Pemuda yang begitu dahagakan Ilmu dan pengalaman.

program ini telah memberikan kita suatu kekuatan yang disebaliknya mempunyai kekuatan yang harus sering diberi baja dan dibasahi dengan air.

Di sini saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Institusi Usrah kerana telah berjaya mengadakan suatu program santai yang begitu besar isinya..
The Return Of Bekok,akan ku tunggu Kisahnya!

"Dan takutlah pada hari ketika kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian setiap orang di beri balasan yang sempurna yang sesuai dengan apa yang mereka telah lakukan dan mereka sedikit pun tidak akan dizalimi"-AlBaqarah:281-
Category: ,
Reactions: 

2 tautan hati:

aini mardhiyah said...

haa sebaik akak suruh g cari 10 jenis pokok orkid yang mana pangkalnya dimulai dengan salah satu daripada huruf berikut: C/R/E/P/T ..heh!

p/s: terus-terusan membongkar rahsia ciptaanNya

HafizuddinPirus said...

erm tu lah saya baru tahu. Memang hebat ciptaan Nya.

jadi pokok kelape pun mungkin ade berpuluh2 jenis..kelapa laut,kelape sawit, kelape mude....:p