Berkorbankah aqu?

Segala puji bagi Allah.Selawat dan salam ditujukan buat junjungan besar Rasulallah SAW.

Alhamdulillah kita telah selesai menjalani Ibadah Qurban yang merupakan satu ibadah besar bagi umat Islam.Sabda Rasulallah SAW "Amalan yang kita lakukan semasa AidilAdha supaya kita solat kemudian kembali ke rumah dan mulakan ibadah penyembilan"

AidilAdha mempunya keistimewaan yang hanya dapat dirasai oleh seluruh umat Islam.Di dalam nya mempunyai 2 tuntutan ibadah besar.


(Subhanallah)

Pertama nya ialah ibadah Haji di Mekah iaitu berwuquf di arafah,tawaf di kaabah dan lontar jamrah.Haji merupakan ibadah wajib bagi umat Islam.Di mekah terlalu ramai umat Islam yang menunaikan haji.Kalau dilihatkan berbeza2 manusia yang mengerjakan ibadah haji.Berbeza usia,kulit,rupa tetapi mempunyai tujuan dan matlamat yang sama iaitu untuk beribadah kepada Allah SWT.


Tuntuan kedua ialah dengan mengisytiharkan pengakuan hanya Allah sahaja yang perlu dipatuhi dan di sembah.Untuk mendapatkan ibadah yang syumul,seseorang itu perlulah mempunyai penghayatan Islam yang baik dan luas.Apabila sebaliknya,maka timbullah pelbagai masalah2 dan kes2 yang menyimpang dari syariat Islam seperti kes ragut,rempit,rompak,zina,rasuah dan sebagainya.




(tempat tinggal menjadi korban)



Berkorban dalam erti kata lain ialah dengan kita mengorbankan masa,jiwa,wang dan tenaga.Ianya dapat dibuktikan dalam sejarah besar Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail a.s.pengorbanan ini merupakan suatu ujian dari Allah SWT dimana Allah hendak menguji kepatuhan dan ketaatan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.Berkorban tidak melihat kepada usia dan jantina.


(anak-anak kecil menjadi mangsa)

Allah SWT berfirman:"maka kami berilah dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar.Maka tatkala anak itu sampai(pada umur baligh) berusaha bersama-sama Ibrahim,Ibrahim berkata: "Hai anakku,sesunguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu.Maka fikirkanlah apa pendapatmu?"Ia menjawab :"Hai bapaku,kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu;InsyaAllah kamu akan mendapati termasuk orang2 yang sabar.Tatkala kedua-duanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya),(maka nyatalah kesabaran kedua-duanya)"
(Surah As-Soffat:101-103)


Akhir2 ini kedudukan umat Islam semakin dicabar oleh golongan orientalis atau golongan bukan Islam malah golongan yang beragama Islam sendiri.Pelbagai fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam akibat dari kekeliruan umat Islam tetapi masih ada lagi yang mempertikaikan Islam itu sendiri.Contohnya seperti kes yoga yang semakin hangat dipertikaikan baru2 ini.Islam adalah sebuah agama yang syumul(sempurna),untuk menjaga kesihatan Islam menggalakkan umatnya untuk bersolat.Solat merupakan "Excercise dan Latihan" bagi umat Islam.Ianya telah pun terbukti melalui sains bahawa dengan ketentuan Allah solat dapat menjaga kesihatan seseorang.Jadi sebagai umat Islam yang sedar akan permasalah ini,jangan kita hancur dikorbankan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab!



(jiwa muda yang tidak gentar terhadap musuh2 Islam)

Dengan itu marilah kita bersyukur terhadap segala nikmat yang diberi oleh Allah SWT.Nikmat yang paling besar ialah nikmat Islam dan Iman.Mari kita renungkan sejenak nasib saudara-saudara kita yang masih lagi diburu ketakutan.Setiap masa ada sahaja nyawa yang terkorban.Hari ini kita menangis kehilangan orang yang tersayang tetapi di negara saudara-saudara kita yang sedang berperang setiap hari menangis akibat kekejaman-kekejaman musuh2 Islam.Semoga pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s memberi pengajaran dan kesan pada diri kita.


.:Hari raya Qurban yang diraikan tanpa pengorbanan tiada membawa apa-apa makna:.
Category: ,
Reactions: 

2 tautan hati:

atifgazali@gmail.com said...

Palestin untuk siapa sebenarnya??
milik siapa sebenarnya??
Milik kita..
milik seluruh umat Islam.
Kita harus berjuang dan berkorban.

HafizuddinPirus said...

semoga sudara2 kita yang di timpa musibah sekarang dapat merayakan eid adha seperti biasa.kita doakan...